Tuesday, September 19, 2006

butterfly for my princess

I’m back to the routine. Balik kerja ambil anak-anak di Atfal. Kakak terkinja-kinja menyambut kami, Iman turut sama terkinja walaupun didukung. Sampai rumah melayan anak-anak dulu dalam 15-30 minit sebelum mandi dan solat. Ummi menguruskan kain-baju yang nak dibasuh, che abang pulak buat megi goreng (sedap yang, terima kasih). Anak-anak beraktiviti sendiri. Kakak asyik tengok TV, Iman asyik main oyi (lori). Lepas solat Isya’ kami sama-sama makan. Selesai membasuh pinggan, Ummi menyidai kain-baju. Kakak pula buat homework diteman dek abahnya. Begitulah rutin seharian.

Macamana persediaan menyambut Ramadhan? Untuk kesekian kalinya terawikh masih di rumah nampaknya. Masih belum confident nak bawa anak-anak berjemaah di surau. Bimbang mengganggu jemaah lain terutama Iman yang asyik ke sana-sini. InsyaAllah, Quran akan dibaca setiap hari. InsyaAllah. Seperti tahun lepas, kami berazam memasak sendiri juadah berbuka puasa. Orang simple macam kami senang saja. Dapat nasi dengan ikan goreng dan timun cicah sambal pun dah cukup. Yang pentingnya perlu persediaan. Bila balik, tinggal nak menggoreng saja atau tenggekkan periuk atas dapur saja. Menu pun dah dibuat untuk minggu pertama. Tidaklah nasi tiap-tiap hari. Ada juga mee dan mihun. Kalau terlewat sangat dah, mungkin boleh beli kopi-O dengan sandwich RM40 kot! Kalau hari minggu boleh masak istimewa sikit. Itupun kalau che abang tak ke kelasnya. Mana nak ke dapur lama-lama kalau budak gonek berdua tu ada. Sorang telek, sorang ambik sudip, sorang nak godek periuk. Alhamdulillah, Allah kurniakan anak-anak yang bersifat ingin tahu (tak baik mengeluh, kan).

Oh ya, syikin bertanyakan gaya si Kakak dengan aksesori barunya. Hai, anak dara Ummi tu, walaupun minat princess-princess ni, dia tak minat bergaya ala-ala princess ni. Teringat masa dia kecik-kecik dulu. Pakaian kegemarannya seluar panjang dan tshirt. Time raya teringin jugak nak tengok anak bergaun kembang. Ummi beli gaun putih berbunga biru. Rich cotton, simple but sweet. Bila ditunjukkan gaun, terus menangis takmau pakai. Sekarang ni okaylah, nak jugak bergaun. She’s blessed with black straight hair. Tak payah rebonding ke apa, memang lurus cantik. Rambut pulak jenis ‘berat dan licin’ so kalau sepit susah nak lekat. Dia pulak memang anti apa-apa benda atas kepalanya (kecuali rambut dia lahhh). Pernah pengasuh dia belikan skaf rambut comel, berbunga-bunga ros kecik. Habis dicabut bunga2 tu pastu dia buat main masak-masak. Hari tu di Korea, kawan-kawan sebok membeli aksesori rambut untuk anak dara masing-masing. Diorang kata murah. Ummi memang kurengg sikit bab-bab ni so tak boleh nak nilai mahal ke murah. Tapi beli jugaklah. Sepit rambut 2 pasang dan skaf rambut ada crown di atasnya. Dipakai kejap, dibuka. Pakai kejap, simpan. Takpelah, sekurang kurangnya nak jugak pakai walaupun sekejap sekejap.

7 comments:

kakZ said...

masa akak bekerja dulu kena la buat persediaan untuk bebuka seawal pagi sebelum ke ofis. nasi siap masak dah, ikan siap bergaramkunyit dah, sayur siap berbawang, cik abah depa tu kerja tak tentu masa kadang lagi sejam nak berbuka baru muncul depan pintu library. la ni alhamdulillah, tinggal cuci tangan nasi talam dah siap dihidangkan.
----------------
ainin pulak kalau kat rumah jadi 'mami jarum'. segala rantai manikam dia sangkut kat leher. cincin ada sepuluh, sepuluh jari penuh, siap ngan cekak kepala yang berbagai rupa&warna. nasib baik bila keluar rumah 'emaspermata' tak pakai takut kena rompak kot.

kakZ said...

sekali lagi. ainin tengok gambar butterfly tu terus terkagum giler. (sambil melompat-lompat)

"wahhh mama, cantiknyaaaa, apa tu?"

ummi said...

kakz - mmg aim saya one day nak quit kerja ofis ni. tp belum ada idea nak cari side income macamana. and to ainin dear, itu sepit sepit rambut auntie beli untuk anak dara auntie. nanti auntie snap gambar sepit lain pulak.

Syikin said...

SALAM,

cutenya sepit tu..

samalah my Husna ngan kakak yg tak minat sangat bab2 letak hiasan kat kepala ni. kalau dpt ikat rambut 10 minit tu mujur sangat, samalah ngan cekak rambut ke, sepit rambut ke. dahlah rambut dia stail kembang, kekadang tu segan gak, org ingat kita tak kisahkan anak, tp dah dia stail camtu..cuma la ni dia terbuka pintu hati nak bertudung setiap kali keluar berjalan. sonanglah. cuma bila dia rasa tak mo pakai tu, tak kisahlah. buka aje.belum baligh pun lagi.

*****

samalah ngan saya ummi, sejak ada anak ni mana pg dah solat terawih kat masjid..kat rmh ajelah. tp hajat hati tu mcm nak sangat p masjid tahun ni, tgk dululah mcmana sbb Alia pun baru 1 thn lbh. risau plak kena kidnap.na'udzubillah.

ummi said...

syikin - alhamdulillah. sikit-sikit mula, kan. kakak pun ada masa-masa yang nak bertudung. di tadika mmg bertudung (tadika islam). insyaAllah one day kita dapat juga jemaah disurau nanti. buat masa ni rasanya lebih baik dirumah. nanti anak buat hal, jemaah lain bengang, defeat the purpose pulak.

ibuVouge said...

salam ummi
ummi dah tukar blog ke
saya dah dekat dua minggu tak singgah sini
sempat la baca ummi ke korea tu

LA skang nak jugak la sepit dan ikat rambbut, tapi kena la bodek dulu, skirt pun sama, kena lepas piawaian dia.kalau dia kata tak mo, xyah la beli..mmg tak pakainya
suka pakai seluar dgn t-shirt

ruang resepi ummi masih ada ke

ummi said...

IV - in a way, okay jugak bila anak2 takmo pakai skirt. pakai seluar panjang lebih menutup aurat. kalau IV ke Korea, mmg 'gila' tengok aksesori segala. kalau di Kakak suka bergaya, mesti dah berbuntil2 ummi memborong.