Tuesday, August 25, 2009

Macam-Macam Kakak

Sejak masuk Ramadhan tahun ni, setiap kali masuk Maghrib, saya ajak Kakak pasang niat puasa esoknya. Niat itu sah walau sekadar lintasan dalam hati. Maksudnya tidak perlu lafaz. Tapi eloklah diasuh dari kecik secara tersusun dan tertib kan. Makanya, setiap hari lepas berbuka, inilah rutinnya..

Sahaja aku berpuasa esok hari
Sahaja aku berpuasa esok hari
Dalam bulan Ramadhan
Dalam bulan Ramadhan
Pada tahun ini
Pada tahun ini
Yang fardhu ke atasku
Yang fardhu ke atasku
Kerana Allah Ta'ala
Kerana Allah Ta'ala

Alhamdulillah, setakat hari ni penuh lagi puasa si Kakak. Tapi tiap-tiap hari menangis. Lapar katanya. Haus katanya. Jenuh jugak pujuk memujuk. Saya kata kita kena rasa macamana orang yang miskin takde makanan tu rasa. Kita boleh jugak makan lepas Maghrib, orang miskin tu, langsung tak makan. Saya kata kita orang Islam kena sabar. Kakak kena sabar. Allah sayang orang bersabar. Tambah lagi, kalau berpuasa, dapat pahala. Kakak kan dah belajar pasal pahala kan. Angguk saja. Airmata meleleh jugak.

Tapi setiap hari sudah ada perubahan positif. Dia masih menangis tapi timing dia melelehkan airmata lapar dan haus dia tu semakin petang. Hari pertama belum tengahari dah mula. Hari kedua lepas jam 12 tengahari. Hari ketiga jam 5 petang. Semalam hampir jam 6 dia kol handphone saya, minta berbuka. Macam biasa, kena pujuk-pujuk sikit. Dia pun ambik kesempatan order air cincau. Layann. Balik ke rumah tadi, katanya tak nak berbuka makan nasi. Nak spaghetti. Layan...

Berbalik kepada niat puasa tadi, ada satu hari tu saya dengar Bibik Ros ajar Kakak pasang niat. Dalam bahasa Arab.
Nawaitu..
Nawaitu..
The rest saya tak dengar dan tak ingat.
Malam tu waktu tengok TV saya tanya Kakak, tadi baca niat dalam bahasa apa?
Bahasa Indon katanya....

Menu tadi takde gambar. Lauk homemade cuma Ikan Merah Goreng saja.

Menu 4 Ramadhan 1430H
1) Ikan Merah Goreng + Kicap Pedas
2) Kerang Bakar Sambal
3) Paru Sambal
4) Buah anggur & epal
5) Air Teh-O Panas & Bandung Cincau

3 comments:

ME said...

Anak ME yg pertama, puas kena paksa gak nak puasa, tapi yg kedua mula berpuasa masa tadika dengan sendirinya .. wpun 1st time tu kitaorg tak kejut dia sahur.. till now dia selalu berpuasa sunat kat sekolah dia. Alhamdulillah & kakaknya pun dengan sendirinya dah jadi malu dgn adiknya.

Ummu Auni said...

moga dapatlah kakak berpuasa penuh :)

ummi said...

sis ME ~ bagusnyaa... sejuk perut mengandung..

aini ~ that's the target. mintak2 semua dipermudahkan