Sunday, February 21, 2010

Aku Terima Nikahnya - Book 11 2010

sebahagian dari imej kulit depan buku Aku Terima Nikahnya. saya kira itu berdasarkan pengalaman penulis sendiri.

Aku Terima Nikahnya
- Hasrizal Abdul Jamil

Sudah usai membacanya. Silly me, baru saya tahu kalau bertunang tak perlu dihebah-hebahkan. Kalau majlis walimah, perlu diwar-warkan. Sebab? Bertunang belum pasti berkahwin. Proses untuk kenal-mengenal. Bila bernikah, perlu dihebah-hebahkan agar salah satunya, tidak mendatangkan fitnah bila dilihat berdua-duaan.

Buku ini sesuai untuk bacaan ringan. Lebih kepada perkongsian pengalaman si penulis iaitu Hasrizal Abdul Jamil, yang lebih dikenali sebagai saifulislam di alam cyber. Tulisannya berkisar tentang pra-prekahwinan, perkahwinan itu sendiri, hidup bekeluarga, hidup bersaudara. Saya tersentuh juga bila saudara penulis turut menyatakan kekesalannya bilamana waktu yang dihabiskan bersama anak-anak sangat singkat. Saya rasa bagi yang tinggal di Lembah Kelang pasti setuju!

Bacakan kesibukan beliau sebagai penceramah dan pelajar manakala isterinya seorang doktor yang juga sedang menyambung pembelajaran. Bacakan penekanan beliau terhadap pentingnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Bacakan pentingnya perkahwinan tidak didasarkan kepada menghalalkan apa yang haram sebelum ijabkabul. Bacakan pentingnya kita saling memberi dan bukan hanya menerima. Bacakan pentingnya keberkatan dalam semua hubungan berkeluarga.

Kisah harian yang boleh dijadikan panduan kita.

4 comments:

Farra Da Smiley said...

sy tau psl bertunang tu tak elok dihebah2kan =)

trend skang ni lain sket kots..

ummi said...

farra ~ la ni btunang siap pelamin bagai. baju sedondon, posing2 ala2 somi isteri lagik.

ShaFiAti said...

lagi moden nyer..siap bakal tunang/suami tu yg sarungkan cincin tunang tu...sungguh la modennyer diorang kan...huhu..

yup..i know about bertunang takleh dihebahkan...nowadays mmg dah terbalik..dunia akhir zaman...

ummi said...

shafiati ~ posing felok2 tu lagi tak tahan.. adehhh..