Friday, September 29, 2006

Kisah '3-Kisah'

Kisah Satu ~ Kisah si anggur masam (sila terjemahkan tajuk secara literal)
NOTA ~ Kisah ini hanya untuk yang mengerti sahaja.
Ada sebiji anggur masam. Walaupun masam, dia sebiji anggur yang besar. Dia berada di kalangan anggur-anggur manis, yang terpaksa tunduk hormat kepadanya akibat saiznya yang besar. Oleh kerana itu, dia tak sedar kedudukannya sebagai anggur masam. Dia merasakan dialah yang termanis.

Awas berhadapan dengan anggur yang satu ini. Serba tak ketahuan. Tak keruan. Itu tak kena, ini tak betul di matanya. Masalahnya, dia merasakan anggur-anggur lain semuanya masam, cuma dia dan kelompoknya yang manis, Itupunn… kadang-kadang anggur manis dalam kelompoknya turut dilabelkan masam. Anggur-anggur kelompok lain? Toksah cakaplah, semuanya tak sedap!

Si anggur masam ini kehendaknya tinggi. Mau orang hormatinya. Mau orang patuhinya. Mau orang berkata dia sentiasa betul. Tolonglah cikpuan anggur, kalau mau orang hormati diri anda, pertama-tamanya sila hormati orang lain. Dan satu lagi, jangan lupa hormati diri sendiri. Kadangkala dalam membicarakan kesilapan dan kelemahan orang lain, anda kelihatan kalut dan ada kalanya tak konsisten dan ada kalanya entah apa-apa. Cuma kerana saiz anda saja membuatkan orang tidak membantah. Tapi itu tidak mengubah anda kepada anggur manis ya.

Anggur Masam ~ itulah nama tengahnya (sila terjemah secara literal)


Kisah Dua ~ Sepetang bersama orang pening kepala
Petang semalam kami langsung tidak terperangkap dalam kesesakan. Tiada magic ya. Sebetulnya kami pulang awal 20minit. Che Abang tu pening kepala. Muka pucat. Dalam perjalanan, kami berhenti-henti sebab dia harus turun dan muntah. Sesampai di rumah muntah lagi. Lembik. Terbaring saja. Pesan pada Kakak dan Iman, jangan kacau abahnya, abah tak sihat. Minta kebenaran untuk take-over dapur. Janjinya dia yang akan masak semalam tapi akhirnya sudip bertukar tangan. Nasi Goreng Lobster dan Sup Telur. Pembasah tekak pula teh-O suam. Walaupun Che Abang sudah ragu-ragu status puasanya, kami masih menunggu azan Maghrib untuk makan. (Kalau ada yang tertanya-tanya pasal nasi goreng tu, kami cuma masukkan cebisan dried lobster yang dibeli di airport Kota Kinabalu). Kata Ummi, abahnya perut masuk angin. Kata Abah, mungkin sebab lepas sahur makan ubat allergic. Kata kawan di ofis, kau mengandung kot? Eh, aku puasa pun tidak, mana pulak mengandung!































(Photo 1 ~ sup telur)
(Photo 2 ~ close-up dried lobster)
(Photo 3 ~ nasi goreng gaya Ummi)


Okaylah, last sekali, sketsa bergambar dari boboy Ummi..
Kisah Tiga ~ Mari minum air bersama Iman

dimulakan dengan.. bismillahhh





mulakan minum air secara berhati-hati (tumpah kalu, ummi marah nanti!)









kemudian berhenti kejap untuk ambik nafas











sambung balik









uihhh.. kalau dah nak abess angkat tinggi-tinggi macam ni.. tak baik membazir tau..











kalau tak cukup, hulurkan mug anda dan bagitau 'nakkk agiii'










kalau tumpah sket, kesat gini yek
(suara ummi di latar ~ iman, pse lap guna kain lain kali)









burp, alhamdulillah

Thursday, September 28, 2006

our first buka puasa outside



our kitchen was officially closed yesterday, hence we broke-fast outside. my husband had a meeting which ended at 6.30p.m. and after his asar prayer, we shoot off from office at 6.45p.m. to Bangsar. since it was already late, as expected, restaurants were overcrowded and people double-parked also. we managed to get to park illegally near a fruit stall and while we rushed to Said's, azan pun berkumandang. sib baik mmg ada tersedia kurma atas meja. so while we waited for the main course, makanlah kurma dulu. masa ambik Kakak and Iman, dah pun pukul 8+p.m. kesian diorang (but they were happy anyway) tunggu lama.
(photo~while exiting from menara, clear eh?)


oh, i got my first batch of kuih raya already. 3 packs from yati. thanks yati. i've tested it last night. seeedaaaaapppppp. (che abang tu tanya ~ aikk, kata kuih raya, awat makan sebelum raya?) i told him we never know what's gonna happen in future. so while we have it, why dont we just savor it? (alasannn..).

anyway, the kids were behaving well last night (probably because i didnt know what they did ~ dozed off after munching yati's cookies). Iman ate tomato (which he pronounced as 'batu') and Kakak, she forced me to fold clothes so that she could help. Adehlah. but in a way, she did helped, last-last ummi dia terpaksa jugak lipat kain tu semua.

Iman eating 'batu'


Kakak is helping me with the laundry

okay peeps, i have a meeting to attend today. satu hari punya meeting. hopefully it'll end puntually as planned i.e. at 5.00p.m so that we can go home and buka puasa with che abang's nasi goreng lobster (heh, tunggukan gambarnya esok ya!)

Wednesday, September 27, 2006

on being a mom

I did my Maghrib the other day. Berdoa. Doa seorang ibu untuk anak-anaknya. Doa si ibu untuk dirinya sendiri juga. Secara spesifiknya ~ mendoakan si Kakak agar lebih minat ke tadika dan mampu untuk catch-up sebahagian besar yang dia ketinggalan dan mendoakan Allah kurniakan sebanyak-banyak kesabaran kepada Umminya untuk buat ‘kelas tambahan’ di rumah.

Dalam semester 2 ini sahaja, Kakak tidak ke tadika selama 6 minggu! 3 minggu sewaktu dia sakit pertengahan Julai lalu dan 3 minggu lagi baru-baru ini sewaktu ummi dan abahnya ke Korea. Dia jauh ketinggalan. Kawan-kawan sudah pandai membaca, dia belum. Kawan-kawan sudah pandai mengira, dia masih ter agak-agak. Melalui panggilan telefon ~ petugas tadika maklumkan dia tergolong dalam kanak-kanak yang cerdik (alhamdulillah) tetapi dek sebab terlalu banyak hari tidak hadir, dia ketinggalan. Mungkin sebab itu dia semakin kurang semangat ke tadika.

Malam itu. Selepas solat Maghrib. Selepas berdoa. Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran untuk mengajar anakku. Umminya short-tempered, Kakak pula mengalami short-attention-span. Dia asyik menonton Justice League. Bila dipanggil jawabnya ‘alaaaaa…’. Teringat pula perumpamaan ~ give and take. Si Kakak dibiarkan terus menonton dengan janjinya lepas tamat nanti Justice League, harus buat homework. Malam itu matematik. Topiknya – addition. Alhamdulillah, dia dapat menyelesaikan semua soalan di bawah pengawasan umminya. I know her strength lies in art. She finds it hard to understand through numbers and letters. So we drew. 4 dots here. Then came another 3 dots. That made one, twoooo, threeeee, four, fiiiiive, siiixxxx,.. sevennnn dots. Tulis nombor 7 di kotak hujung. Dia senyum. Ummi usap kepalanya. ‘See, bukan kakak tak pandai. Kakak kena dengar betul-betul Ummi cakap. Kakak tak boleh kocoh-kocoh. Kena sabar’. Selesai 20 soalan, ummi tanya ‘Siapa good girl???’ Berdengung satu rumah dengan jawapannya ‘SSAAAYYYAAA’.

Sebagai ibu, ummi perasan kakak banyak ingat melalui gambaran. Ummi tunjukkan muka surat bergambar kucing dengan cerita Ana dan Jiji. Dia bercerita. Bulat-bulat seperti tertulis. Ini Ana. Ini Jiji. Ana suka Jiji. Bila ditutup sikucing itu, dia hilang punca. Jawabnya ‘tak tauuu’. Si kakak juga suka berimaginasi. Ia baik untuk minda kreatifnya tetapi kadang-kadang dia ‘hanyut’ dalam khayalannya. Membesarkan si Kakak perlu banyak bermain psikologi. Orangnya mudah merajuk, cepat membentak dan amat perasa. Sukakan puji-pujian dan suka diberi keutamaan Namanya sendiri memberi makna ‘utama’. Perjuangan umminya belum selesai. Harus di latih membaca pula. Hujung minggu ini akan dibeli kadbod untuk buat flashcard. Minta-minta Allah permudahkan.

Kepada Kakak ~ ummi harap kakak jangan rasa inferior dengan kawan-kawan. Kakak budak cerdik. Ummi pasti kakak boleh kejar balik segala yang kakak tertinggal. Walaupun Kakak bukan top 5, top 10 atau top apa-apa pun, Ummi tetap sayangkan Kakak. Tapi kakak kena bantu ummi untuk membantu kakak. Kakak perlu luangkan masa 15-20 minit setiap malam untuk belajar dengan Ummi. InsyaAllah kita akan buat tiap-tiap hari. Kakak nak jadi big girl yang pandai kan. Nanti Kakak boleh baca buku-buku kakak, boleh kira mainan kakak atau CD yang kakak ada. Okay?


3 Ramadhan 2047



Anyway, semalam sampai rumah pukul 6.50p.m. jugak despite keluar 15 minutes earlier than kelmarin. Sempatlah buat bihun sup. Semua bahan-bahan memang dah siap, tinggal nak menumis dan buat sup saja. Bihun yang siap direbus dan tos, Ummi steam balik. Che Abang tu pulak ada beli ayam bakar pantai dalam 1/2 ekor. Nasib baik Che Abang tu simple je. Ada jugak isteri yang mengadu, suaminya mesti nak ada gulai itu ini bila berbuka. Mau pulak yang freshly cooked, yang panas-panas semula ni tak main lahh. Takpe, dapat pahala tu bila menggembirakan suami. (Photo 1~view at the parking lot yesterday, on my left. Photo 2~we were static in this position for a good 15 minutes)

Ayam Bakar Pantai Dalam


Bihun Sup Sempoi

ps ~ drummet tak sempat goreng..




Tuesday, September 26, 2006

'thank you' for friends here and there

Special thanks to Syikin, yang membantu memberikan translation arab-bm. I was helping Kakak with her homework and she was quite frustrated that I did not know arabic. Sometimes it is hard to live up to her expectation. She thinks I know all.

Special thanks to Sikulat also, yang membantu membelikan dan membawa dengan selamatnya ikan kurau masin dari Kota Kinabalu.
(ps: Lepas buka bungkusan tu, makk aihh, panjangnya ikan. Ada dalam 1 1/2 kaki kot! Haruslah di bahagi-bahagikan kepada sedara mara nih.)


Semalam I sold (I helped sold actually) 31 containers of sambal tempe. Kalau sesiapa nak pesan, do leave a message in my blog. It's just that delivery terhad kepada bangunan office T* ini sahaja.













Anyway, contrary to my expectation, journey back home was quite a smooth one, with just the expected kesesakan to get out from the parking area until depan Mid Valley (kita tak leh komplen banyak2 kan) and the usual congestion near Tmn Connought, I got home at 6.50p.m. We could've been home earlier but che abang had to stay a little bit longer for a discussion. Kami bertolak dari Menara pukul 5.30p.m. Masa azan tu, baru siap goreng ikan and the water was almost finished boiling. Oh ya, semalam we had ikan cencaru goreng belah belakang, re-heated chicken soup, timun, sambal kicap, kurma and hot tea. Ada jugak beli lemang and some rendang for sahur esoknya. Kakak said no-no to dinner. Katanya dah makan kat school. Iman makan nasi gaul fish. That's my boy.. grow like a champion.




Last night while the kids watched 'banana is pyjama', mdh was slipping into ohlala land. He had bad allergic, with red marks and splotches here and there all over his body. (u know la ubat2 allergic ni memang buat mata pejam!). So he had to miss terawikh berjemaah kat surau tonight. Kakak pulak was bugging me to basuh kain sebab she wanted to help. I had to do 2 trips sebab ada kain2 lap which i always wash separately from other laundry. Belum lagi the 1st trip siap, dia dok lahh mengajak 'jom la, jomla ummi, jomlaa basuh kain'. Jangan dah besar nanti kena penyakit 'M' untuk tolong ummi sudahlah ya!
(Photo ~ menu kami berbuka semalam ~ ayam goreng berempah diganti ikan cencaru, sup tulang pula diganti sup ayam. Yang bawah tu untuk hari ni. Bahan2 dah siap sedia, tinggal nak tenggek atas dapur saja)

Monday, September 25, 2006

selamat menyambut ramadhan

Alhamdulillah ~ bertemu juga kita dengan Ramadhan sekali lagi. Macam-macam azam dibuat. Antaranya taknak miss terawikh, taknak miss sahur, taknak lelap semula lepas sahur, taknak membazir beli kuih-muih di pasar Ramadhan, taknak membazir untuk persiapan eid nanti dan insyaAllah kami akan memasak sendiri juadah berbuka puasa. Apa? Taknak tinggal puasa? Oh, sebagai wanita dewasa yang tidak mengandung pada ketika ini, itu agak mustahil.


Sejak sebelum ke Korea memang kami clearkan fridge. Tak berani tinggalkan barang basah banyak-banyak sebab selalu sangat power-trip. Selepas balik terus kembali bekerja dan lepas itu ambik anak-anak di kampung. Nak tak nak Sabtu lepas kami membeli-belah barang keperluan rumah terutamanya barang-barang basah. Kami ke Tesco Kajang. Makk aihhh, ramainya umatt. Dengar ceritanya serai habis hampir sebaik saja diletakkan di rak. Nasib baik Iman kami tak bawak, cuma bawak si Kakak. Kalau dia ada dah tentu aktiviti tertumpu pada dia saja. Si Kakak pulak, takmau berjalan sendiri, nak duduk dalam troli. Bila diminta turun sebab nak masukkan barang-barang basah, muncung aje mulutnya. Rupanya dia nak menolong. And it was a good chance untuk dia practice mengira. ‘Kakak, ambik potato 10, please’. And she did. ‘Kakak, tolong ummi ambik limau ni 10’. And she did, happily. Kemudian dia tolong pegangkan waktu beratur nak timbang. Lepas timbang, dia susun dalam troli. Barulah muncung tu hilang. (Photo ~ 3 bekas chicken stock went into the freezer. Can be kept for 6 weeks)


Sebagai seorang isteri dan ibu bekerja, I have to be organized, in Ramadhan especially. Ofis pulak di area Bangsar, rumah di Cheras. Sesiapa yang tinggal di Cheras tentu maklum kesesakan di Taman Connought tu. Kena pulak semua rush at the same time, ada harapan berbuka puasa dalam kereta pada hari-hari pertama ni. So, kami dah garam-kunyitkan ayam, dah perapkan ikan cencaru dengan resepi belah belakang tu dan dah buat chicken stock. Semua dibekukan. Chicken stock (rebus aje ayam+carrot+tomato+celery+garlic+halia ~ biarkan boiling for 20 minutes ~ then simmer for 1 or 2 hours) is especially handy bila nak opt for other than nasi. Nak buat mee sup ke, mihun sup ke or simply nak hirup sup ayam. Just cairkan dan tambahkan bahan-bahan lain. Kalau tak, jenuh nak tunggu sampai masak, if you were to do from scratch time balik keje tu, kan. BTW, Kakak setuju untuk cuba berpuasa. Abahnya kata ½ hari pun cukup. Dia angguk. Walaupun begitu, puasanya kecundang amat awal. Pukul 7 pagi dah mintak roti sapu jem! (Photo ~ ikan cencaru dan ayam menunggu untuk di thaw dan dimasak)

1 Ramadhan 1427


Our menu for 1st Ramadhan. tapi ikan masin masak lemak did not materialise sebab belum dapat from Sikulat. tapi ikan goreng tak sempat thaw - lupa nak keluarkan from fridge.








The spread akhirnya jadi camgini ~ sup ayam, telur dadar, ikan tuka bakar (yang ni di beli), timun, sambal kicap.








Yang ni paling best ~ sup ayam done by che abangku.









Bismillahhh... sebaik azan dilaungkan, inilah orang pertama yang buka puasa.








Solat berdua beranak. Iman marah betul sebab tak dibenarkan pakai telekung macam kakaknya!












Friday, September 22, 2006

a favor here and there

I'm doing a favor for a friend. She needs a replacement to fill her post (PG~22), buat business support. Bos okay, kerja okay. It's just that she's going for sabatical leave. However, offer is limited intra-company only. Do contact me if you or you know anybody who's interested. Do note that she needs replacement urgently.


Bagi menjawab IbuVouge, my food-blog still exists but with entry more and more further apart from one another. Reason being ~ we cook lesser these days and we cook the same menu as published in the blog before. InsyaAllah bulan puasa ni adalah entry baru since i've lined up the menu which includes new recipe as well. Mintak2 berjayalah azam ni nanti.

Anyway, hari ni ada jamuan menyambut Ramadan kat ofis tadi. Pot-luck. And as always, Ummi memasak di kedai saja. Went to buy Moist Choc Cake but ended up with California Cheese Cake. Banyak betul makanan (which i carefully sampled every each except for Mee Kari ~ kesian kita kan Zarid ~ nak buat camne dah bukan rezeki, tinggal bekas je time nak menyenduk tu!). Anyway, I am doing another friend a favor as well ~ she's selling sambal tempe jawa. Sedapppp. I am promoting because she's my friend but i'm not telling 'sedappp' because of that. Seriously, sedap. So, sesapa nak boleh leave message in my blog. Again, offer ni intra-company saja. Tak larat nak buat keje-keje delivery. (Photo ~ che abang ku sedang tekun menonton pakcik Korea membuat mee di Insadong area. I am not surprise if one day the tries to do this at home)

Tadi page bawak Iman for his follow-up check-up in APSH. Sejak balik KL ni, he started coughing again and has a bit of runny nose. Masa kat kampung, kejar ayam, main dalam semak, berlari ke hulu ke hilir ~ he was okay. Dr kata, kat kampung takde jerebu, kurang pollution and all. Even the convenience store keeper remarked - Iman has put on weight. He's about 13-14kg now. Quite heavy for a petite-me to carry around.

Okay people ~ Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga kita semua akan melaluinya dengan baik dan mendapat keberkatan.

Thursday, September 21, 2006

putus sudah kasih sayang...

* Abaikan tarikh-tarikh pada gambar. Kecuali the last 2, yang lain semuanya re-snap kat printed-photo.


Persahabatan mereka bermula sejak Kakak masih kecil.
Time ni, ke mana Kakak mengisut, Pah mesti mengikut.


Pah sedia menemani Kakak.


Terutamanya ketika Kakak melelapkan mata.
Mungkin, kalau boleh Pah nak masuk dalam mimpi Kakak.


Sehinggalah Kakak membesar menjadi anak dara sunti.
Pah masih tiada ganti.


Hinggakan Pah turut sama mengikut balik kampung setiap kali.
(ni gambar raya tahun lepas)


Tapi sejak balik dari kampung baru-baru ini, Kakak buat pengumuman 'Kakak dah big girl. Kakak takmau tidur dengan Pah lagi. Big girl tak tidur dengan Pah dah'.......




Wednesday, September 20, 2006

how does it feel to be a housewife?

Tadi borak-borak dengan kawan kat ofis ni. She’s going for an unpaid leave – ikut suami yang distationkan somewhere out of Malaysia. Seronok dia. Tak sabar nak jadi fulltime housewife. Mulanya she had mixed-feeling tapi atas hasutan kawan-kawan (termasuklah diriku), dia akan tag along suaminya. I told her for one thing, anak mesti nak dekat-dekat mak dan ayah.

That is my aim – berhenti kerja pejabat and buat kerja sendiri. I told my husband a few days back, ‘I rasa I tak mau sambung belajar dah’. I got a scholarship offer last year for Masters. A joint venture with Nanyang Universiti Singapore – which I rejected. Reason being, mdh pun tengah buat master and I have masters of universe, who top my priority. Dan sekarang, I am more interested in attending sewing or craft classes – which can be put into good use, if I ever quit office-working. I remember seeing the Koreans designing accessories (and patterns for lace too) and put the colorful stones and turn the design into beeyoootifuull brooches, bracelets and whatnots (and the lace which we drooled for, to beautify our kurungs and kebayas). I remember having a conversation with someone who’s doing ID after quitting work. She said – it’s good to be free, to work on things you like rather than rushing for deadlines – even when the pay is smaller, it’s more satisfying. To her. And I guess I’d feel so too. Anyway, at this point we’re still not financially-confident to have just mdh as bread winner. Teringat ceramah Ustaz Wan Sohor over KLFM this morning, pertaining to working and rezeki. The geist - Bila kita bekerja, kita mesti niatkan kerana Allah. Kita kena mencari rezeki kita. Walaupun begitu, kita kena ingat rezeki di tangan Allah. Kalau ditakdirkan bukan rezeki kita, kita tak akan dapat. Tapi rezeki harus dicari. So, in the meantime, make the best out of the situation I’m in right now. Or maybe if I ever get another scholarship offer, I should jump into it. Reminder to self – education is virtue, whether or not you’ll work based on that (sooo the Korean lecturer told mdh’s group). (photo ~ gambar di one of the shops di mana begitu banyak aksesori dijual sampaikan rasa berpinau-pinau pada hari ke-5 kami shopping di sana)

Anyway, my ikan masin kurau which I ordered from KK has arrived in KL. This is one of my preparation for Ramadhan. Goreng panas-panas, makan dengan nasi PLUS timun cicah sambal. Urgghh, I’m drooling already. Buat gulai lemak pedas pon sodap, don’t you think? Anyone care to share recipe? Sebenarnya pesan kat Sikulat yang hore-hore di KK baru-baru ni. Pesannya, ikan masin kurau saiz sedang-sedang aje. Tup-tup yang paling kecik pun panjangnya sekaki lebih. So kenalah mencari resepi yang berbagai-bagai based on ikan masin.

Okaylah, ni nasi lemak nak interframe kejap. Makanan berbuka puasagantiku last week. Kat Mahbub Bangsar. Ikan kecik 2 ekor, gulai hati ayam, telur rebus, sambal ikan bilis, sambal kerang and timun. yahh, i eat that much. the thing is that i just don't grow fat but i deposit the food to the tummy area only :(



Tuesday, September 19, 2006

butterfly for my princess

I’m back to the routine. Balik kerja ambil anak-anak di Atfal. Kakak terkinja-kinja menyambut kami, Iman turut sama terkinja walaupun didukung. Sampai rumah melayan anak-anak dulu dalam 15-30 minit sebelum mandi dan solat. Ummi menguruskan kain-baju yang nak dibasuh, che abang pulak buat megi goreng (sedap yang, terima kasih). Anak-anak beraktiviti sendiri. Kakak asyik tengok TV, Iman asyik main oyi (lori). Lepas solat Isya’ kami sama-sama makan. Selesai membasuh pinggan, Ummi menyidai kain-baju. Kakak pula buat homework diteman dek abahnya. Begitulah rutin seharian.

Macamana persediaan menyambut Ramadhan? Untuk kesekian kalinya terawikh masih di rumah nampaknya. Masih belum confident nak bawa anak-anak berjemaah di surau. Bimbang mengganggu jemaah lain terutama Iman yang asyik ke sana-sini. InsyaAllah, Quran akan dibaca setiap hari. InsyaAllah. Seperti tahun lepas, kami berazam memasak sendiri juadah berbuka puasa. Orang simple macam kami senang saja. Dapat nasi dengan ikan goreng dan timun cicah sambal pun dah cukup. Yang pentingnya perlu persediaan. Bila balik, tinggal nak menggoreng saja atau tenggekkan periuk atas dapur saja. Menu pun dah dibuat untuk minggu pertama. Tidaklah nasi tiap-tiap hari. Ada juga mee dan mihun. Kalau terlewat sangat dah, mungkin boleh beli kopi-O dengan sandwich RM40 kot! Kalau hari minggu boleh masak istimewa sikit. Itupun kalau che abang tak ke kelasnya. Mana nak ke dapur lama-lama kalau budak gonek berdua tu ada. Sorang telek, sorang ambik sudip, sorang nak godek periuk. Alhamdulillah, Allah kurniakan anak-anak yang bersifat ingin tahu (tak baik mengeluh, kan).

Oh ya, syikin bertanyakan gaya si Kakak dengan aksesori barunya. Hai, anak dara Ummi tu, walaupun minat princess-princess ni, dia tak minat bergaya ala-ala princess ni. Teringat masa dia kecik-kecik dulu. Pakaian kegemarannya seluar panjang dan tshirt. Time raya teringin jugak nak tengok anak bergaun kembang. Ummi beli gaun putih berbunga biru. Rich cotton, simple but sweet. Bila ditunjukkan gaun, terus menangis takmau pakai. Sekarang ni okaylah, nak jugak bergaun. She’s blessed with black straight hair. Tak payah rebonding ke apa, memang lurus cantik. Rambut pulak jenis ‘berat dan licin’ so kalau sepit susah nak lekat. Dia pulak memang anti apa-apa benda atas kepalanya (kecuali rambut dia lahhh). Pernah pengasuh dia belikan skaf rambut comel, berbunga-bunga ros kecik. Habis dicabut bunga2 tu pastu dia buat main masak-masak. Hari tu di Korea, kawan-kawan sebok membeli aksesori rambut untuk anak dara masing-masing. Diorang kata murah. Ummi memang kurengg sikit bab-bab ni so tak boleh nak nilai mahal ke murah. Tapi beli jugaklah. Sepit rambut 2 pasang dan skaf rambut ada crown di atasnya. Dipakai kejap, dibuka. Pakai kejap, simpan. Takpelah, sekurang kurangnya nak jugak pakai walaupun sekejap sekejap.

Monday, September 18, 2006

welcome back sunshine!

buah hati pengarang jantung (gambo lama)


The kids are back with us now.. yesss.

Komen Syikin, which I think most of us, mom, will agree.
"ummi..saya pernah berjauhan ngan anak2 sampai 3 minggu. betul segala citer dlm entri u tu, bila anak2 tak de, no mood maa..walhal masa tulah kita nak relax drp buat susu depa, basuh berak kencing depa, drp dengar bising depa bergaduh..tp tak blhlah, mcm kehilangan. n bila depa balik, haha..rasa nak runtuh bumbung rumah ngan keletah depa."

Kami pulang menjemput hari Jumaat lepas, selepas waktu pejabat. Sebenarnya Ummi agak ‘gusar’ memandangkan mdh harus hadir mesyuarat dengan kumpulan kerja barunya. Mesyuarat bermula jam 4.00ptg, waktu pulang pula jam 5.00ptg. Alhamdulillah, jam 5.45ptg kami bergerak meninggalkan bangunan pejabat.

Sebelum bertolak, kami menjengah a coffee joint yang baru dibuka di Ground Floor bangunan ini. Untuk 2 coffee dan 2 jenis sandwich ~ harganya hampir RM40.00! Wahh, untuk orang-orang yang tak biasa (macam diriku ini), terkejut juga ya. Memandangkan Ummi berpuasa, kami teruskan membeli supaya tak perlu lagi singgah menyinggah nanti. I had my first taste of coffee-with fancy name. Masa nak order tu I actually asked which one was kopi-O equivalent. I concluded, it is not good for daily indulgence. For one thing, the coffee is thick and I think caffeine-rich (takde tulis de-caff di mana-mana pun) PLUS, it’s gonna hurt your pocket. Take for example, my kopi-O equivalent, could’ve paid for my much-needed-cuppa for 5 ½ days and the sandwich I bought for myself could fare my 3-days breakfast. I must admit the sandwich was wholesome. Ingatkan nak buat lapik perut sementara sampai ke kampung, bila tiba, perut dah kenyang amat.

Anyway, perjalanan kami agak perlahan. Sesak di Keramat. Sewaktu melepasi tol Gombak, malam dah menjengah. Kami pula tak biasa berjalan jauh waktu malam, ditambah pula dengan hujan renyai-renyai. Bak kata boss lama Ummi, biar lambat sampai, jangan tak sampai langsung. Hampir pukul 9 malam baru sampai di kampung. Disambut dek jeritan gembira si kakak. Melompat ke atas ke bawah, bertanyakan ole-ole untuk dia dan sebagainya. Si Iman, seolah-olah baru tersedar dia dah ditinggalkan! Dia menjenguk kami dan sambung berlari ke sana sini semula. Bila nak didukung, dia kepitkan ketiaknya tanda tak mau. Kakak cukup puas hati dengan rantai berloketnya. Digayakan dengan serkap rambut bertiara. Malam itu juga barang-barang dagangan dari Seoul dibentangkan dan ahli-ahli membuat pilihan masing-masing. Adulahh, bila dah dipelawa sebegitu, banyak pulak komennya, eh yang ini kenapa dibeli besar sangat, yang ini kenapa tak beli lebih sikit, beg tangan tu takde extra-extra ke? Kain ni bunganya kenapa kelabu? Geram juga kita ya. Waktu seminggu di sana, bila ditanya nak apa, tak ada pulak kata apa-apa. Paling hebat pun jawapannya – belilaahhh apaaa apaaaa punnnn. Lewat malam, we took over from them (tak boleh jawab komen-komen sebab diorang ni dah banyak berjasa menjaga budak gonek berdua tu!) yang dah 2 minggu tidur depan TV menemankan anak-anak Ummi. Dapatlah peluk cium anak-anak. Dapat bau masam kepala anak-anak berpeluh. Bliss…

Oh ya, che abang Ummi kena allergic lagi. Last time it was the perfume. Kali ni bermula sebelum kami ke Korea tapi tak teruk. Sewaktu di Korea badannya naik gatal-gatal. I blamed the blanket hotal yang berbulu-bulu while he blamed the wheather. Keadaan tak banyak berubah selepas kami balik dan malam semalam hampir jam 12 tengahmalam dia kejut ummi (ingatkan nak apa.. he.. he..). Rupanya dia tak boleh tidur dan gatal-gatal semakin teruk. Habis merah berbonjol-bonjol seakan kena gegata (orang terengganu kata naik ‘berbedang’). He blamed his indulgence makan daging kenduri banyak sangat semalam while I blamed the new fabric softener. For what I know, allergic ni tak konsisten. At one time you could scratch your skin out lepas makan udang while at other time, you won’t. So, pagi tadi dia ke klinik and dapat MC. Selamat berehat yang.

Oh ya, pagi tadi si Kakak mood ceria ke school. Siap minta dimandikan sebelum pergi, katanya ‘Kakak big girl dah Ummi, kena mandi kalau nak gi school’ Iman pula, seperti dijangka, melenting-lentingkan badannya tak mau ditinggalkan dengan pengasuh!


Thursday, September 14, 2006

why did i marry him?

i was dumbfounded when kakak asked 'kennapaaa ummi kawin dengan abah?'

i haven't answered that. in fact i asked her to ask abah. no answer as well. i think he was as interested in my answer as i was in his - nothing were tabled nonetheless tho we both know we love each other very much.

'i married your abah because he has a dimple on his right cheek. when i was still single, i dreamt of having kids with dimple. noww, choosing him could very well be my first step, isn't it. Well, you know what they say about genetics'. (how's that for an answer?)

sukar dihuraikan dengan kata. kadang-kadang ada yang lebih baik diterjemahkan dengan perbuatan. you should see my eyes when i speak of my husband ~ they glow with affection. really (tips of the day - should your husband's eyes glow with affection when speaking about female other than you or your daughters or your in-laws, do more investigations). one thing i always remember 'mendidik anak-anak bermula dari memilih calon suami'. we all want our kids to be soleh/solehah, bijak, bersopan santun and at the same has the ability to clown about. before we were even married i knew he'd be the one - except for the clowning part. at least before we were married. now, well, .. i am entertained.

kami diikat dengan akad bersaksi dan diikuti dengan mas kahwin RM22.50 (tunaaaiiii) dan hantaran RM6000.00 (RM3000-> kenduri, RM1000 -> bagi mak makpak, RM2000 ->beli TV, fridge, meja makan and the likes). walaupun tiada hantaran iringan berbentuk sebuah kereta atau duit yang RMnya mencecah hampir 1/2 juta, kami bahagia. oh ya, suamiku juga tidak bermisai tebal.

'I married your abah because he always exercised. he could flex his muscle and showed me his 6-packs. he used to have great firm body. i used to lie on him when he did push-ups. he used to carry me around the house. why the word 'used'? naahh, i am not complaining. at least i now have a teddy to cuddle. and my teddy cooks great food too'. (how's that answer for bonus round?)

actually it goes beyond dimple or great body or great money. those are bonus. if only we know how to be thankful with what we have - at least.


an amethyst sets on white-gold-plated silver ring.
he bought this for me while we were in Korea.
(this is bonus)

note: setakat ni anak-anak kami tiada yang mewarisi lesung-pipit abahnya.

post APSH



better late than never.
check out photos during our stay at APSH in July2006.