Wednesday, November 03, 2010

Selamat Hari Lahir ke-6 Untuk Muhammad Iman

Born 3rd November 2004, birthweight 3.3kg, now 26kg

Iman is 6 today! Macam tau-tau ajer birthday dia (he is indeed full of suprises), malam semalam mintak kek birthday. 'Yang ada doreamon tau Ummi. Yang saya nampak kat kedai kelabu tu'. (nota: kedai kelabu = carrefour). Cake will have to wait until everyone at home ya Iman. Kena tunggu hari cuti.

Iman, anak lelaki kami yang pertama. Lahirnya dia 6 tahun lepas, melengkapkan kami suami isteri dengan sepasang cahaya mata. Berbeza dengan Kakaknya sebanyak 3 tahun 3 bulan. Berbeza dengan Kakaknya, dia amat sukar dijaga dan diduga ketika kecil. Sehingga umurnya hampir mencecah 3 tahun, dia masih menangis malam tanpa sebab dan hanya akan lelap setelah didodoi sambil abahnya (abah = pendodoi setia) berdiri. Begitulah seterusnya episod hidup kami, penuh dugaan dan cabaran. (Kawan-kawan rapat, saudara mara terdekat dan pembaca setia blog ini pasti tahu rentetan hidup kami sebagai sebahagian ahli keluarga Muhammad Iman) Pun begitu, kami bahagia! Pun begitu, tetap sayang.

Oh ya, sekarang sudah ada hobi baru. Suka melukis. Cantik. Ada lukisan suka-suka saja. Ada yang punya cerita. Kisah pengembaraan mencari harta karun. Kisah roket ke langit. Termasuk kisah Flapjack juga! Hobi lain ialah ke dapur. Pantang Umminya sibuk memasak, dia sibuk nak tolong. Walaupun lagi buat Ummi kecoh, alhamdulillah. Mintak-mintak sampai besar rajin ke dapur. Mulutnya pulak sekarang.. riuh! Iya, ini anak yang suatu ketika dulu senyap tanpa komunikasi bahasa. Anak yang hanya mula bercakap ketika umur mencecah 5 tahun. Allah makbulkan jua doa dan harapan saya. Walau agak lambat, tetap ada. Nah, itulah tajuk yang pernah menjadi 'moto' blog saya 'jangan berhenti bermimpi'.

Syukran Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami.

Buat Iman, Selamat Hari Lahir ke-6.


Sayang tak bertepi dari Ummi.


2 comments:

Ummu Auni Afif said...

happy birthday iman! sebak saya baca entri ni

ummi said...

aini ~ tenkiu. pejam celik pejam celik, dah 6 tahun dah Iman.