Monday, September 25, 2006

selamat menyambut ramadhan

Alhamdulillah ~ bertemu juga kita dengan Ramadhan sekali lagi. Macam-macam azam dibuat. Antaranya taknak miss terawikh, taknak miss sahur, taknak lelap semula lepas sahur, taknak membazir beli kuih-muih di pasar Ramadhan, taknak membazir untuk persiapan eid nanti dan insyaAllah kami akan memasak sendiri juadah berbuka puasa. Apa? Taknak tinggal puasa? Oh, sebagai wanita dewasa yang tidak mengandung pada ketika ini, itu agak mustahil.


Sejak sebelum ke Korea memang kami clearkan fridge. Tak berani tinggalkan barang basah banyak-banyak sebab selalu sangat power-trip. Selepas balik terus kembali bekerja dan lepas itu ambik anak-anak di kampung. Nak tak nak Sabtu lepas kami membeli-belah barang keperluan rumah terutamanya barang-barang basah. Kami ke Tesco Kajang. Makk aihhh, ramainya umatt. Dengar ceritanya serai habis hampir sebaik saja diletakkan di rak. Nasib baik Iman kami tak bawak, cuma bawak si Kakak. Kalau dia ada dah tentu aktiviti tertumpu pada dia saja. Si Kakak pulak, takmau berjalan sendiri, nak duduk dalam troli. Bila diminta turun sebab nak masukkan barang-barang basah, muncung aje mulutnya. Rupanya dia nak menolong. And it was a good chance untuk dia practice mengira. ‘Kakak, ambik potato 10, please’. And she did. ‘Kakak, tolong ummi ambik limau ni 10’. And she did, happily. Kemudian dia tolong pegangkan waktu beratur nak timbang. Lepas timbang, dia susun dalam troli. Barulah muncung tu hilang. (Photo ~ 3 bekas chicken stock went into the freezer. Can be kept for 6 weeks)


Sebagai seorang isteri dan ibu bekerja, I have to be organized, in Ramadhan especially. Ofis pulak di area Bangsar, rumah di Cheras. Sesiapa yang tinggal di Cheras tentu maklum kesesakan di Taman Connought tu. Kena pulak semua rush at the same time, ada harapan berbuka puasa dalam kereta pada hari-hari pertama ni. So, kami dah garam-kunyitkan ayam, dah perapkan ikan cencaru dengan resepi belah belakang tu dan dah buat chicken stock. Semua dibekukan. Chicken stock (rebus aje ayam+carrot+tomato+celery+garlic+halia ~ biarkan boiling for 20 minutes ~ then simmer for 1 or 2 hours) is especially handy bila nak opt for other than nasi. Nak buat mee sup ke, mihun sup ke or simply nak hirup sup ayam. Just cairkan dan tambahkan bahan-bahan lain. Kalau tak, jenuh nak tunggu sampai masak, if you were to do from scratch time balik keje tu, kan. BTW, Kakak setuju untuk cuba berpuasa. Abahnya kata ½ hari pun cukup. Dia angguk. Walaupun begitu, puasanya kecundang amat awal. Pukul 7 pagi dah mintak roti sapu jem! (Photo ~ ikan cencaru dan ayam menunggu untuk di thaw dan dimasak)

1 Ramadhan 1427


Our menu for 1st Ramadhan. tapi ikan masin masak lemak did not materialise sebab belum dapat from Sikulat. tapi ikan goreng tak sempat thaw - lupa nak keluarkan from fridge.








The spread akhirnya jadi camgini ~ sup ayam, telur dadar, ikan tuka bakar (yang ni di beli), timun, sambal kicap.








Yang ni paling best ~ sup ayam done by che abangku.









Bismillahhh... sebaik azan dilaungkan, inilah orang pertama yang buka puasa.








Solat berdua beranak. Iman marah betul sebab tak dibenarkan pakai telekung macam kakaknya!












8 comments:

y@tipruzz said...

hehe saye pon tanam azam cam akak, tamo beli kat luar utk buka pose. Tp sahur 1st day kitorang kecundang, both x bgn :p

ummi said...

yati - kenalah paksa-paksaan kan diri bangun. tu pun suami akak 'mendakwa' alarm hp dia tak went off. padahalkan akak nampak dia bangun dan tutup alarm tu. he.. he... akak mmg takleh tido lepas sahur.. kalau tak alamatnya jadi sembap dan lembap sepanjang hari!

Cik Tat said...

selamat berpuasa untuk kak ummi dan family..
tersusun betul fridge kak ummi. jauh beza tul ngan saya punya..

ummi said...

mama singa - tu lepas kena spring cleaning tu! usually mmg tak serabut sangat tang freezer tu *perasan* sbb kakak tak sampai nak buka. tang bawah tu toksah cakap lah, abis dikerjakannya. (sian kakak jd scape goat!) heh, kekadang mak pak dia sesama menyemak jugak. selamat berpuasa yek untuk singa sekeluarga.

y@tipruzz said...

terbabas sbb tido lambat buat biskut :p

pagi td alhamdulillah berjaya bgn kol 430, sempat buat lauk berbuka ptg ni..harap2 esok lusa pon gitu hehe

btw iman mkn suap sendiri dah eh? byk giler nasi dia..padanla 14kg!

pB said...

selamat berpuasa ummi.

1st day punya menu, cuma gulai ketam, daging goreng.
2nd day, may be kari kepala ikan tenggiri.

sup ayam...besh tu kalau dimakan bersama ikan kering...

ummi said...

yati - tu nasi kakak dia. sometimes dia makan banyak, sometimes sikit je. tp dia mmg kaki hisap susu. sari je dalam 7-8 botol. each time 8oz. tu pun ada yang dia baling botol sbb tak cukup.

pb - wah.. wah.. bestnya lauk pb. gulai ketam tu best bunyinya (tak susah ke makan time buka posa? *kaum tak sabar*). tp ummi mmg tau ada org tak leh makan nasi takde gulai. sup ayam + ikan kering? kena try ni. kebetulan ikan kurau masin dah sampai dah ni ha.

ummi said...

kakZ - ainin penggemar biskut lah ye. anak saya feveret nasi dengan telur goreng n kicap. tiap2 hari pun takpe.