Saturday, February 14, 2009

Tagging Game


:: Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda.
Tu kat atas tu ha.


:: Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
Sikulat ~ Yang saya kenal sejak dia bujang lagi. La ni dia dah anak 2. Mula-mula jumpa dia kat Wisma Telekom yang banyak tikus tu. Pastu kami sama-sama tercampak ke tempat mengutip hutang. Dia dah melebarkan sayapnya ke unit lain sejak tahun lepas. Ku masih kira hutang..

Yati ~ Yang ku kenal melalui kawan-kawan saya. Rupanya dia ni super junior sekolah saya. La ni ofis dia sebelah bangunan ofis saya. Kadang-kadang lunch sama. Oh ya, Bumbo seat Adam tu akak lom nak jual lagi ek.


:: Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri
1. Saya berkeupayaan untuk mandi dalam masa kurang dari 5 minit. Tipsnya senang aje. Masa buka shower tap tu, basahkan badan sambil gosok gigi. Syampoo banyak-banyak so bila bilas terus jadi sabun. Ku takde maid okeh. Kena pandai multitask. Tapi kalo ku dapat peluang, masa mandi jadi lama sebab ku sental jua lantai bilik air.

2. I can be angelic at times. I can roar like a lion at times and I can purr like a kitty,.. at times ;-) Iya, personality berbeza. Adakah saya Dr Jekyl dan My Hide? Ohhh...

3. Saya suka makan megi tapi saya tak suka anak-anak suka makan megi. Aci tak? Saya dah ban megi dalam household kami. Saya tak makan sorok-sorok dari anak-anak. Saya kan berintegriti orangnya? Kan.. kan.. kan..

4. Last weekend saya ajak En Tebby shopping groceries dengan 2 troli. Sudahnya En Tebby forked out like RM800. Ampunnn Yang... diapers ngan susu aje dah berapa tawww.. Lately saya gila shopping. Tatau le ngapa. Nak kata pembawaan budak, saya tak le mengandung..

5. Saya ada kereta tapi saya tak drive. Not really drive lah. Setakat pusing-pusing dekat-dekat rumah tu adalah. Dulu saya dah drive to-fro ofis. Bila saya uwek-uwek kan Adam, trus stop. La ni start balik. Jangan uwek-uwek lagi udah le.

6. Kasut saya ada beberapa pasang tapi seme hitam. Memang ku monoton okay. Dull.

7. Saya ada strechmark yang mengerikan. Serious. Tak tipu. La ni sedang mencuba Bio Oil. Kalau berkesan nanti saya war-war kan eh.

8. I can whip-up good Nasi Minyak style orang Ganu Kite. Hasil tunjuk ajar MIL. Thanks Mi. But, each time I'm at that, Tebby'd hover over my shoulder to see if I get things right.

9. Dalam peti sejuk rumah saya sentiasa ada bawang kisar. Hasil tunjuk ajar MIL untuk memudah dan mempercepatkan proses memasak. Thanks Mi.

10. *Tolong jangan muntah*. Orang kata, saya kelihatan lebih muda dari umur saya. Tahun lepas pun ada orang teka saya umur 27 taww. Orang kata, bukan saya. Kalau diorang tipu, saya tipulah korang..

Anna/Su - tagmu ku buat nanti eh. Kena balik ambik gambar terkini dulu..

Friday, February 13, 2009

Where He'd Go?

Instruction - Sila Telengkan Kepala Anda..

video

Thursday, February 12, 2009

Mangsa Buli?


Everyday without fail, after picking up the kids from Atfal, I'd always ask Kakak how her day was. Homework, school that day, what she bought and ate. Last 2 days, while 'answering' my queries, she immediately started sulking. I knew the girl sitting next to her suka buli dia. I thought that has stopped.

That day the girl, let's name her Sy*z*, took her scrap book. Memang kami suruh Kakak bawak 'buku conteng', to jot pesanan-pesanan cikgu, if any. Not just that, she bit Kakak's eraser into pieces and took one pencil from her. Kakak said she tried to defend herself and her belongings but that Sy*z* girl started crying. When she did that, Kakak started panicking and finally gave in. Plus, she told me that Sy*z* girl's mother is a friend of her class teacher. I told her I don't care if she's a friend of a PM even.

'Ummi ni orang Bugis taww'

'Kenapa, orang Bugis boleh buat magik ke Ummi?' <---- dia bukan perli ok. it was an honest question from her.

'No lah, cakap kat Sy*z*, Ummi ni garang. Lain kali kalau dia ambik apa-apa lagi, Ummi pegi sekolah jumpa dia. Kalau dia gigit eraser Kakak, Ummi gigit dia nanti'.

'Tak boleh Ummi. Sy*z* kata mak dia lagi garang'

'Ummi ni keturunan supergirl tau Kakak, Ummi boleh pakai sp*nd*r kat luar'

'Can you fly?' Bulat mata dia masa ni. Again, bukan perli. Soalan ikhlas.

'Arghhh' <--- dalam hati

The next day I asked how's things going at school and if that Sy*z* girl has returned her book. Sy*z* did and told Kakak 'ini dendam'. Now, she's only 8 and already speaking about dendam okay. I told Kakak if that Sy*z* girl doesn't want to be her friend, there's always other girls she can hang out with.

'Tapi tu tak baik Ummi. Kalau Tuhan marah, nanti satu Kuala Lumpur petir. Nanti kita semua kena petir'

La pulak....

Partly, I'm blaming myself. As a first child, dia banyak mengalah dengan adik-adik. Sampaikan dengan kawan-kawan pun dia mengalah. I need to teach her to start stand for her rights pulak.

And oh, she did not tell that Sy*z* girl about wearing undies outside my pants. Seriously, I don't.

Wednesday, February 11, 2009

Happy 9 Months Old Adam!

Adam turns 9 month old today.
How time really flies...




di mana dia
anak kambing saya
anak kambing saya
ada di hujung sana

di mana dia
buah hati saya
buah hati saya
yang ada gigi dua!

well, note for Kakak and Iman, with your full set of teeth, you two are my buah hati as well.. no worries..

Tuesday, February 10, 2009

Boating in Mines Resort

Sebetulnya dah lama sangat kami tak pegi ke Mines Shopping Complex. Nampak dari luar tu macam dah re-furbish jadi Ahad lepas kami pun buat le lawatan ke sana. Asalnya nak beli selipar Kakak dengan Iman. Sempat beli selipar Kakak je. Iman ternampak bot-bot kat bawah tu, langsung dia excited terover nak naik bot. Takmo dah beli selipar. In fact takmo apa-apa yang lain, selain naik bot saja.

Makanya, naiklah kami bot ronda-ronda tasik Mines. Kami pegi tasik belah Utara aje. Itu pun dah RM94.00 for 2 adults and 2 kids. Adam rode for free. Kakak dengan Iman excited bukan main. Masa nak exit Mines, we were told yang water level between Mines dengan open lake sebelah sana tu tak sama so bot tu kena 'diturunkan' dulu. Susah nak cerita, dipendekkan, bot kami diletakkan dalam satu 'cubicle' bertutup dinding 4-belah. Kemudian air dipam keluar sedikit demi sedikit. Bila dah level dengan tasik kat luar nun, baru pintu dibuka.. Ngeri jugak. Kena pulak kami yang tak reti berenang ni kan.

tengok kat dinding tu. 8 meter kan.


dah tinggal 2 meter.


water gate sedang dibuka bila both level dah sama.


it opens to a good view of North Lake.



Scary fact about the lake. Its depth is 200m. Patut le nampak gelap je. Maknanya, kalau kita benamkan Menara KL dalam tu, yang keluar cuma 41 meter saja. Takot.. takot.. Breathtaking jugak view. Terlupa kejap kami di KL masa tu.

Mines Resort

Palace of The Golden Horses


Tambah syok budak-budak tu bila nampak biawak giant kat tepi tasik. Pastu ada kekura jugak. Ada satu family tu, ditaburnya snack anak dia kasi tortoise makan. The kids were excited. Malangnya kami tak bawak apa-apa yang seswai untuk ditabur kasi tortoise. Cakoi ada lah. Kang kot lekat pulak, tak pasal-pasal mati pulak kekura.




Katanya, nak bot tu dalam 20 minit je. Tapi kami naik lebih 1/2 jam. Sampai naik mengantuk mata dibuatnya. Yang penting anak-anak suka. Adam pun happy. Cuba tengok gambar ni, kan main lagi dok menahan muka dia ngadap angin..



Wednesday, February 04, 2009

Jumbo Sale!!

Hi.

I'm selling these used items.
TV rack + CD rack + toy storage + 2 glass table = RM200 only.
Transportation not provided.
Leave comments if interested or drop me an email at ti10982[at]yahoo[dot]com














I'm also dismantling this bed frame for good. Adam keeps on 'terjun tiruk'. Good for zen style. We're adopting for an even more zen style later, no bed at all he.. he.. It's a boxed-down style. Bought from Homelife. Condition 7/10. There's tiny-miny peel-off's. Should anyone interested, I'm letting this go, FOC. Just come and pick it up from my house. This Saturday. Later than Saturday, then it's gone already eh. Kalau berminat, let me know.

Leave comments if interested or drop me an email at ti10982[at]yahoo[dot]com
Oh.. I live in Cheras, Selangor.