Thursday, October 19, 2006

salam Eid dari kami sekeluarga

Short note:-
~ ada
orang tu ada hp baru. wahhh.. tak sia-sia hp lama dia tu keypad rosak. terus sambar hp yang lagi canggih dan hebat. hensem gak hp baru dia tu.
~ ada
orang tu pulak ada handbag baru. kaler biru katanya. wahhh.. tak sia-sia ada 3G phone, si husbandnya yang shopping mopping, dia pilih bag thru video call.
~ ada pulak
sorang kenalan tu dah nak cuti esok. hati-hati di jalanraya yek. semalam try hantar mail tp dah bounced-back. mailbox penuh.


anyway, last few days baru je dapat softcopy gambar-gambar kami di Korea dulu. total from kawan yang seorang ni pun dah 800 keping! kami punya dalam 100-200 keping aje. 2 malam lepas sempat lah menengok kat rumah sama-sama dengan kakak. suddenly she realised how longgg and howww far she was left behind! all the while she thought we were in AQUARIA, KLCC baru dia tau there were fishy things happended tho we didn't even see any fish in Korea. apalagi, muncung lah kawan tu satu malam!

(Photo ~ Namsan Park from Yongsan Street. On top of Namsan Park, there's SEOUL TOWER)

hari ni aktiviti mengumpulkan kuih raya. semalam dah dapat 'FRAMBOZEN KENARI'. hebatkan namanya? rasa pun hebat tauu. hari ni pulak nak ambik KEK LAPIS PRUNE dan KEK LAPIS MASAM-MANIS yang ditempah minggu lepas. alhamdulillah tahun ni tak terburu nafsu. biskut cuma 4 jenis dan kek 2 jenis. baju raya untuk kami suami isteri sepasang sorang. untuk anak-anak ada lebih sikit.

btw, i am still not very well. semalam dapat mc. sebelum balik rumah temankan mdh hantar final draft graduate project dia. tong teng tong teng, sampai rumah pkl 2 ptg. lepas sembahyang zohor tertidur sampai 530p.m. lepas beli juadah berbuka kat pasar ramadhan, pick-up anak-anak. alahai, badan Iman dedar-dedar but he was still active. kalau dia dah 'give-in' to fever, usually dia akan banyak merengek dan nak dukung. he was still in his normal self semalam. mintak-mintak tak melarat. esok pulak memang follow-up check-up dia kat APSH so nak mintak ubat-ubatan spare from dr. y Allah, janganlah pisang berbuah untuk kali ke-3!


anyway, esok tak pasti boleh memblog atau tidak so ummi sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. kepada semua kenalan yang pernah bertentang mata, bertepuk tampar atau yang cuma berkenalan di alam cyber.

gambar raya last year. it was 1st day eid.
coincidently it was iman's 1st birthday also.
but look at how sick he was.
masa tu dia kena pneumonia but we still didn't know.

we though it was just some stubborn fever.


dari ummi, mdh, athirah & iman



12 comments:

pB said...

selamat hari raya juga buat ummi sekeluarga.

PB mohon maaf dari abjad A hingga abjad Z kiranya ada salah dan silap sepanjang kita bersahabat , bertukar tukar cerita dialam maya ini.

PB doakan agar semua ahli Ummi sihat dan selamat sampai kedestinasi yang dituju...

email dah tak penuh...

y@tipruzz said...

slamat hari raye & maaf zahir batin jugak dr kami sekeluarga!

sy ade resepi frambozen tu, kalo akak nak ckp ler ok. Sy malas buat sbb renyah hehe.

ummi said...

pb ~ selamat beraya di rumah mertua ya! kalau my MIL, mesti banyak gilerr masakan yang nasi-nasi ni. nasi impit, nasi ayam, nasi bukhori, nasi beryani... abislah butang kebaya tersembul keluar!

ct ~ alhamdulillah bagus bagus. ummi takde oven nak bakar membakar ni. lagipun mmg husbang kureengg makan biskut and kek. dia suka nasi2 (tengok senarai yang ummi reply komen PB kat atas tu..)

ummi said...

yati ~ eh, tercicir plak. renyah yek? kalau gitu order je lahh ha ha ha. biskut yati satu balang dah selamaattt..

Anonymous said...

K Tie, Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin.

Tahun ni, 1st raya tu bday my boy pulak..hehhe.

Have a safe journey ya...

Sofira said...

selamat hari raya aidil fitri buat ummi athirah sekeluarga. maaf zahir batin :)

Ummu Auni said...

selamat hari raya. maaf zahir batin :)

ilsa said...

Selamat Hari Raya ummi! Raya tahun ni kat Kelantan (banyak fooooood) so buat semua baju kurung takde kebaya! haha.. ummi balik ganu tak?

y@tipruzz said...

safurah, makankan nasi dagang utk kite! hehehe

aida said...

selamat hari raya

Akuro ® said...

Selamat hari raya...

Cik Tat said...

Selamat Hari Raya untuk kak ummi sekeluarga..