Thursday, September 21, 2006

putus sudah kasih sayang...

* Abaikan tarikh-tarikh pada gambar. Kecuali the last 2, yang lain semuanya re-snap kat printed-photo.


Persahabatan mereka bermula sejak Kakak masih kecil.
Time ni, ke mana Kakak mengisut, Pah mesti mengikut.


Pah sedia menemani Kakak.


Terutamanya ketika Kakak melelapkan mata.
Mungkin, kalau boleh Pah nak masuk dalam mimpi Kakak.


Sehinggalah Kakak membesar menjadi anak dara sunti.
Pah masih tiada ganti.


Hinggakan Pah turut sama mengikut balik kampung setiap kali.
(ni gambar raya tahun lepas)


Tapi sejak balik dari kampung baru-baru ini, Kakak buat pengumuman 'Kakak dah big girl. Kakak takmau tidur dengan Pah lagi. Big girl tak tidur dengan Pah dah'.......




15 comments:

~adeQ~ said...

hehehe...ok lah tuh,kalau tak susah macam bantal busuk melekat jek together gether.Kalau nak ceraikan kasih sayang puting macam mana ek kak? kita risau lah, gigi depan sofea dah mancung sket.

The Singa said...

alahaii..comeinyer gambar dia isap puting tu..
anak saya, kalo boleh semua soft toys dia nak angkut tido skali..tak muat orang lain nak tido

ummi said...

adeq - kalau nak tau, kakak hisap puting sampai umo 4tahun!! kalau dihimpun2kan semuanya, mau berbalang2! last sekali puting tertinggal kat rumah pengasuh on the last day dia kat sana (lepas tu pindah ke nursery) so we all ceraikan time tu. senang skit kot sbb dia dah besar, kita boleh bagi reasoning dengan dia. 2-3 hari pertama tu dia moody sbb takde puting. dok kesat2 pah tu kat mulut dia. pastu okay dah. kalau tanya nak puting tak, dia kata big girl tak hisap 'puten'. so, kisah ni tak leh ambik contohlah sbb sampai 4+tahun nyonyot puting. gigi dia masa tu mmg mancung sikit, but surprisingly dah jadi elok balik walaupun tak sampai setahun dia berenti. dr gigi pun kata ada kemungkinan gigi dia akan baik semula. kalau terus mancung jugak, kenalah pakai braces (mahal tu!)

mama singa - (comellah avatar) pah tu feveret dia. mmg jadi peneman sejak kecik. dah jadi macam ahli keluarga dah. adik dia ngan rimau. tapi mmg ummi beli 2 so kalau nak basuh, at least ada satu lagi.

PB said...

anak PB yg hisap puting 3 orang.
yang ada bantal busyuk sorang (kakak).
till now, kalau balik kampung(in fact kemana saja dia nak pergi *journey yg jauh jauh* dia masih insist nak bawak bantal tu.
Nasib baik bantal tu ada 2 sarung bantal. Basuh satu, guna satu.

Dan untuk pengetahuan Ummi, Kakak tu Januari 2007 ni genap 11 tahun.
Dah anak dara sunti.

ummi said...

pb - pb dan ummi beza umur cuma setahun tapi anak dara kita beza umur 6 tahun wooo!! nak wat camne cepat lambat jodoh masing2 Allah dah tentukan.

~ahni~ said...

Alahai comelnya cik pah...

Syikin said...

salam,

antara 3 anak pompuan saya, si kecik Alia ( 1 thn 10 bln) yg suka pgg toy waktu tidur. si pooh kecil. 2 kakaknya tak heran pun.

so, pah dia kat mana la ni? atas almari aje ke?

utk entri sblm ni, sesungguhnya saya lebih suka jadi surirumah spenuh masa. tpkan..saya rasa saya kena keluar bekerja juga..tunggulah bila dah settle 100% disertasi saya ni.

mardhiah12 said...

kekeke..tajuk mencengkam gitu :P, saya baru dpt masuk blog kak tie. anyway nak tanya sket, yg NUS tu, kak tie minta mcm mana?

kakZ said...

memula baca tajuk N3 sedih sungguh bunyinye. tapi bila tengok gambar kelakar la pulak. cute lagi. kesian jugak kat cikpah tu.

Akuro ® said...

Selamat berkenalan Ummi ;-)

Tiap2 hari baca blog Ummi sbnrnya. Tp xpernah nk komen. Hehe!

Dah tu Cik Pah tu dikemanakan lps ni?

ummi said...

ahni ~ comel tapi dah kepam! kaler pun dah semacam je

syikin ~ ada lagi dalam kotak mainan dia tu. boleh frame kan kot? he he he. pasal surirumah tu, insyaAllah one day nanti. but i need to get side income as well. at least dapat bayar duit keta or tambah belanja rumah sikit2.

ummi said...

mardhiah12 - T* offer scholarship for that so mmg diorang dah ada arrangement but i have to turned it down, keadaan tak mengizinkan.

akuro - welcome. kita pun ada gak kadang2 singgah blog akuro thru si oren tu.

ummi said...

kakZ - tu lah kawan dia sejak kecik. ke mana saja diangkutnya sama. kekadang tu lembap2 lagi kat ampaian dia dah nak ambik.

babydiana said...

dh lama tk menjenguk...dh berpindah rumah rupanya... dah besar kakak yea...sian pulak cik pah yea...keseorgan la dia ..

ummi said...

babydiana - kita dah pindah. rumah lama tu asik buat hal aje. as for kakak, maybe it's good for her sbb dia pun dah 5+ tahun dah. as she puts it, big girl.