Monday, August 17, 2009

Aktiviti Wiken

Wiken lepas tak ke mana-mana pun dengan anak-anak. Adam dengan Kakak memang tak keluar melepasi pagar pun. Iman ikut pegi pasar pagi Sabtu. Tu aje. Kakak nak ikut abahnya pegi jemput CheKah (cousin Kakak) kat Sri Petaling pun tak dapat. CheKah ni anak kepada kakak no 2 En Tebby. She's leaving for Russia untuk sambung belajar Medic. Naik kapalterbang 25 September nanti. She's in KL belajar bahasa Russia. All these while dia stay dengan cousin dia. She's leaving for tgg Wednesday ni and until then she's staying with us.

Ok, back to my original cerita..

Pagi Sabtu saya dah bangun awal-awal. Saya nak ke kedai runcit Suadamai. Nak cari bahan-bahan masak Ayam Tumis Asam. Daun kesom, bunga kantan. And a few other barang basah lah. Tup-tup Tebby nak pegi sama. Dan tup-tup pulak Iman terbangun awal dan merengek-rengek dan mengamuk-amuk nak ikut sama. Saya suruh dia pegi mandi, ingatkan time dia mandi tu nak ca-alip-but lah kan. Adam pulak nak berdukung. Sudahnya mengikut jugak si Iman tu. Tup-tup pulak En Tebby ajak pegi Pasar Sungei Besi terus. Layannn. Sampai kat Pasar Sungai Besi, it was not even 8 yet. Kat gerai depan pagar nun saya beli sayur-sayur kampung, pegaga, bunga kantan, daun kesom. Kat tempat ayam beli ayam 1/2 ekor. Mintak kaki extra.. sedap buat sup. Beli daging sikit. Beli tenggiri papan sekor, beli ikan pelaling, beli sotong. Pastu cari sayur-sayur bandar pulak, carrot, sawi. Ambik tauhu sikit. Dah round kat tempat ikan Pasar Sungai Besi, Iman naik gelisah, ajak balik. Pastu mintak dukung. Tak larat wei nak dukung. Ni bukan baby lagi dah. Ni tahap preschooler yang beratnya 21kg. Ada berani?

Sudah beli lauk basah dengan sayur, makan dulu. Iman makan mi sup sama roti canai. Minum 3 macam air, air suam, milo dengan teh-o. Banyak betul dia makan, ntah ikut sapa ntah :P Pas makan, sambung membeli. Suun dengan santan. Then keluar dari pasar tu, beli pulak apam balik. Keropok lekor was not ready yet time tu.

Balik rumah berketung ketang le saya kat dapur. Tengah syok-syok nak mula masak, dah serviceman Elken datang nak check mesin air air. Terbang RM550 sebab tukar 4 filter dalam tong tu. Kena pulak kemaskan berkecah atas tabletop dapur nun. Dia kata air manyakkk kotor sini. Buatlah iklan selit jap kan, kasi bili itu filter roket munya taluk luar. Ini filter tahan lama sikit maaa. Cara escapism saya senang aje, tanya sama saya punya laki lah.

For lunch saya masak Ayam Tumis Asam. Kakak, tak nak nasi. Nak makan spaghetti. Lepas siap Ayam Tumis Asam, saya buat Spaghetti Bolognese. Iman join Kakak makan spaghetti. Nama je tak makan nasi... makan pasta menambahnya masing-masing 2 kali... Tapi saya suka. Hilang penat masak-masak bila anak-anak berselera makan.

Hari Ahad saya terbangun lewat. Kol 7 baru bangun. En Tebby dah mandi. Waktu saya sudah solat subuhgajah, En Tebby tengah berketang ketung kat dapur masak Mee Goreng. Saya top up dengan Ayam Goreng Ala Cina yang saya perap malam sebelumnya. Bibik Ros pulak ditugaskan goreng keropok keping (specially dibawak dari tgg) setabung besar. Tengahari saya buat Fishball Soup. Ni bukan guna fishball readymade taww.. saya kikis isi tenggiri papan, kasi lenyek-lenyek. Tulang-tulang dan kepalanya saya rebus buat stok ikan.

Budak-budak naik rimas dok kat rumah je. Sabtu tu saya plan nak bukak kolam depan rumah... dah hujan rahmat turun mencurah pulak. Ahad, agaknya depa dah boring buat usul-usul tapi tak menjadi, seme diam aje nengok TV, main keta dan bergaduh.

Yang mak paknya pulak, dek sebab tak bleh keluar rumah, asiklah makan. Nengok lah tu, saya rasa asik kat dapur aje saya manjang.... tambah pulak dah ada Bibik Ros, tenang sikit saya nak masak-memasak, nanti dia dengan cekapnya membasuh segala peralatan memasak dan mencuci dapur. Dan berat saya pun sudah menokok hampir 2 kg tauu... Baru sebulan Bibik Ros datang tu...

2 of the kids. having their 2nd serving.
comot!


asik makan je, tudung saji manjang lepak kat bawah.
Adam pun sempat le ala-ala naik sampan


4 comments:

Ummu Auni said...

ala baru 50 kg?? ringan tu :P

Zuraimah Ismail said...

wahhhhh..mmg keje masak n makan je tu kak ti...
errr saya tak pernah try plak ayam tumis asam tu? sama mcm ayam asam pedas ke?
dulu masa duk serdang, saya pun suka gi pasar sungai besi tu...:)

Farra Da Smiley said...

bestnyer msk memasak..org pantang bile bley start masak ek?

roti canai segera n ayam goreng instant ayamas ada la sy masak ..hehe

blogadmin said...

hehehe..ye bab makan mmg best kan kak...

org cakap selalu tukang masak tak brapa mkn apa yg dia masak pasal dh kenyang makan 'bau' masa masak.

saya? rasanya tak jalan punnnnn

hehehe...makan dgn lahapnya jugak kalo masak sedap2x...hahaha

(kira kes perasan masak sedapla ni)

:P