Sebuas-buas abang dia yang ADHD tu,
.. tak pernah pecahkan gelas kat kedai makan
.. tak pernah lompat atas tilam pastu jatuh berdebum kena bucu night stand lalu terkoyak kulit kepala
.. tak pernah berlarian dalam kedai pastu tersambar botol kicap, terpelanting dan pecah berderai.
.. tak pernah main lastik-lastik pastu terlastik muka sendiri sampai berdarah-darah
Tapi yang sorang ni, setakat umur 3+ tahun, semua dia dah cover.
Balik kampung di Tgg, mak sedara dia, Mak Ngah kata kat En Tebby
'Lek lek mung masa kecek' - sebiji sebijun macam abah dia masa abahnya kekecik dulu.
Tokmi (my MIL) pulak kata
'Ni dok bbuah mmana nihhh. Aboh yer lagi nelang tak mboh diangg' - ni tak buas mana pun ni. Abah dia lagilah na**l tak reti diam
Phew. That saves me from all accusation where genetic is concerned hihi. Walaupun sebenarnya masa kekecik dulu boleh tahan hebat panjat pokok manggis belakang rumah Wan (my nenek), walaupun main air sungai Pahang (tapi sampai laaa tak reti-reti berenang), walaupun main dalam semak samun cari buah jambu, pastu terserempak dengan cik bab*, lari lintang pukang sampai calar-calar peha (masa tu pakaian rasmi adalah tshirt dan short. time tu ustazah pun pakai selendang nampak jambul, so a mini short for girl my age that time was a normal thing).
Apapun, among the 3, Adam ni senyum simpulnya paling mencairkan hati. Dari baby lagi dia pandai bawak diri. Boleh main sendiri. Tak banyak kerenah. Kerenah-kerenah yang buat Ummi dengan Abah tak keruan, semua Iman dah bolot. Dah besar sikit ni je dia membuas. Tu hasil kreativiti sendiri campur dengan tunjuk ajar si Iman.
Teringat waktu dia mula-mula menjengah dunia, putih pucat sebab kurang oksigen. Terus masuk incubator. Tak sempat Abah nak potong tali pusat sebab Dr Ashar dengan tangkasnya dah buat dulu (Kakak dengan Iman, En Tebby yang potong tali pusat). Lepas diazankan, terus tolak ke masuk incubator. Esoknya masuk NICU. Terus start antibiotik. 5 hari warded baru boleh balik rumah jumpa Kakak dengan Abang Iman. Abang Iman tak sedar pun kewujudan adik dia for the first 2 weeks. Hari ke 15 baru dia stopped from running around and cakap 'Eh.. baby! Baby! Baby!'
Setakat umur 3 tahun ni alhamdulillah dah kenal almost all colors. Cuma putih/white tu dia dok kata 'warna susu'. Buku Iqra' baru nak masuk page 2, tapi boleh lahh. A, I, U manjang asik lupa which is which. Dah boleh kira 1,2,3 tapi nombor belum kenal. Dah pandai ikut solat. Dah pandai baca doa makan. Tapi baca lepas dah suap makanan, tangan berlemoih dengan nasi, siap baca doa, dia pun raup tangan penuh nasi ke muka. Bila ditegur, cepat aje dia menjawab 'saya baca doa makan la niiii....' Sambil jeling tak-puas-hati-sebab-kena-tegur.
Kalau dengan Iman, it's a love-hate thingy. One second they're happily laughing and giggling together, and the next siap berguling-guling gaduh. Most of the time over one very same thing. Contohnya berebut mainan. Ada berpuluh-puluh robot dalam tong mainan, hak yang satu itulah jugak jadi isu. And sometimes they fight over something both of them don't want.
Iman - Ni saya tak nak.
Adam - Ni saya pun tak nak.
Iman - Saya tak nak! Saya tak nak!
Adam - Saya pun tak nakk! Tak nak!!!!
*Gaduh*
Adoi. Kalau ingat-ingat balik, cam kelakar. Rebut benda bergaduh, taknak pun nak gaduh jugak.
Apapun, we love you Adam!
Tengok Adam dalam gambar-gambar kat bawah ni.. semuanya senyummm je kan..