Friday, January 15, 2010

Merepek di Pagi Jumaat


It's almost half past midnight and I am still mengadap kerja-kerja ofis yang tak siap ni ha. Kursus acik kan baru je tamat petang Jumaat, cukup seminggu menempel kat T*T* nun. Dah seminggu out-of-office, alamat esok masuk ofis, mau menangis nak sudahkan kerja semer. Jadi nak kurangkan tangisan besok, terpaksalah acik menangis dulu siap-siap malam ni.

Anyway, masa drive pagi tadi, eh pagi semalam, jem giler dari sebelum exit ke Jalan Kuching lagi. Acik ikut Mahameru sebab.. sebab... itu aje jalan yang acik expert sikit ho ho ho. Kat radio plak cerita pasal stress (Saya Tak Rasa Emosi Saya Stabil) dan cara-cara menghilangkan stress. Macam-macam le disarankan tapi to me, terpulang kepada diri sendiri.

Contohnya acik pagi tadi, eh, pagi semalam, stress jalan jem pastu stress sebab ada teguran 'eh.. kalau awak pakai baju kurung tak nampak tapi bila pakai shirt camni, nampak pulak perut tu'. Pastu on the way balik rumah tu, acik singgah kat kedai jamu pasal Bibik Ros kirim super-tetra. Terus aje mataku nampak kotak-kotak dan botol-botol dengan perkataan susut, kempis dan yang sewaktu dengannya. Ku nak beli kunyit asam, budak kedai tu cakap eh, akak tak payah makan tu, yang itu boleh kurus. Akak dah okay dah. Pastu mata dia nengok acik atas bawah. Dia sambung, kalau akak nak kempiskan perut, ambik yang ni, ni tengah promosi ni (yo la tu dek non), bla... bla... bla....

Tapi acik beli jugaklah :P
Apa orang kata... retail therapy?? *alasan*

Lepas mandi petang tadi, apalagi la kan.. mulakanlah projek. Botol ku letak dalam bilik. Tebby balik, dia nampak botol tu, tersengih-sengih member. Acik rasa dia nak tergelak sebenarnya.

Takpe Yang, gelaklah kat I. Esok-esok perut I kempis, mesti you kagum giler nanti.

apa yang long, apa yang hot :D ??? gambar tu tak tahan betul acik nengoknya ... pasrah giler muka pompuan tu. Belasah je la... mana tau kot-kot kempis kan... la.. la.. la..


8 comments:

y@tipruzz said...

akakaka lawakla kak.
saya taknah prasan pon perut akak...take that as a compliment ok!

ummi said...

yati ~ tengs. tu akak kontrol giler tu jgn kasi menonjol ha ha

Farra said...

kak, kalau berkesan i nak jugak tauuu

ummi said...

farra ~ tgu 2-3 bulan. kalo ada kesan nanti akak kaborkan eh

Anonymous said...

tie..hahaha..tersengih2 aku baca n3ko kali ni..tapikan gambar kat botol tu tak boleh blah betul..hehehehe...

pstt...kalu menjadi khabor lah yer...

Anonymous said...

eh lupa lak nak tinggal nama..kat atas tu komen aku..

-mek-

NeroEcha said...

Gambar n perkataan kat btl tu langsung tak kena mengena gan kempiskan perut pun.....

蛋餅不加蔥Amber said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社