Acik tension okay.
Tadi ada meeting pukul 4.30 - 6.30pm. Kena balik sendiri sebab En Tebby kena stay back sampai malam. Keluar dari parking lot hujan, dekat Bangsar nak menghala ke Pantai Dalam jem amat. Sampai kat tol BESRAYA, keta depan guna Touch-N-Go. Dia boleh touch tapi tab bleh go. Acik plak betul-betul belakang dia. Acik undur sikit, pastu ada mamat kurengg dari mana tah menyelitkan keta dia in between keta acik dengan keta depan tadi. Fadan muka okay, nak potong Q, sudahnya sama-sama kena reverse. Acik masuk lane sebelah kanan, dia terpaksa menyelit kat belakang daku nyeh nyeh nyeh.
Sampai BTHO, ambik Iman terus balik rumah. Tak lama lepas tu, tragedi berlaku. Kakak tinggal sirap bandung satu gelas atas meja. Adam nak ambik. Iman tak bagi. Rebut punya rebut, Adam mandi air sirap. Habis bab sirap, berebut mainan pulak. Dalam acik menenangkan dua budak berebut, si Kakak mengadu cikgu suruh tulis surat kata dia asthma. Pastu kena hafal sirah 7 mukasurat. Pastu dia mintak tengokkan homework Math dan Sains dia. Masa tu, acik ni tudung pon belum buka lagi! Acik naik atas mandi, Iman ikut nak mandi sama. Walhalkan kat taska dah mandi siap.
Dalam peristiwa yang tak berapa berkaitan, Isnin minggu lepas, colleague acik datang dengan kening berkerut. Sebenarnya
extra kerut sebab dia ni memang suka mengerutkan keningnya.
Jangan marah Zarid he he. Tension katanya. Acik sajeskan dia start a hobby to vent out her tense. Masalahnya sampai hari ni acik rasa dia belum jumpa apa hobi dia nak buat
(sekali lagi jangan marah). Maklumlah dia ni busy manjang, kalau ada hobi pun mungkin tak sempat nak execute. Nak fikir hobi dia apa pun mungkin dia takde masa.
Jadi.. saya terfikir eloklah saya execute hobby saya time saya tension ni. Saya suka menjahit! Ini cinta pertama saya (where hobby is concerned). Malangnya it's been ages since I last sew anything significant. In fact baju kurung terakhir saya, dah tak muat nak pakai dah pun! Antara yang saya terfikir...
1. Jahit slipcover extra untuk sofa - amboi.. amboi.. sofa belum sampai, angan-angan dah jauh nampak?
2. Jahit baju kurung - saya ada more than 10 helai kain yang belum menjadi baju. but if I were to start now, raya nanti sepasang pun belum tentu siap lagi... so... kensel
3. Jahit seluar tidur - yang ni appealing. sebab pertama, bahannya dah ada. kain dah beli. seluar tidur untuk Adam dan Iman. who knows, one day I won't have to buy my favourite TERRENZE anymore and flaunt my home-sewn pants instead (berangan takpe kan, free je)
So, I decided to try out no 3. Buka buka PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN tulisan Mariam Abu Bakar. Ambik section Slek. Mak oiii... nak buat seluar from scratch punyalah banyak nak kena measure. Kalau kena tenun kain sendiri, mau pitam acik nak nyiapkan seluar selai. Yang nak dimeasure ni pulak semuanya hak tak duduk diam. So? Ambik seluar Adam, tiru je dari situ he he. Solosaii!!
book which I had tried to refer to..
kensel.
when will I ever get to do something from this book?
after 1 1/2 years?
slek = slack = pantalon = pants? mak aihh.... banyaknya nak kena measure?Dalam kesibukan saya menengokkan Math si Kakak sambil menepis serangan Iman yang sebok nak menjahit sama (Adam dah tidur masa tu), makanya siaplah... taraaaaaa..... seluar tidur untuk anakanda tercinta, Adam. A far cry from TERRENZE (for now or for ever?), mungkin TERRENGG lebih kena kot. More Terengganuspeak dan kena dengan tema nak balik Kampung Losong minggu depan!
one for Adam.. seluar ala-ala mat kacau