
Sejak sebelum ke Korea memang kami clearkan fridge. Tak berani tinggalkan barang basah banyak-banyak sebab selalu sangat power-trip. Selepas balik terus kembali bekerja dan lepas itu ambik anak-anak di kampung. Nak tak nak Sabtu lepas kami membeli-belah barang keperluan rumah terutamanya barang-barang basah. Kami ke Tesco Kajang. Makk aihhh, ramainya umatt. Dengar ceritanya serai habis hampir sebaik saja diletakkan di rak. Nasib baik Iman kami tak bawak, cuma bawak si Kakak. Kalau dia ada dah tentu aktiviti tertumpu pada dia saja. Si Kakak pulak, takmau berjalan sendiri, nak duduk dalam troli. Bila diminta turun sebab nak masukkan barang-barang basah, muncung aje mulutnya. Rupanya dia nak menolong. And it was a good chance untuk dia practice mengira. ‘Kakak, ambik potato 10, please’. And she did. ‘Kakak, tolong ummi ambik limau ni 10’. And she did, happily. Kemudian dia tolong pegangkan waktu beratur nak timbang. Lepas timbang, dia susun dalam troli. Barulah muncung tu hilang. (Photo ~ 3 bekas chicken stock went into the freezer. Can be kept for 6 weeks)

Sebagai seorang isteri dan ibu bekerja, I have to be organized, in Ramadhan especially. Ofis pulak di area Bangsar, rumah di Cheras. Sesiapa yang tinggal di Cheras tentu maklum kesesakan di Taman Connought tu. Kena pulak semua rush at the same time, ada harapan berbuka puasa dalam kereta pada hari-hari pertama ni. So, kami dah garam-kunyitkan ayam, dah perapkan ikan cencaru dengan resepi belah belakang tu dan dah buat chicken stock. Semua dibekukan. Chicken stock (rebus aje ayam+carrot+tomato+celery+garlic+halia ~ biarkan boiling for 20 minutes ~ then simmer for 1 or 2 hours) is especially handy bila nak opt for other than nasi. Nak buat mee sup ke, mihun sup ke or simply nak hirup sup ayam. Just cairkan dan tambahkan bahan-bahan lain. Kalau tak, jenuh nak tunggu sampai masak, if you were to do from scratch time balik keje tu, kan. BTW, Kakak setuju untuk cuba berpuasa. Abahnya kata ½ hari pun cukup. Dia angguk. Walaupun begitu, puasanya kecundang amat awal. Pukul 7 pagi dah mintak roti sapu jem! (Photo ~ ikan cencaru dan ayam menunggu untuk di thaw dan dimasak)
1 Ramadhan 1427

Our menu for 1st Ramadhan. tapi ikan masin masak lemak did not materialise sebab belum dapat from Sikulat. tapi ikan goreng tak sempat thaw - lupa nak keluarkan from fridge.

The spread akhirnya jadi camgini ~ sup ayam, telur dadar, ikan tuka bakar (yang ni di beli), timun, sambal kicap.

Yang ni paling best ~ sup ayam done by che abangku.

Bismillahhh... sebaik azan dilaungkan, inilah orang pertama yang buka puasa.

Solat berdua beranak. Iman marah betul sebab tak dibenarkan pakai telekung macam kakaknya!
