Wednesday, September 27, 2006

on being a mom

I did my Maghrib the other day. Berdoa. Doa seorang ibu untuk anak-anaknya. Doa si ibu untuk dirinya sendiri juga. Secara spesifiknya ~ mendoakan si Kakak agar lebih minat ke tadika dan mampu untuk catch-up sebahagian besar yang dia ketinggalan dan mendoakan Allah kurniakan sebanyak-banyak kesabaran kepada Umminya untuk buat ‘kelas tambahan’ di rumah.

Dalam semester 2 ini sahaja, Kakak tidak ke tadika selama 6 minggu! 3 minggu sewaktu dia sakit pertengahan Julai lalu dan 3 minggu lagi baru-baru ini sewaktu ummi dan abahnya ke Korea. Dia jauh ketinggalan. Kawan-kawan sudah pandai membaca, dia belum. Kawan-kawan sudah pandai mengira, dia masih ter agak-agak. Melalui panggilan telefon ~ petugas tadika maklumkan dia tergolong dalam kanak-kanak yang cerdik (alhamdulillah) tetapi dek sebab terlalu banyak hari tidak hadir, dia ketinggalan. Mungkin sebab itu dia semakin kurang semangat ke tadika.

Malam itu. Selepas solat Maghrib. Selepas berdoa. Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran untuk mengajar anakku. Umminya short-tempered, Kakak pula mengalami short-attention-span. Dia asyik menonton Justice League. Bila dipanggil jawabnya ‘alaaaaa…’. Teringat pula perumpamaan ~ give and take. Si Kakak dibiarkan terus menonton dengan janjinya lepas tamat nanti Justice League, harus buat homework. Malam itu matematik. Topiknya – addition. Alhamdulillah, dia dapat menyelesaikan semua soalan di bawah pengawasan umminya. I know her strength lies in art. She finds it hard to understand through numbers and letters. So we drew. 4 dots here. Then came another 3 dots. That made one, twoooo, threeeee, four, fiiiiive, siiixxxx,.. sevennnn dots. Tulis nombor 7 di kotak hujung. Dia senyum. Ummi usap kepalanya. ‘See, bukan kakak tak pandai. Kakak kena dengar betul-betul Ummi cakap. Kakak tak boleh kocoh-kocoh. Kena sabar’. Selesai 20 soalan, ummi tanya ‘Siapa good girl???’ Berdengung satu rumah dengan jawapannya ‘SSAAAYYYAAA’.

Sebagai ibu, ummi perasan kakak banyak ingat melalui gambaran. Ummi tunjukkan muka surat bergambar kucing dengan cerita Ana dan Jiji. Dia bercerita. Bulat-bulat seperti tertulis. Ini Ana. Ini Jiji. Ana suka Jiji. Bila ditutup sikucing itu, dia hilang punca. Jawabnya ‘tak tauuu’. Si kakak juga suka berimaginasi. Ia baik untuk minda kreatifnya tetapi kadang-kadang dia ‘hanyut’ dalam khayalannya. Membesarkan si Kakak perlu banyak bermain psikologi. Orangnya mudah merajuk, cepat membentak dan amat perasa. Sukakan puji-pujian dan suka diberi keutamaan Namanya sendiri memberi makna ‘utama’. Perjuangan umminya belum selesai. Harus di latih membaca pula. Hujung minggu ini akan dibeli kadbod untuk buat flashcard. Minta-minta Allah permudahkan.

Kepada Kakak ~ ummi harap kakak jangan rasa inferior dengan kawan-kawan. Kakak budak cerdik. Ummi pasti kakak boleh kejar balik segala yang kakak tertinggal. Walaupun Kakak bukan top 5, top 10 atau top apa-apa pun, Ummi tetap sayangkan Kakak. Tapi kakak kena bantu ummi untuk membantu kakak. Kakak perlu luangkan masa 15-20 minit setiap malam untuk belajar dengan Ummi. InsyaAllah kita akan buat tiap-tiap hari. Kakak nak jadi big girl yang pandai kan. Nanti Kakak boleh baca buku-buku kakak, boleh kira mainan kakak atau CD yang kakak ada. Okay?


3 Ramadhan 2047



Anyway, semalam sampai rumah pukul 6.50p.m. jugak despite keluar 15 minutes earlier than kelmarin. Sempatlah buat bihun sup. Semua bahan-bahan memang dah siap, tinggal nak menumis dan buat sup saja. Bihun yang siap direbus dan tos, Ummi steam balik. Che Abang tu pulak ada beli ayam bakar pantai dalam 1/2 ekor. Nasib baik Che Abang tu simple je. Ada jugak isteri yang mengadu, suaminya mesti nak ada gulai itu ini bila berbuka. Mau pulak yang freshly cooked, yang panas-panas semula ni tak main lahh. Takpe, dapat pahala tu bila menggembirakan suami. (Photo 1~view at the parking lot yesterday, on my left. Photo 2~we were static in this position for a good 15 minutes)

Ayam Bakar Pantai Dalam


Bihun Sup Sempoi

ps ~ drummet tak sempat goreng..




7 comments:

pB said...

Ummi baru ada sorang anak dara. So, baru satu pesen.
PB ada empat, lagi pening sebab ada 4 pesen. Macam macam ada. Yg cepat merajuk, yg suka menjerit, yang suka menangis, yang jenis laila majnun, yang jenis ada masa nak bercakap dia bercakap, ada yang jenis suka termenung hilang dalam dunia sendiri. Pendek kata , kalah astro ...
tapi itulah anak anak kita. Dan kita harus terus menyayangi mereka hingga ke akhir hayat.

suka baca entry ummi, cara ummi ajar kakak matematik.

Kaklong Syikin said...

salam,

hehe..betui kata kak pb tu, saya anak dara 3 org tu pun samalah pening kepala..ada gak yg kuat menangis, ada yg garang, ada yg kuat menangis + garang..hehe..walhal memasing tu baru 7, 3, n 1..tak masuk lagi yg boy sorang tu..

oh ya..lagi satukan ummi, kalau p shopping, nak suruh kakak cepat ingat huruf dan membaca, suruh dia baca perkataan pada pembungkus/kotak makanan tu...macam nama biskut or coklat..kat situ nanti lagi menajamkan penglihatannya dan daya ingatannya..hatta kalau nama2 kat signboard tu pun, suruh dia sebut huruf/eja dll..

my boy, AIman tu, baru tadika 6 thn ni dia mahu dan boleh membaca, masa tadika 5 thn dulu, dia mmg tak suka membaca..kena pujuk..syukur tahun ni dia mula nak membaca wlwpun masih tersekat2 tp oklah, hatta buku resepi umminya pun dia dah start baca hehe. mungkin kot sbb kami selalu cakap, nanti dah drjh 1, homework banyak, exam pun sapa nak tolong kalau tak reti baca.

mmg anak2 ni suka sangat dipuji lepas dia berjaya buat sesuatu..

fatin nabihah said...

ummi...
sorry lari tajuk sikit..
saya nak la sambal tempe tuh..
berapa ringgit satu bekas?..

-mama afif-

ummi said...

PB & Syikin ~ thanks for sharing pengalaman dan jugak tips. I have a long way to go and a lot to learn. tapi every child is unique kan. and that's where the challenge lies kan. For PB, ummi paling tak tahan dengan budak suka nangis. Aduh.. itu tak kena ini tak kena. And Syikin, Kakak mmg kembang kempis abis kalau kena puji!

fatin ~ satu bekas taufu tu RM5.00 (anggaran berat dalam 200g). Nak hantar kat mana nih?

Cik Tat said...

camne ni, saya dah ada dua anak dara dah ni..
anak saya suka baca buku, saya slalu buat ayat sendiri jer kalo bacakan buku untk dia, short sentences asalkan dia paham..skang ni dia pun main reka jer ayat bila baca buku..

ummi said...

mama singa ~ ada minat membaca tu pun dah baik dah. si kakak pulak kalau dia tak setuju jalan cerita dalam buku tu, dia buat cerita dia sendiri.

fatin nabihah said...

ummi..

erm..saya nak la 1 bekas nak try dulu.. saya g amik kat ummi ke or ummi nak hantar.. saya kat 32N..