Friday, October 13, 2006

happy birthday Iman (2 tahun hijrah)

Iman ~ seconds after delivery.
crying his heart out

Teringat lagi pagi tu. Lepas Che Abang tu ke ofis, ummi terasa nak ke toilet. Tup-tup nampak darah. Cepat-cepat call dia. Kebetulan dia tertinggal laptop so memang on the way balik ke rumah semula. Cepat-cepat mandi dan tukar baju. Minum air milo segelas. Kalau dengan Che Abang tu memang no compromise bab-bab ni. Takdelah nak singgah makan nasi lemak ke, roti canai ke. Kebetulan pulak bulan puasa so teruslah kami meredah kesesakan MRR2 ke Ampang. Sampai di APSH, terus masuk labor room. Dah 3cm.

Sementara menanti, ummi baca buku cerita. Ingat lagi tajuknya ~ Life of Pi (sampai sekarang tak abis baca lagi!). Che Abang dok belek suratkhabar. Lepas edema tu, sakit masih belum kuat. Tak lama lepas tu, nurse datang bawak satu batang. Eh, macam kenal jek. Time kakak pun ada guna batang tu. Pecahkan water-bag. Nurse kata bagi proses cepat sikit. Tak cukup pecahkan water-bag, kena lak IV, pun nak cepatkan. Si Iman pulak dok tekan-tekan bladder ummi, kejap-kejap nurse kena datang bawak mangkuk. Merasalah buang air ada orang tadahkan he he. Dalam nak terkucil tu sempat lagi baca buku dan berbalas sms. Nurse datang lagi check. Eh dah 7cm tp awat cam tak berapa sakit sangat lagi. Soalan tu terjawab tak lama lepas tu, sakit bertalu-talu sampai merayu2 di belah je perut tu. Nurse cool lagi. Che Abang tu muka kesian sangat. Tugasnya menggosok belakang, pegang botol air dan jadi pom-pom boy. Tak tertahan sakit, mintak pain-killer. Tapi nurse mintak maaf banyak-banyak sebab it was too late already. Iman dah ke bawah. Tiba-tiba lepas tu rasa nak push. Push push. Dan lagi dan lagi. Che Abang intai tak nampak lagi kepala Iman. Setelah berhempas pulas, Iman masih tak keluar. Dr datang. Check punya check, dia kata OP and not engage well. Po ko bondo tu? Rupanya Iman dok senget, tak tepat dengan jalan keluar. Plus, mukanya mengadap ke depan (sama cam kakaknya jugak) Diorang pun betulkan dia tapi masih sangkut. Ummi boleh rasa dia turun sampai ke opening tapi macam ternaik semula. Dr pun kata ‘we vacuum’. Buatlah apa pun, ummi rela. Janji mamat sorang tu keluar dengan selamat. Dalam diorang dok bersiap tu, tertengok lak sedulang pisau segala yang berkilat-kilat. Ngeri gak ek. Pastu Iman pun disedut keluar. Oh, berbelit tali pusat kat leher dia 3 kali. Lepas kena tepuk, menangis lah dia.

Selamat.

3.3kg 1.37p.m ~ 20 Ramadhan 1425. Ummi pegang dia. Che Abang kata cukuplah anak kita dua orang ni. Dia kata kesian tengok Ummi nak bersalinkan Iman, tapi dia tak boleh buat banyak benda untuk tolong.

Terus kami panggil dia Iman. Memang nama tu dah menanti dia. Muhammad Iman. Muhammad sempena nama nabi kita dan disebabkan nazar ummi. Iman pilihan abahnya.

Sebelum keluar dari labor room, Dr pesan ~ lain kali mintak epidural cepat-cepat. Teringat masa bersalinkan kakak. Nurse tanya nak epidural tak? Che Abang tu pulak yang menjawab tak mau. Eh, confius Ummi, sapa yang nak bersalin ni? Walaupun kakak anak sulung dan sakit berpanjangan, proses kelahirannya relatively kurang sakit dari Iman.

Apa-apa hal pun, Iman pun dah besar. Sesuai dengan namanya, dia memang mencabar kesabaran dan keimanan kami. Ragamnya. Sakitnya. Kuat nangisnya. Kuat bergayutnya. Tapi alhamdulillah.. dia tetap menyerikan hidup kami sekeluarga.

Iman ~ 2 tahun (hijrah) kemudian

16 comments:

pB said...

alhamdulillah..Iman selamat dilahirkan kedunia yang penuh pancaroba ini. Moga ummi dan ayah dpt mendidik iman menjadi umat islam yang cemerlang, terbilang dan gemilang dunia dan akhirat.

Pengalaman melahirkan tidak pernah sama antara anak anak yang lain. Ada org mengatakan, melahirkan anak lelaki lagi susah dari anak perempuan. Melahirkan anak ketiga lagi teruk dari yang lain.

Yang paling teruk untuk PB ialah anak yang ke4.Tersangat lah sakit sebab kedudukan kepalanye tak selari dengan 'jalan'. Sengit, kata doktor. Tiap kali contraction, pembantu doktor akan masukkan tanganya dan cuba 'memulas' untuk betulkan. Masa tu, memang dah menangis nangis dan minta ubat tahan sakit. Tak minta pulak doktor operate... Masa tu jugaklah Abe kena agree no more child after this....

sorry..ter'over' the budget la pulak...

ummi said...

pb ~ tatau pengalaman org lain tp bg ummi, bersalin dan menjaga boy mmg lebih mencabar dr girl (ada 2 aje anak so compare dua ni je lah he he). sama lah dgn ofismet, anaknya 7. kali ke-7 baru suami dia masuk labor room. terus lepas tu decide taknak anak lain dah. heh heh, ngeri kot.

tapikan PB.. bila nengok keadaan masyarakat kita sekarang, terbayang2 cabaran besar nak mendewasakan anak2 kan.

ps kalau 'budget' tak cukup, boleh hantor email pulak.

ummi said...

ct ~ itlah nikmat bersalin. sakit2 pun tak serik. bila anak lahir je, sakit2 terus hilang. Allah bagi sakit supaya kita ni lebih sayang dan kasih. ye lah, dah susah2 kendong ke hulu ke hilir pastu bersakit2 nak bersalin, mestilah sayang kan.

aida said...

amni pun sama ngan iman, 20 ramadhan.. tapi beza setahun

as for fawwaz, erm, dia lahir 26 ramadhan.. saya minta epidhural kak tie, nurse dok main seluk je, rasa sakit sgt die seluk.. ouch

ummi said...

kakZ ~ kalau tengok baby2 ni, mmg saya pun rindu nak ada baby kecik tp bila balik rumah budak2 tu buat haru, berpikir semula saya!

aida ~ dah mmg keje diorang kan (menyeluk tu). akak sakit kat pinggang time Iman pastu time dia buat vacuuming tu pun ada tambahan sakit lagi. adehhh... oh, tak lama lagi fawwaz 1 tahun hijrah lah yek.

Ummu Auni said...

kak tie, Alhamdulillah. rasa2 bab bersalin tu, kalau fikir balik, mmg rasa tak nak bersalin dah sampai bila2...kakak's delivery was painful dibandingkan dgn adik. rasa taknak beranak dah lepas deliver kak...

aida said...

kak tie, fawwaz sebaya ngan iman la.. :D
amni is going to be 3 y.o and fawwaz 2 y.o.

tapi bab seluk tu, mmg seriau.. bila terkenangkan nak bersalin tu, tobat macam taknak pregnant dah

ummi said...

mardhiah ~ and yet, pastu we long to have babies again, right..

aini ~ sebaya? uiihh kalau jumpa tu mesti diorang boleh main dengan gempaknya.

Kaklong Syikin said...

SALAM,

ALAmak..btjnya tertinggal entri..tgh kalut ni. nanti dtg lagi..

ummi said...

syikin ~ awat kalut sangat tu? tarik nafasss... lepassss... tarik nafas... lepass....

Cik Tat said...

saya hari tu dah 10cm baru nurse pecahkan air ketuban..
ada member ckp, anak kedua mmg lg sakit dr first..

Anonymous said...

Ummi-- best ke muzium kesenian islam (Islamic Arts Museum yg dekat dgn Masjid Negara tu kan?) punya buffet sampai fully booked :o saya pernah gak ke sana ambil kursus basic belajar khat (siapa-nama-dia yg berlakon Ali Setan tu pun ada kat kursus tu masa tu..hoho.. rasanya dia ada buat business jual khat). Anyways, "Life of Pi"..sempat lagi Ummi baca buku cerita tu ek! I heard of the title before--I think in one of the top listings a few years back. So far best ke? Worth ke baca? Had just finished reading 'Confessions of a shopaholic' after reading Yatie's recommendation on her blog.. my only comment on the book: hahaha! Looking forward to another entertaining book to read.. (haiyer.. Quran masih nak kejar utk khatam Ramadhan ni..:P)

ummi said...

safurah ~
they serve middle east. went there 2-3 yrs back. not bad lah. plus senang nak sembahyang maghrib then sambung makan. ambiece cosy.

Life of Pi ni is about a boy yang have to survive when sailing with a bengal tiger. only dia and the tiger. where i stopped, he was still not sailing heh heh.

now, about quran ni memula puasa laju je then agak slow sekarang. in fact towards the end puasa ni rasa cam agak letih. i have to force myself bangun sahur and do the house chores. kalau agak2 malas tu, just ingatkan dalam hati pasal extra pahala boleh dapat!

ummi said...

safurah ~ one more thing, zarid kata you two met recently and little Imaan has these bouncy cheeks and even over-grew his baju raya already eh? good boy!

Anonymous said...

betul ummi--beli je baju biasa sebab tak dan nak cari baju melayu (Tuk Mama dia kat Penang tgh jahitkan satu based on previous measurement.. ntah2 tak muat dah :P) aduhhh.. risau jugak tahap ketembaman dia. zarid kata "takpe, takpe, belum tahap 'michelin'" but it sorts of getting there! Hope he'll loose those baby fats once dah besar macam Iman senior ;) Dari segi lasak dia.. sounds like the same saje hehe

ummi said...

safurah ~ yup. mmg kita suka nengok baby tembam2 tp kena jaga jugak. takut membawa ke dewasa, kesian kat dia nanti. i have a nephew yang big size and banyak isi, now dia ada problem with the hip bone. Iman dulu kaki dia mmg ketul-ketul but as he grows and jadi lasak, hilanglah all the fats. for me, as long as dia sihat dan cergas oklah. akak lagi 'lega' tengok diorang melasak kat rumah dari dok diam baik-baik coz selalunya kalau diam baik2 tu, tanda2 nak jadi tak sihat lah tu.