today marks the first half of Ramadhan 1427. bunga api pu dah mula kedengaran (termasuklah selepas waktu sahur!). kami hanya merancang, Allah yang menentukan. rancangan kami berbuka juadah homemade nampaknya agak tergendala. rancangan untuk mencuba resepi-resepi baru juga begitu. kalau dah suami sakit, nak makan pun tak selera, apatah lagi nak mencuba benda baru.
2 tahun lepas, 15 ramadhan 1425, ummi sarat mengandungkan Iman. sememangnya sewaktu mengandungkan dia, agak tidak selesa. dia seolah-olah menekan ke bawah menyebabkan kalau berjalan, terasa sakit di bahagian bawah perut. tambahan waktu itu ummi bertugas di bukit mahkamah, mdh pula di menara. selepas waktu pejabat, terpaksa menapak ke lrt station untuk ke menara. dan sebagaimana diketahui umum, rakya malaysia ni tak mengira orang tua atau keuzuran, main tolak aje. alhamdulillah Iman selamat dilahirkan pada 20 ramadhan 1425, jam 1.37p.m. kiranya kalau ikut tahun hijrah, tak lama lagi birthday Iman yang ke-2.
(Photo~Iman when he was 5+ months)
iftar semalam merupakan kali pertama berbuka sendirian. terasa janggal melihat kerusi kosong di mana biasanya mdh duduk. terasa pelik bila mencedok nasi sepinggan sahaja dan hampir-hampir sahaja menuangkan teh-O kegemaran kami ke dalam 2 cawan. sebaik azan bergema, hati jadi sebak. pengakhirannya, nasi tak sampai separuh luak, sup ayam cuma kuahnya saja, ikan masin kurau sikit tercuit dan telur dadar tidak terusik langsung! tak ada selera. anak-anak pula asyik bertanyakan abahnya. Iman terlelap awal. kakak makan nasi berlaukkan telur. selepas melipat kain, kami anak-beranak tidur di ruang tamu. sahur pun sekadar mengambil berkat. sekeping roti cicah sup ayam. cukuplah.
(Nota~teruk juga panahan asmara ni ya! makan tak lalu, tidur tak lena..)
and kakak, in the absence of her abah, asked for pah. finding comfort in the orange, long-legged thing, like she did for many-many years (before she decided she had enough a few weeks back). i guess she misses him too.
(Photo~gambar file: suatu waktu dulu)
perancangan berbuka hari ni menu nasi lagi. nasi putih. sup ayam semalam masih banyak, hangatkan saja. mungkin nak buat 'stuffed-grilled-squid' kalau keadaan dan masa mengizinkan. dan amat berharap kerusi di depan ummi akan ada orang yang duduk petang nanti!
4 comments:
PB doakan agar hubby ummi cepat sembuh dan dpt mc byk byk....
baru perasan, iman sebijik muka ummi....
kakZ - tu lah, lepas buang bground belang2 tu dah ok dah. insyaAllah, still standing ni.
pb - alhamdulillah dah keluar hosp dan beransur baik. iman dan umminya sedondon? heh heh.. itulah yang org selalu sebut2.
ummi...
hubby dah discharged yer...alhamdullilah.. hopefully lepas ni makin sihat akak sekeluarga... :)
ct - itulah namanya dugaan hidup. semoga menambahkan lagi keimanan kita semua bila berhadapan dengan keadaan sebegitu.
fatin - insyaAllah. but have to be Xtra careful, the haze is really really really baddd. you take care too, okay.
Post a Comment