Masuk saja Ramadhan, rutin saya pun berubah. Jam 4.30 pagi bangun untuk siapkan sahur. Kali ini memang berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun-tahun awal perkahwinan kami, saya sorang saja bangun makan sahur. Tebby cuma minum air saja. Begitulah sampailah ke satu tahun dia kena gastrik berdarah. Masa tu bulan puasa. Selepas tu bangun sekadar makan ringan-ringan. Tahun ni, dia nak bangun sahur makan proper meal. Maksudnya nasi lah tu. So kenalah awal sikit kan. Tambahan pulak, nak train Kakak puasa so she needs to learn it properly, proper sahur, proper iftar.
Biasanya si Bibik Ros dah bangun pun jam 4.30 pagi ni. Bila saya masuk dapur, dia dah terpacak kat dapur. Tebby dan Kakak akan bangun jam 5.00 pagi jadi saya suruh Bibik Ros makan sahur dulu. Jam 5.00 pagi, 2 beranak tu turun makan sahur. After sahur, sementara tunggu Subuh, kami tengok TV dulu. Si Adam, memang naturally bangun awal. Kadang-kadang pukul 5.00 pagi dia join kami sahur. Dia minum susu je lahh. Yang last sekali bangun, biasanya Iman. Itupun mesti sebelum jam 7.00 pagi. Macam faham-faham aje orang puasa, Iman makan kurang time Ramadhan kali ni.
Bila azan berkumandang, kami bertiga berbuka dan terus makan heavy meal whereas si Bibik makan kurma then solat. Barulah dia makan nasi. Lepas makan, the usual drill, solat Maghrib. Mengaji sementara tunggu Isya' atau berkemas-kemas mana-mana yang patut. Terawikh saya memang di rumah saja sejak saya ada anak. Hari ke-2 saya kantoi terawikh. Mengantuk sesangat-sangat. Tebby balik dari surau, saya, Iman dan Kakak terbongkang depan TV. Buka pintu, terus naik atas. Sedar-sedar, alarm went off at 4.30am next morning.
Apapun, azam saya nak ambil kesempatan lipat gandakan amalan. Mahu muhasabah diri. Mahu kurangkan pembelian makanan dari luar dan masak dirumah pun tak perlu terlalu bermewah-mewahan. Mahu berbelanja secara berhemah untuk juadah aidifitri nanti. Saya kena setkan quota pembelian biskut, kek, kerepek dan sebagainya. Baju raya dah cukup. Mungkin tambah tshirt sikit untuk anak-anak. Itu saja, insyaAllah.
Since minggu depan baru masuk kerja, tak boleh nak komen lagi rutin weekdays. Yang nyata, kalau ikut trend tahun-tahun lepas, minggu pertama, kesesakan jalanraya selalunya extra. Eloklah bawa air minum sama kurma, kot-kot terpaksa ber-iftar dalam kereta kan.
Menu 2 Ramadhan 1430H
1. Ikan Pari Bakar Berempah
2. Ikan Kerisi Goreng
3. Sotong Bakar
4. Ulam timun & kacang botol
5. Budu
6. Air Teh-O Panas & Homemade Longan