Friday, November 26, 2010

Ke Pasar Dengan Kak Mon

permandangan dari our feveret gerai daging

Jumaat is usually my pasar day. Dulu Tebby and me selalu pegi Pasar Sungei Besi but after going to Pasar Kajang, there's no turning back. Lagi banyak barang jualan. Now that I am a TSAHM, I prefer Friday than Saturday and Sunday. Less traffic, lagi senang nak parking, orang tak ramai sangat kat pasar and I can make my purchasing dengan tenang. Cuma kat Pasar Kajang ni, tukang jual memang buat promotion sokmo. The moment you step in, mulalah amoi mau apa? ikan cantik-cantik ini hari. murah-murah, tengok dulu takpa. mau apa amoi, kerang? elok-elok ni. fresh.

our feveret gerai daging. kalau datang ajer, budak ni tanya 'akak nak apa minggu ni? ni daging ni banyak urat' memang ai selalu beli daging yang berurat2 sikit. plus, bakso depa ni sedap. cukup lembut dan cukup lemak


Since kat rumah ni cuma ai sorang je makan sayur tanpa mengira suku sakat sayur (En Suami cuma makan sayur2 terpilih saja). For lunch, budak-budak ni memang tak makan sayur, only me aje lah nampaknya. Untuk menjimatkan masa dan sumber tenaga, ai beli ulam-ulaman aje. Kacang botol, daun selom, pegaga, timun (yang ini orang kata tak elok makan banyak, nanti sejuk. tak elok untuk para isteri. sejuk kat mana? you figure that out. orang kata, bukan ai kata) dan terakhir sekali ai beli ialah ulam tenggek burung. Memang selalu nampak kat kedai and pernah makan. Sedap. Cam lemak-lemak sikit. Kata orang elok untuk buat ulam ibu-ibu baru bersalin, untuk kecutkan rahim. Orang kata, bukan ai kata ya. Tadi nampak orang jual, terus tanya apa ke namanya. Tenggek burung rupanya. Seikat singgit ajer.

rasa lemak-lemak (lemak lagi??). sedap. seikat tu sekali hadap je. tengoklah tangan ku yang berlemoih dengan kuah. tengah makan sebok nak memfoto bagai


Nota Kak Mon - Iman demam pulak! Berair-air mata. Risau jugak pasal semalam 3 jam kat Ophtalmology. Ramai pulak tu yang pakai spek hitam time tu!

No comments: