Thursday, August 06, 2009

What Could've Been


I am supposed to see Dr Ashar today for my routine ante-natal checkup. Had the baby been my rezeki, he/she would've been 12 weeks.

The date is crossed out on 16th July, following confirmation of miscarrige by Dr Bee. 17th July was the date I consulted Dr Ashar for second opinion and scheduled for ERPOC.

Anyway, speaking about losing baby in the womb, alhamdulillah, I have strong support group. We experienced similar fate. Sikulat, lost hers just before I lost mine. Jah, lost hers in her 5th month of pregnancy. Yati (she rarely joins us for lunch but one of our friends as well) lost hers too a year or two back. Zue experienced the same thing. The one that experienced the saddest, I would say, Zarid, who lost her boy at birth. We know how it feels. *hugs to you ols*

While mending my broken heart and rebuilding my life back, I found this. Soothing, I'd say.


Rahmat Allah Di Sebalik Keguguran
oleh Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM)
blog: www.drazwan.blogspot.com.

Salam,

Ramai pembaca yang memberitahu perasaan sedihnya kerana baru sahajakeguguran cahaya mata. Ada yang baru kahwin dan keguguran, ada jugayang sudah lama inginkan anak tetapi akhirnya keguguran. Tentulahperasaan sedih yang teramat sangat kerana mengalami keadaan tersebut.

Izinkan saya berkongsi pendapat saya di dalam hal ini.

Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.

Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkanmakanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi katRestoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabiladiberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atausayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yangtajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajiansaintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nakelakkan maka elakkan lah.

Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung(luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cubatermasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubatpula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab sayaorang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untukmenggugurkan kandungan.

Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma sepertijatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakitkronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pinturahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung,demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga bolehmenyebabkan keguguran.

Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasahouseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turutsepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awalmengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamatmelahirkan zuriat.

Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utamakeguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unikpenciptaannya.

Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukaisesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamutidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yangtersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti adahikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini danbersabar.

Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yangterbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetikseperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itutidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, makakemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagaikeguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allahmembenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yangakan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yangdicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.

Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlahAllah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masayang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kitapasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, disebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoaagar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkanbahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertilityiaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwinbertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puanuntuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukarmengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapabulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untukmenjadi ibu. Syukurlah...

Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji danteruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pastiada hikmah dari Nya.

No comments: