Tuesday, August 18, 2009

Bibik On Board


She first came to our home Satuday, 18th July 2009. Maka pada hari ini genaplah sebulan kami ber-Bibik Ros.

Rentetan bibik ni sebenarnya, kalau ditrack-back, melebihi 4 tahun ceritanya. Kami dok berdolak dalik, wishy-washy, kejap nak, kejap tak nak. Pada satu tahap tu, kami dah sediakan duit untuk urusan pengambilan. Tak lama lepas tu kensel. Pada satu peristiwa lain, bibiknya sudah sampai di Malaysia tapi saya kensel. Nasib baiklah, yang jadi agen tak rasminya ialah kakak ipar saya. Waktu itu dia memang tinggal di Indonesia. Di Jakarta, lebih tepat. Perasaan saya waktu itu lebih kepada tidak, tidak dan tidak. Ntah berapa keping gambar calon-calon saya dah telek. Semua saya tak berkenan. Bagi saya, ini soal melibatkan anak-anak. Saya perlu teliti. Dan selebihnya saya ikut kata hati. Kakak ipar saya yang tinggal di Jakarta dah balik bermastautin di Malaysia, saya masih belum ada bibik!

Sampailah tahun ini. Kebetulan waktu itu saya dapat tau saya mengandung anak ke-4. Dengan 3 anak pun sesak-sesak nafas kami uruskan rumahtangga. Kebetulan kakak ipar saya terjumpa calon yang sesuai, sedang mencari peluang bekerja di rumah orang. Selepas berjumpa sekali, interview sikit, saya terangkan keadaan kami yang bekerja, keadaan anak-anak kami, kisah Iman, saya beri peluang untuk dia berfikir. Kalau tak sanggup, jangan. Dia sanggup. Kami balik berfikir semula. Secara luarannya dia nampak okay-okay saja. For the first time, we had good feelings about getting a maid. Beberapa hari selepas itu, Tebby maklumkan pada dia, dia akan bekerja dengan kami.

Setakat ini saya tiada apa-apa yang major untuk diperkatakan secara negatif. Dia cekap. Hari pertama saja, dia melipat 4 bakul kain. Ni bukan bakul kecik-kecik tu tau. Esoknya, belum sempat saya siapkan jadual untuk dia, I woke up to cleanly swept floor, wangi ber-mop. Dapur bersih. Sampah dibuang. Cuma kain kotor masih belum berbasuh. Itupun sebab dia tak tau butang mana harus ditekan.

Long story cut short, setakat hari ini, Adam sudah hook-up. Sudah digendong Bibik Ros menyidai kain, menyiram pokok. Petang-petang main di laman. Rutin Adam pun dah berubah. Waktu kami berangkat kerja, Adam sudah siap mandi, rambut licin berkilat bersikat kemas, bajunya berseluar tuck-in tinggi dari pusat... ala-ala mat belia! Yang agak tegar cuma Iman. Maunya Ummi.. Ummi... Ummi. Lepas 2-3 minggu, barulah Bibik Ros masuk dalam kamus hidup dia. Kakak suka. Boleh balik ke rumah selepas sekolah. Tak perlu melangok di taska tunggu Ummi dan Abah. Ya, hidup anak-anak saya lebih terurus. Saya pun dah boleh berehat-rehat sedikit di rumah. Barulah ada masa nak buangkan blackhead di hidung. Baru ada masa berlama-lamaan di bilik air menyental lulur!

Pernah saya terfikir, had this happen long ago,.. alangkah! Mungkin sekarang kulit saya sudah mulus dek lulur, mungkin rambut saya sudah bersinar-sinar dan disanggul elok-elok 24 jam, mungkin saya sudah berseri-seri akibat penangan jus pegaga. Tapi saya juga mungkin tak boleh menguruskan anak-anak dengan baik, mungkin tak pandai uruskan masa dengan elok. Andai bibiknya balik kampung, terduduk nanti!

Walau bagaimanapun, pada kebanyakan masa, saya tetap memasak. Anak sudah dijaga Bibik Ros waktu saya di ofis. Itu sudah 1/3 waktu. 1/3 lagi untuk tidur. 1/3 saja untuk saya dengan anak-anak. Dengan Bibik Ros 1/3, dengan saya pun 1/3.. saya harus setkan cutting-edge saya, tak gitu. Food it is. Saya bangun awal masak lauk untuk lunch anak-anak. Kalau ada nasi sejuk, bolehlah buat sarapan Nasi Goreng. Kalau yang mudah-mudah, Bibik Ros akan buat. Goreng ikan, goreng telur. Potong buah. Ada seperkara lagi yang saya lebih suka saya buat sendiri. Menyimpan kain baju dalam almari. I have my own set of standards. Bibik Ros akan lipatkan kain-baju dan masukkan dalam bakul. Saya akan adjust mana-mana yang saya tak berkenan dan simpan dalam almari. Baju anak-anak pun saya keluarkan secukup rasa sebelum saya ke ofis. Pendek kata, Bibik Ros tak perlu hampiri almari saya dan anak-anak. Saya cerewet bab ini. Tak perlulah saya bebankan dia dengan ke-cerewet-an saya itu, kan.

Syukur alhamdulillah. Dipermudahkan. Pujian saya untuk kerja-kerja dia setakat sebulan bersama kami. Mohon Allah dikekalkan begitu. Terasa lebih selesa. Kakak usulkan saya berhenti kerja saja. Ummi jadi bibik kat rumah ni. Boleh jaga Kakak tiap hari.

4 comments:

WAJAH-WAJAH KESAYANGAN said...

alhamdulillah syukur..akak dapat bibik cam tuh..saya yg baca entry kakak pon naik syok..betul cakap akak kalo ada org tolong urusan rumahtangga lebih terurus jadinya.kita pon tak de la asyik nak marah je.iye la badan penat bila anak buat salah sikit mula la naik angin.ini memang berlaku pada saya.nak amik bibik hati berbelah bagi je huhuuu..

Zuraimah Ismail said...

alhamdulillah....gembira baca bila org dpt helper yg baik ni..moga kehidupan kan lebih bahagia dan ceria..:)

Tyha said...

Bestkan...tapi bila akak sebut bibik balik kg tu yang rasa eeemmmm...pening juga.

Farra Da Smiley said...

bibik ku kene gak susun baju dlm lemari sbb sy pantang kat bwh...huhu...nak wat cemana..

psl dia tak susun ikut standard sy tu , sy dah tegur..hehe