Sunday, October 02, 2011

Duit Raya Apa Bikin?

uiks.. kuku panjang.. lupa nak potong
So, apa jadi kat duit raya anak-anak tahun ni? Tahun-tahun lepas Kak Mon masukkan dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Alhamdulillah budak-budak ni lepas pantang ajer Kak Mon bukak kan akaun TH. Tak banyak, bolehlah menabung sikit-sikit. Tahun ni Kak Mon dan En Tebby kasi can depa belanjakan duit raya. Nak kasi they ol feel belanja duit. Dan selamattt poket Ummi dan Abah :D

The boys macam biasalah. Awal-awal lagi dah tempah nak beli toys. Transformers. Tak sudah-sudah. Sampaikan tong besar kat rumah tu dah melimpah-limpah. Adam memang dah aim 'Megatron daun'. Dah lama dah dia nak tapi tak dapat-dapat. Benda tu RM100++. Sila guna duit raya ye Dik. Iman pulak takde anything specific in mind.


Memula terjah kat Toys R Us MidValley. Belek punya belek. Tengok punya tengok. Takde pulak 'Megatron daun'. Daun tu sebenarnya cam selimut Megatron tu. Rupanya kalau sekali pandang memang macam daun buruk. So carik kat Metrojaya pulak.



Yey.. Megatron daun!



Tengoklah senyuman puas hati dia tu..



Uiks.. cepat sikit la Iman. Sempat lagi posing ala-ala Transformers.



Still browsing... punyalah lama dia memilih.



Kenot decide. Cam apak dia lah. Kalau memilih punya lama...



Si Kakak pulak beli buku kat MPH. Now dia collect siri Charmseeker pulak. Pastu siri Enid Blyton. Dulu dok kumpul siri Geronimo Stilton. Hobi yang ni Kak Mon takmau berkisah sangat. Yang penting dia suka membaca.



Ni lah buku-bukunya..



Ni pulak hasil belian fasa 2 (sebab duit raya ada belen lagik). 2 ni dirembat di Isetan KLCC. Belah kanan tu Iman punya. Megatron. Bukan Megatron daun. Punya banyak suku sakat Megatron. Buat modal kempiskan poket Abah jer. Yang kiri tu Adam punya. Apatah namanya. Punyalah susah nak transform, jenuh Ummi belek instruction. Pastu Iman buat cepat je.. tayah tengok instruction ponnnnn....

To date nyer duit raya..
Kakak - guna 60% je. pandai jimat anak dara Kak Mon ni. Tak macam Ummi dia..
Iman - ada belen RM10
Adam - budak ni siap hutang Abah dia RM10 sbb tak cukup duit!

Kak Mon - dulu kekecik takde duit2 raya ni semua. membesar di kampung yang hampir semua serba sederhana. malah ada yang serba kekurangan. tapi ziarah tetap meriah





7 comments:

aida said...

Tgk gambar kakak, terkenang diriku baya kakak rajin baca buku kat book store. Sebijik hokehh

Tyha said...

iman mcm Najmi...jenis meroyan kalau nak memilih...pusing berejam2 pon x dpt lagi

ummi said...

aida ~ dia ni kat mana2 nak ada buku. dlm keta baca buku, kat rumah baca buku, kat kedai makan baca buku :D hope she'll turn out a fine person like you Aida :D

tyha ~ ni gen bapak dia. apaknya, when it comes to certain things, mmg susah betul nak decide. tp kalau nk kasi nama anak, cepat aje.. tak fikir lama2 pun.

Farra said...

kelakar la adam siap berhutang ekekke

wah hebat toi kedai ni..kalau anak2 laki saya masuk sure rambang mata & maknya meroyan ekekke

ummi said...

farra ~ dia tgh fasa 'difficult'. kalau nak tu nakkkk jugak. Iman dah pass dah fasa tu. boleh bagi reasoning why and why. Adam pulak tak makan saman heh heh. bapaknya okay jerr pasal bapaknya pun peminat jugak sebenarnya.. ops! terbocor rahsia.

yatiscloset said...

mujur anak2 saya tak suke mainan memahal ni :p

Unknown said...

yati ~ mahal or murah tu subjective yangg. depa tibai je, mana tau murah ke mahal

kak Mon.