Monday, September 18, 2006

welcome back sunshine!

buah hati pengarang jantung (gambo lama)


The kids are back with us now.. yesss.

Komen Syikin, which I think most of us, mom, will agree.
"ummi..saya pernah berjauhan ngan anak2 sampai 3 minggu. betul segala citer dlm entri u tu, bila anak2 tak de, no mood maa..walhal masa tulah kita nak relax drp buat susu depa, basuh berak kencing depa, drp dengar bising depa bergaduh..tp tak blhlah, mcm kehilangan. n bila depa balik, haha..rasa nak runtuh bumbung rumah ngan keletah depa."

Kami pulang menjemput hari Jumaat lepas, selepas waktu pejabat. Sebenarnya Ummi agak ‘gusar’ memandangkan mdh harus hadir mesyuarat dengan kumpulan kerja barunya. Mesyuarat bermula jam 4.00ptg, waktu pulang pula jam 5.00ptg. Alhamdulillah, jam 5.45ptg kami bergerak meninggalkan bangunan pejabat.

Sebelum bertolak, kami menjengah a coffee joint yang baru dibuka di Ground Floor bangunan ini. Untuk 2 coffee dan 2 jenis sandwich ~ harganya hampir RM40.00! Wahh, untuk orang-orang yang tak biasa (macam diriku ini), terkejut juga ya. Memandangkan Ummi berpuasa, kami teruskan membeli supaya tak perlu lagi singgah menyinggah nanti. I had my first taste of coffee-with fancy name. Masa nak order tu I actually asked which one was kopi-O equivalent. I concluded, it is not good for daily indulgence. For one thing, the coffee is thick and I think caffeine-rich (takde tulis de-caff di mana-mana pun) PLUS, it’s gonna hurt your pocket. Take for example, my kopi-O equivalent, could’ve paid for my much-needed-cuppa for 5 ½ days and the sandwich I bought for myself could fare my 3-days breakfast. I must admit the sandwich was wholesome. Ingatkan nak buat lapik perut sementara sampai ke kampung, bila tiba, perut dah kenyang amat.

Anyway, perjalanan kami agak perlahan. Sesak di Keramat. Sewaktu melepasi tol Gombak, malam dah menjengah. Kami pula tak biasa berjalan jauh waktu malam, ditambah pula dengan hujan renyai-renyai. Bak kata boss lama Ummi, biar lambat sampai, jangan tak sampai langsung. Hampir pukul 9 malam baru sampai di kampung. Disambut dek jeritan gembira si kakak. Melompat ke atas ke bawah, bertanyakan ole-ole untuk dia dan sebagainya. Si Iman, seolah-olah baru tersedar dia dah ditinggalkan! Dia menjenguk kami dan sambung berlari ke sana sini semula. Bila nak didukung, dia kepitkan ketiaknya tanda tak mau. Kakak cukup puas hati dengan rantai berloketnya. Digayakan dengan serkap rambut bertiara. Malam itu juga barang-barang dagangan dari Seoul dibentangkan dan ahli-ahli membuat pilihan masing-masing. Adulahh, bila dah dipelawa sebegitu, banyak pulak komennya, eh yang ini kenapa dibeli besar sangat, yang ini kenapa tak beli lebih sikit, beg tangan tu takde extra-extra ke? Kain ni bunganya kenapa kelabu? Geram juga kita ya. Waktu seminggu di sana, bila ditanya nak apa, tak ada pulak kata apa-apa. Paling hebat pun jawapannya – belilaahhh apaaa apaaaa punnnn. Lewat malam, we took over from them (tak boleh jawab komen-komen sebab diorang ni dah banyak berjasa menjaga budak gonek berdua tu!) yang dah 2 minggu tidur depan TV menemankan anak-anak Ummi. Dapatlah peluk cium anak-anak. Dapat bau masam kepala anak-anak berpeluh. Bliss…

Oh ya, che abang Ummi kena allergic lagi. Last time it was the perfume. Kali ni bermula sebelum kami ke Korea tapi tak teruk. Sewaktu di Korea badannya naik gatal-gatal. I blamed the blanket hotal yang berbulu-bulu while he blamed the wheather. Keadaan tak banyak berubah selepas kami balik dan malam semalam hampir jam 12 tengahmalam dia kejut ummi (ingatkan nak apa.. he.. he..). Rupanya dia tak boleh tidur dan gatal-gatal semakin teruk. Habis merah berbonjol-bonjol seakan kena gegata (orang terengganu kata naik ‘berbedang’). He blamed his indulgence makan daging kenduri banyak sangat semalam while I blamed the new fabric softener. For what I know, allergic ni tak konsisten. At one time you could scratch your skin out lepas makan udang while at other time, you won’t. So, pagi tadi dia ke klinik and dapat MC. Selamat berehat yang.

Oh ya, pagi tadi si Kakak mood ceria ke school. Siap minta dimandikan sebelum pergi, katanya ‘Kakak big girl dah Ummi, kena mandi kalau nak gi school’ Iman pula, seperti dijangka, melenting-lentingkan badannya tak mau ditinggalkan dengan pengasuh!


7 comments:

~adeQ~ said...

seronok,seronok...hilang rindu dendam..kalah masa bercinta dulu. Mak kita dah mintak nak jaga cucu barang seminggu...aduhai...serba salah dibueknyo...apa nak kata..nanti lah, pikir dulu.

Ella said...

salam ummi, lama tak menjengah rupanya dah sampai ke korea ummi :)

nway selamat bermesra kembali dgn ur kids :D

ummi said...

adeq - taktau pendapat orang lain. for me, dah 5 tahun jadi mak ni, at times nak jugak berdua-duaan dengan che abang. tapi takleh lelama - rindu kat anak. bila berdua-duaan pun dok bercerita pasal anak jugak.

ella - kat malaysia dah ke? tu lah, tanpa disangka2 dah sampai korea.

ummi said...

adeq - taktau pendapat orang lain. for me, dah 5 tahun jadi mak ni, at times nak jugak berdua-duaan dengan che abang. tapi takleh lelama - rindu kat anak. bila berdua-duaan pun dok bercerita pasal anak jugak.

ella - kat malaysia dah ke? tu lah, tanpa disangka2 dah sampai korea.

ummi said...

semut - mana-mana nama pun buleh. bila nak mula berblogging balik nih? insyaAllah nanti kita boleh makan sama-sama. lepas puasa pun takpe, kalau panjang umur.

PB - tu pasallah yang pindah tu. merajuk lah konon (camlah derang kisahpun!). kalau tak mau guna duit pisang, boleh minum kopi takde nama glamer kat tingkat 3 atau tepi sungai. kalau nak minum tiap2 hari, kopaklah ummi PB oiii. cuti lom apply. cuti pun tinggal seciput je lagi he he.

Kaklong Syikin said...

salam,

ummi..cantiknya backdrop blog ni..amik mana ni? ada banyak pilihan lagi tak?

alahai..teringin nk tgk anak dara tu pakai barang kemas korea tu..

ummi said...

syikin - tq. ambik kat http://www.evasgraphics.se/alllinkw.shtml
cantik-cantik (kat mata ummi lah). cumanya kena pepandai nak linkkan gambar sebab dia tak bagi full template. what i did is that guna blogspot original template then trial n error linkkan gambar dia. ni tak sudah lagi nih. tu yang ada dot dot kat atas tak buang lagi tu! hemm anak dara tu on off nak pakai. dia mmg bukan jenis suka melawa so kalau nak suruh dia pakai mmg ken puji-pujian lebih sikit lah..