Bibik Ros bercuti. Berangkatnya tadi lepas Zohor dengan bibik rumah belakang, Mbak Ton. Dihantar Tebby ke stesyen komuter Serdang. Esok balik belah petang, dijemput majikan belakang, Fadli.
Anak-anak nak ikut, kecuali Iman. Kakak dah nak kemas beg. Adam resah. Ini peringatan buat Ummi. Apa anak-anak sudah jatuh cinta dengan Bibik Ros? Tapi, kalau diberi dua situasi iaitu yang pertama seperti yang saya alami ini. Keduanya, anak-anak menangis ditinggalkan nak ke pejabat. Dah tentu saya mahu anak-anak riang sahaja. InsyaAllah di rumah diberikan perhatian yang sewajarnya. Kalau saban pagi asyik menangis, tak betah dibuatnya waktu di ofis kan.
Cabarannya, striking the balance between the two. Mahu anak-anak selesa dengan Bibik Ros tapi takmau sayangnya melebih-lebih pula. Idea? Saranan? Yang membina saja ya. Kalau mau mengkritik, terus terang, saya tak ada mood untuk itu.
Apapun, saya harap Bibik Ros bergembira di hari liburan begini. Harapnya lagi, jangan esok tak kembali semula!!
5 comments:
bibik tak masak kan..?
rasanya maybe umimon boleh tarik perhatian anak2 dgn 'air tangan ibu'...
itu pendapat org 'single' mcm saya..:)
walopun saya takde bibik, tapi selalu dipesan oleh mak..setiap kali basuh beras tu, baca fatihah, tiup dan doa perkara2 yg baik (yg akak inginkan tu lah..)
dan jugak time tido, doa dan hembuskan pada ubun2 mereka..insyaAllah..
stalker ~ thanks. apa2 pun cadangan membina diterima. that reminds me to wake up a lot earlier utk masak for the kids when I'm at work.
oren ~ thanks. appreciate that oren.
kalo ikut mak pruzz pesan, ajar anak2 cium di antara 2 kening kita tuh.....
yati ~ pruzz sayang tak mak dia he he? mmg tiap2 pagi felok cium sebelum pi kerja tp takde plak specifik kat kening.. thanks dear.
Post a Comment