NOTA ~ Kisah ini hanya untuk yang mengerti sahaja.
Ada sebiji anggur masam. Walaupun masam, dia sebiji anggur yang besar. Dia berada di kalangan anggur-anggur manis, yang terpaksa tunduk hormat kepadanya akibat saiznya yang besar. Oleh kerana itu, dia tak sedar kedudukannya sebagai anggur masam. Dia merasakan dialah yang termanis.
Awas berhadapan dengan anggur yang satu ini. Serba tak ketahuan. Tak keruan. Itu tak kena, ini tak betul di matanya. Masalahnya, dia merasakan anggur-anggur lain semuanya masam, cuma dia dan kelompoknya yang manis, Itupunn… kadang-kadang anggur manis dalam kelompoknya turut dilabelkan masam. Anggur-anggur kelompok lain? Toksah cakaplah, semuanya tak sedap!
Si anggur masam ini kehendaknya tinggi. Mau orang hormatinya. Mau orang patuhinya. Mau orang berkata dia sentiasa betul. Tolonglah cikpuan anggur, kalau mau orang hormati diri anda, pertama-tamanya sila hormati orang lain. Dan satu lagi, jangan lupa hormati diri sendiri. Kadangkala dalam membicarakan kesilapan dan kelemahan orang lain, anda kelihatan kalut dan ada kalanya tak konsisten dan ada kalanya entah apa-apa. Cuma kerana saiz anda saja membuatkan orang tidak membantah. Tapi itu tidak mengubah anda kepada anggur manis ya.
Anggur Masam ~ itulah nama tengahnya (sila terjemah secara literal)

Kisah Dua ~ Sepetang bersama orang pening kepala
Petang semalam kami langsung tidak terperangkap dalam kesesakan. Tiada magic ya. Sebetulnya kami pulang awal 20minit. Che Abang tu pening kepala. Muka pucat. Dalam perjalanan, kami berhenti-henti sebab dia harus turun dan muntah. Sesampai di rumah muntah lagi. Lembik. Terbaring saja. Pesan pada Kakak dan Iman, jangan kacau abahnya, abah tak sihat. Minta kebenaran untuk take-over dapur. Janjinya dia yang akan masak semalam tapi akhirnya sudip bertukar tangan. Nasi Goreng Lobster dan Sup Telur. Pembasah tekak pula teh-O suam. Walaupun Che Abang sudah ragu-ragu status puasanya, kami masih menunggu azan Maghrib untuk makan. (Kalau ada yang tertanya-tanya pasal nasi goreng tu, kami cuma masukkan cebisan dried lobster yang dibeli di airport Kota Kinabalu). Kata Ummi, abahnya perut masuk angin. Kata Abah, mungkin sebab lepas sahur makan ubat allergic. Kata kawan di ofis, kau mengandung kot? Eh, aku puasa pun tidak, mana pulak mengandung!
(Photo 1 ~ sup telur)
(Photo 2 ~ close-up dried lobster)
(Photo 3 ~ nasi goreng gaya Ummi)
Okaylah, last sekali, sketsa bergambar dari boboy Ummi..
Kisah Tiga ~ Mari minum air bersama Iman
mulakan minum air secara berhati-hati (tumpah kalu, ummi marah nanti!)
kemudian berhenti kejap untuk ambik nafas
sambung balik
uihhh.. kalau dah nak abess angkat tinggi-tinggi macam ni.. tak baik membazir tau..
kalau tak cukup, hulurkan mug anda dan bagitau 'nakkk agiii'
kalau tumpah sket, kesat gini yek
(suara ummi di latar ~ iman, pse lap guna kain lain kali)
burp, alhamdulillah
11 comments:
ummi..
saya nak sambal tempe tu...
camner?
kak ti.. bagusnya iman, fawwaz, astagfirullah, hari2 tumpah air.. penat dah mare.. aduss
fatin ~ udah hantar td kan. nice meeting you.
aida ~ to come to that, there were lots of cleaning up, nagging and yelling as well. i still prefer him with his kiddy sipper (talk about lazy mom) but he wants cawan orang besar. siap banging atas meja lagi kalau nak tambah air. sungguh demanding itu budak.
kesah 3 - har har.. akak kretip btul nak simbolikkan si anggur masam tuh.. hebat hebat..
psstt.. saya rasa saya nak cadangkan akak buat bisness la (hari tuh tanya kat saya kan.. nak bisness ape ek ? ) TULIS BUKU ?? amacam ??
siku|at ~ tulis buku? heh, nak tulis buku kena banyak baca. akak nih baca magazine perabot je banyak. idea anggur masam tu dapat masa mandi ptg semalam. kat rumah pun still sakit hati lagi ngan anggur tu grrrrr grrrr
kak tie.. dini pun sama cukup takut kalau air tumpah.. cepat2 die gi ambik kain nak lap.. semalam die tumpahkan kurma 1 kotak.. kitorang sume tak perasan..pastu dengar die cakap kejap aaa sambil angkat tangan kat si mama..pastu cepat2 die berlari gi kutip kurma tu.. tergelak kitorang tgk betapa kalutnye die time tu..
PB pun sama allegik tul kalau air tumpah tumpah kat umah nie..
sapalah agaknya si anggur itu..??
suka tengok iman minum air...budak budak sumernya sama kan...
puterikiut ~ iman ni rajin skit dr kakak dia. mainan dia sebelum tido, dia simpan dalam kotak. lepas mandi, mainan letak baik2 atas sinki dan gayung air masukkan semula dalam baldi. bab ngamuk dia leading jugak. tu yang tak tahan tu.
PB ~ kena pulak air manis. kena pulak kita tak sedar. tau2 aje, semut dah hurung, lantai melekit. adehh.. sabor sabor..
anak saya pun sama senang tumpahkan air..tp mmg kitorang tak penah bg kiddy cup, just tuang air seskit..
kak ummi, kalo muntah kan dah kira batal puasa..
tapi kalau muntah tu mmg dah tak tahan sgt takpe kan? bukan kita sengaja nak muntah...tapi takpelah, kalau was2 nanti ganti la puasa lepas ramadhan.
Sofea pun suka minum pakai cawan org besar...jgn harap nak minum pakai cawan dia kalau nampak cawan kita kat tgn.hehehe..budak kicik,budak kicik..
mamasinga & adeq ~ rasanya kalau tak sengaja takpe. but then kalau ada was2 gantikan saja. furthermore satu hari je tu.
Post a Comment