Friday, January 01, 2010

Tahun Baru - Should I Resolute?

Selamat Tahun Baru.

Anyway, anti-climatic that I am, first day of new year is just another day. But still, I resolute. Saya tak mau azam terlalu vague. I should be specific I think supaya senang tracking dibuat later on..

1. Saya akan mencuba sekurang-kurangnya satu resipi baru dari himpunan buku-buku resipi yang saya ada pada setiap minggu. Sebagai tracking, saya letakkan satu senarai di blog ini, cuba lihat di right-hand side kalian.

2. Saya akan membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap bulan tanpa mengira genre cerita tersebut. Sebagai tracking, sepertimana mencuba resepi, saya siapkan senarai di blog ini, di right-hand side kalian.

3. Saya akan membaca sekurang-kurangnya beberapa baris Al-Quran setiap hari selepas salah satu waktu solat. Lebih banyak lebih bagus.

4. Saya akan cuba menambah amalan sunat selain yang wajib dalam urusan harian saya.

5. Saya akan membuat belanjawan bulanan dan stick to it. Saya tidak akan overspend on benda-benda yang bukan keperluan. Sila note perkataan overspend.. bukan not spend at all *ayat disclaimer yang agak bahaya*.

6. Saya akan menabung secara konsisten setiap bulan, untuk diri sendiri dan anak-anak. Jika sekiranya ada lebihan pada penghujung bulan, saya akan simpan di bank.

7. Saya akan menyimpan sejumlah wang setiap bulan sejak dari awal tahun untuk saya belanjakan sempena Y.E.S December nanti. Kalau umur panjang, InsyaAllah.

8. Saya akan pastikan anak-anak saya belajar secara konsisten pada setiap hari. Baik Kakak, baik Iman, maupun Adam.

9. Saya akan cuba memasak dengan lebih giat lagi untuk keluarga saya.

Apa pula aim saya by end of 2010?
:: Yang terpaling sangat penting ialah mempersiapkan anak saya, Muhammad Iman untuk sesi persekolahan 2011.

:: Mempunyai ongkos yang cukup untuk membiayai Y.E.S saya pada penghujung tahun nanti.

:: Mencuba 52 resepi baru.

:: Membaca 12 buku.

2 comments:

stalker said...

suka resolusi yg no 7. tu..
kite pon nk wat gak...sbbnya Y.E.S year 2009 lps tu, ai gigit jari je..huhu..bajet takde nk shop shop shop and shopping till the end...! uwaa..

ummi said...

stalker ~ kannnnnnn!!! aritu Y.E.S gak tp tak bleh buat besar-besaran. teringat yuran tadika Iman, trus terbantut sikit hajat hu hu