Waktu dipejabat, anda ada proper timing untuk makan dan minum. Sampai ofis jam 7.30 pagi, boleh minum kopi dengan nasi lemak (tanpa perlu berhenti untuk mencebok anak yang poo-poo), waktu rehat tengahari boleh makan dengan aman kat kedai Latip (tanpa perlu tension-tension anak-anak bergaduh sampai tertepis air manis kat meja makan lalu tumpah..) Kalau ada masa lebih-lebih, boleh makan pisang goreng pulak. Paling buat saya ‘terharu’, ofis saya menyediakan spot ala-ala ‘kantin’ menjual jajan! Siap dengan premix hot drinks. Heaven bukan.
Ni saya bagi satu contoh lunch last week. Lunch dengan En Suami di Bangsar. Sapa tak tau kari-kepala-ikan-bawah-pokok? I bet most of us yang kerja kat T* Menara / Annexe sure tau. Sedapnya hingga ramai yang sanggup ambik risiko kena berak burung (it’s an open air gerai, banyak pulak pokok-pokok kat situ, termasuk beburung yang dok kat pokok-pokok tu) termasuk saya :D
Ni adalah kari kepala ikan. Ikan merah. Malangnya pada hari kejadian takde yang kecik. Yang ni lebih kurang sebesar kertas A4. Eh, malang ke? Habis kena bedal sampai tinggal tulang aje. Walaupun upon its arrival, terus aje ‘kalau tak habis, kita bungkus’. Ya lah tu.. bungkus lah sangat.. bungkus dalam perut.
Kepala ni RM50.00. In addition to that, kami order sotong goreng 2 ekor, ikan cencaru goreng 2 ekor, sepinggan taugeh, 3 pinggan nasi (saya makan sepinggan ajer, sila tuduh orang lain) dan 2 gelas teh-o-ais-limau.
hah, siap gigi lagik tu
aip.. tunggulah ai ambik gambar jap (merujuk kepada tangan yang sedang merobek ikan)
sotong goreng terbaekkk!Puas hati. Sedap. Kenyang. Tangan pun bau kari sampai ke malam despite dibasuh dengan sabun 2-3 kali. Total lunch hari tu was RM65. En Suami hulur 2 keping no RM50. Tokey kata takpelah, bayar RM50 ajer pasal dia takde small change. Lain-lain halaaaaaaaaalll! Maknanya kami cuma bayar kari kepala ikan tu aje, the rest FOC! Moga Allah murahkan lagi rezeki mereka.
ps - tak kena berak burung, alhamdulillah..
























