Wednesday, August 03, 2011

New Office & Iftar 2nd Ramadhan 1432H

As some you of might have known, Kak Mon dah bertukar (rather ditukarkan) ke unit baru. This new unit is among the many units under the same division. I am still doing more-or-less the same scope of work but still meeting and dealing with fimiliar faces, some of whom I've known as far back as 7 years. One or two that I've met on my first day reporting duty (That's 14 years ago!)



my new cubicle. flaming red, still. pretty clear for someone who's been working for 14 years eh?

'virgin'-calculator yang masih berbungkus. i am using veryyyyy much less of it now. no more billions


I am now dealing with HR matters, which makes me getting hundreds of emails each day. It is much simpler and easier than my previous tasks but.. well. Here's the analogy. Previously I need to cook a full spread of nasi minyak. Nasi minyak, with its gulai, sambal and acar, for 10 people. Now, I am trusted to just cook nasi minyak, without its gulai, sambal and acar but for 500 people! Analogy also revolves around food? Pinch me! Thinking back, somehow this is like having my prayers answered, 18 years later! When I did my degree, I got a scholarship from T*. I had wanted to majoring in HR but T* directed me to do majoring in Marketing. When I took a year leave last year, I thought it'd be nice to do HR after I came back. If you ask, I still do not know if I like it here or not. Still too soon to tell. But it is sure not as cold as my office back in Tingkat 14.

Now back to puasa thingy, yesterday, we took off from the office at almost 6.00pm. Fetched the kids, beli mi kat kedai depan nun, sampai rumah at 6.45pm. In the nick of time nak azan Maghrib, barulah siap Mi Goreng and Chicken Wing ala India. Washed down with a pot of Teh O panas and cold apple and orange juice. Simple aje kan.

It is stressful that this year, on 3rd Ramadan, we have came to the point 'tak tau lah nak berbuka dengan apa' - despite all the excitement and plans we had. Maybe it's the age factor (older people eat lesser food? No?) or maybe in all the other months tu, nafsu makan adalah godaan syaitan semata-mata? And now that all the godaans are not here, we are left with just our own nafsu. Kot? This pre-dawn tadi, me and Tebby had roti canai segera, Iman had megi with telur (dari semalam mintak) and Kakak had Mi Sedap. Not good tapi itu ajelah yang membuka selera. Hurmpp.. Hope to see a more vibrant ensemble on my dining table after this.

Tuesday, August 02, 2011

1st Ramadhan 1432H

Salam Ramadan! Alhamdulillah masih ada rezeki kita berpuasa bulan Ramadan tahun ni. Jom tambah amal ibadat. Jangan culas-culas ber-terawikh. Kalau rasa liat bangun prepare sahur tu, ingat-ingat pahala yang menanti. Uruskan rumahtangga pun ibadat jua..

Unlike the past 2 years, this year takde bibik. Domestic helper, yilek. Means I have to carefully plan and manage my time. And unlike last year, this year I am back working. Means, limited time to spend kelentung-kelentang kat dapur for iftar. And probably very simple sahur as well sebab pas sahur nak bersiap-siap ke ofis pulak. No time to scrub many pots and pans. (I will not leave things dalam sinki before going out, other than 1 or 2 small things like sudu or cawan).

Apalagi la kan, wiken lepas giat betul mengupas, menyiang, memotong, memerap (perap makanan yer, bukan memerap tidoq), memblend, merebus dan sebagainya. Ini semua bagi mengelakkan huru-hara kat rumah nanti. Punyalah bergiat kat dapur, sampai lupa basuh kasut sekolah anak ha ha. En Suami went to Pasar Kajang on Sunday, katanya ramaiii lah sangat orang. As if esok-esok dah takde jual ikan. Cakap orang, we all pun sama heh heh.

I did few thing in prepation untuk seminggu nyer iftar/sahur. Marinate ayam 3 jenis (ala Cina, ala India, ala Melayu <-- i tak racist taw.. memang dalam buku resepi tulih gitu) and one type of beef marinate. Ikan tak perap, just apportioned them into one serving in each bekas. Also potong-potong ayam and daging, ready as perencah nasi or mee goreng.

gigih melabel bagai ha ha


As for sayur, we stock up timun, incase tak sempat masak sayur. Kalau ada masa, we'll do sawi and kailan. Sayur ni pun selalunya maknya aje yang makan (despite all ceramah kepentingan makan sayur :P). En Suami is very selective when it comes to sayur. In fact he is selective of his food. Unlike wifenya yang mengketedarah je apa jua asalkan halal.

Baru je bagitau En Suami that I would not blog so much about food bulan-bulan puasa ni. See.. bad bad me.

Anyway, since Iman is 7 this year, we've been coaxing him to fast. In fact for the last one or two weeks, we've been orientating him on the importance of fasting and what to expect should one fasts. Semalam was his first day. Thank God, Alhamdulillah, getting him up for sahur was easy peasy. Getting him to eat his sahur was also easy peasy. Part yang susah ialah menahan si Adam dari menayang-nayang makanan depan Iman. Semalam, at 11.45am, he succumbed to hunger and break-fast. Boleh lah kot, as a first-timer kan. It could've been much later should Adam tak makan aiskrim keladi depan Iman *sigh*. And today, on the way to Atfal Sayang (taska) he announced 'hari ini saya cuba bertahan' tak boleh tahan ayat si Iman ni hi hi. Gambar bawah ni masa sahur around 5.00am. Gambar lagi bawaaah tu pulak 'buka poser' jam 11.45am :D




Semalam was a very simple iftar of Ikan Bawal Putih Goreng, Snow Pea+Egg Tofu and Mushroom Crisp (cendawan goreng guna tepung tempura, tapi nama cam kelasssss la konon kannnn).




Err... food again? Someone please spank me..

Monday, July 25, 2011

Gaji!

Owwwwwwwww.... yesssssss!!

Kching!

Sepertinya macam first gaji pulak hihi!

Thursday, July 21, 2011

ADHD - Where, What and How to Start (Pengalaman Kami)

Orang kata, jangan mengeluh awan yang hitam. Siapa tahu selepas hujan reda, ada pelangi indah menanti kita.

Saya ada menerima beberapa email dan beberapa soalan (dan perkongsian) di forum. Rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman kami.

First and foremost ampun maaf saya pinta. I am not a doctor, nor a therapist. I can't give expert opinion nor can conclude anything based on apa jua cerita anda sekelian. Saya cuma seorang ibu yang Allah kurniakan dengan 3 orang anak, salah seorangnya mild ADHD, GDD dengan sedikit traits autistic. What I can share is solely based on our experience. Pendekatan kita masing-masing berbeza. Saya cuma berkongsi, moga-moga ada yang dapat manafaat.

Perjalanan kami sudah agak jauh. Bagi saya it's a lifelong journey. Membesarkan anak-anak, mendidik anak-anak, takkan ada penamatnya. Sudah jauh kami lalui, masih terlalu jauh juga selebihnya.

Kebanyakan (bukan semua) persoalan yang saya terima ialah 'what to do, where to go, how to start'. Maknanya selepas kita mengesyaki anak-anak kita ada masalah atau selepas doktor-doktor di klinik-klinik memaklumkan anak-anak kita ketinggalan berbanding anak-anak lain, apa perlu kita buat? Dunia semakin luas with internet. Borderless bak kata orang ni. Untuk mengetahui normal milestones anak-anak, boleh google berbagai-bagai fakta yang ada. Cuma bila tengok anak jiran kita umur 3 tahun dah membaca, jangan pula kita menyangkakan anak kita yang 3 tahun itu sudah ketinggalan!

Selepas paed di Ampang Puteri memaklumkan Iman banyak tertinggal berbanding milestone sepatutnya, terutama dari segi speech (dia juga lambat mula meniarap, merangkak dan berjalan), kami direfer untuk berjumpa dengan Child Psychiatrist dan buat hearing test. Pilihan swasta atau kerajaan ada. Pada waktu itu kami memilih swasta. Berjumpa dengan Dr Aminudin Saim di Ampang Puteri, lalu direfer kepada Innovative Hearing. Hearing test - normal. Child Psychiatrist pulak, Dr Rose Peng. Walaupun dia ada office di Ampang Puteri, we were advised ke her own practise in Serdang. Bawa semua surat menyurat, findings yang ada sebagai rujukan. Bukan kerja ofis saja perlukan fail. Untuk anak-anak pun sama. Maka saya pun membuka satu file. Putih, ketebalan 1.5inci. Ditepinya saya tandakan 'IMAN'.

First one or two sessions dengan Dr Rose, saya dan suami menjawab bermacam-macam soalan. dari proses kelahiran, pembesaran, perkembangan pertuturan dan bermacam-macam lagi. Sesi dengan Iman pulak, Dr Rose observe dia sendiri. After few sessions barulah she concluded, that at that time, ADHD, GDD, few autistic features came into picture. Dia sajes 2 therapies i.e. speech theraphy (lepas ni saya tulis as ST) dan occupational therapy (lepas ni saya tulis OT). Options given, in Gleneagles Intan or Prince Court (lepas ni saya tulis GIMC dan PC saja ya). We opted for GIMC.

The advantage of doing those in private hospital is obviously the time. Queue pendek. Every week ada theraphy. The disadvantage pulak, obviously, the cost. ST is charged at RM102 per session of 45minutes-1hour. OT pulak RM108 for the same duration. Simple math (RM102+RM108) x 4weeks. Thanks to T* yang mensponsor semua itu. Dan alhamdulillah, kemudiannya En Tebby dipinjamkan ke Fibre**mm, the costs semuanya ditanggung.

Dr. Rose Peng pulak, exorbitant! First time datang, it was around RM200-RM300. The amount keep on inceasing. Sampai last visit, it was RM2.00 lesser than RM600. Masa tu dalam beg duit ada RM600, I was left with a mere RM2. Yang ini kena bayar sendiri. Bayaran ni termasuk session dengan dia and ubat-ubatan. Time tu Iman ambik Nootropil dengan Ritalin. That was the closest that we got to this 'designer' thingy.. designer drug. Ritalin.

Long story cut short.. tahun 2010, Iman 6 tahun. Cikgu tadika dah give up. Taktau macamana lagi nak buat (Iman started kindy at 4yo). Cikgu tadika bagi satu nama dengan nombor phone. Sekeping kertas yang mengakibatkan an 'educational turnpoint' berlaku.

eh... dah hampir jam 2, saya kena kerja. Nanti saya sambung ya. Konklusinya, kalau nak ke hospital swasta, beginilah lebih kurang aliran prosesnya.

Oh ya, untuk entry lain yang berkaitan..
1. Referral for hearing test, here.
2. The hearing test itself, here.
3. His first few words, here.
4. Psychiatrist's charges, here.
5. His diagnosis, here.
6. His first therapies, here.

Ada masa saya sambung kemudian k.




Wednesday, July 20, 2011

Quotable Quotes - Cinta di Dalam Gelas

'Habis air mataku, lunas sudah kesedihan itu. Hidup mesti diteruskan. Tentangan ada di depan. Masih banyak yang dapat disyukuri'

kata-kata Enong @ Maryamah Zamzani, dalam novel Cinta di Dalam Gelas
Karya Andrea Hirata

Tuesday, July 19, 2011

Tidak Tergenggam

Cinta ditabur dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
Berebut-rebut menangkapnya
Banyak yang mendapat secupak
Banyak yang mendapat segantang
Semakin banyak
Semakin tidak tergenggam

petikan novel Cinta di Dalam Gelas
karya Andrea Hirata

Monday, July 18, 2011

Ofis Baru

my ex flaming-red cubicle



Things are not always what it seems (baca entry saya dengan tajuk La Tahzan di sini) At times what we want most is not what we need. At times what we don't want most (but got it anyway) turns out to be the best thing.

Alhamdulillah. Efektif 16 Julai 2011, saya melapor diri di tempat kerja baru (masih di syarikat yang sama). InsyaAllah apa yang ditakdirkan akan elok-elok belaka. Manapun simpang yang diambil, tetap menjanjikan suka dan duka. Selama bernama manusia, itulah kehidupan yang harus ditempuh.

Moga perjalanan selepas ini lebih bermakna dan indah-indah dari yang lepas-lepas.