Semalam saya ke Gleaneagles Intan Medical Center (lepas ni kita guna nama pendeknya GIMC je lah yek), bawak Iman pegi terapi. Sebenarnya that was the second time dia pegi terapi. Terapi pertama was Speech Therapy (lepas ni kita guna nama pendeknya ST je lah yek) on 8 Oktober 2008 lepas. Yang semalam Occupational Therapy (lepas ni kita guna nama pendeknya OT je lah yek). Lepas-lepas ni setiap minggu kena bawak dia pegi terapi yang dua nih.
Masa visit pertama on 8th October, I was greeted with a cheeky boy, running out from one of the rooms, sambil mengomel-ngomel 'I wanna go out. I don't want to play in your stupid playground'. Ada lelaki separuh umur kejar dia, mungkin ayahnya kot. Saya dan Tebby berpandangan saja. We were wondering what was going on. Kena pulak perkataan stu*** tu diberi penekanan dek budak tu. As in '... your STOOOPIIIDD playground'.
Untuk ST, saya jumpa Firdaus. A young, and shall I add, quite good looking man. Maybe in his late 20's. Sesi pertama tak banyak dapat buat apa-apa. Iman was cranky. Mungkin sebab dia baru makan ubat selsema so dia ngantuk. Banyak cerita-ceriti background Iman. To keep him (Iman) entertain, adalah disediakan sedikit-sebanyak toys. One of them is ABC yang boleh tanggal dan lekat tu. Saya agak terkejut bila Iman boleh padankan dan masukkan semua ABC yang ditanggalkan ke tempatnya semula! Dalam si ST tu membelek perlakuan Iman, saya lak dok meneliti si ST. Pakai cermin mata bingkainya Armani. Dressing ala-ala aliran terkini metrosexual. Tak keterlaluan kalau saya katakan, he reminds me of Aznil Tom Tom Bak! Back to Iman, ada juga kami ditanya soalan-soalan yang saya tak boleh jawab. Contohnya, adakah di tadika dia menjadi mangsa buli atau adakah dia sudah kenal ABC? Saya terkebil-kebil. Tidak ambil beratkan saya? Firdaus, secara berhemahnya menjelaskan, walaupun Iman 4 tahun, perkembangan pertuturan dia adalah pada tahap 2 tahun. Saya dan Tebby perlu banyak berkorban membesarkan Iman. Masa, tenaga, emosi dan wang ringgit. Dari pandangan kasar dia, Iman ada menunjukkan ciri-ciri autistik. Cuma pandangan kasar. Yang boleh mengesahkan ialah Child Psychiatrist.
OT pulak, lebih vigorous. Kali ni another man, nama Hasrol. Hasrol punya sesi lebih kepada aktiviti fizikal. Cukup kalau saya summarykan, anak saya yang satu itu, pada hari semalam, dari pukul 4.00 ke 5.00 petang, telahpun dikambus, dipaksa meniti, dihayun, dilambung malah dilenyek oleh OT tersebut! Tebby couldn't help giggling. Kadang-kadang respon Iman memang menggelikan hati. Kadang-kadang dia nampak takut tapi reaksi dia bila retaliate tu yang tak tahan tu. Macam-macam mimik muka dengan bunyi dia buat. Typical kanak-kanak bermasalah seperti dia, akan avoid eye-contact. Maka bila si OT tu naikkan suara suruh Iman pandang dia, Iman menjerit-jerit 'NANAK' 'NANAK' sambil buat jelingan maut. Maka dalam masa sejam itu, meleleh-lelehlah air mata, air hidung segala. Semalam juga saya menyimpulkan bahawa budak yang lari keluar dari bilik hujung minggu sebelumnya mungkin baru sudah OT! Kalaulah si Kakak ada sama, haruslah dia pegi belasah si OT tu. Walaupun Kakak dengan Iman ni love-hate relationship, Kakak cukup protective when it comes to adik-adik dia. Exception, cuma dia saja boleh kerjakan adik-adiknya! At the end of the session, Hasrol said Iman's condition boleh dikategorikan sebagai mild-intermediate. Kami as parents, kena challenge Iman to do things. Kena buka minda dia untuk explore more.
Abis sesi kami, ada jumpa OT lain kat luar tu. Iman was the only patient left so diorang dok usik-usik dia. Saya pun ambik kesempatan bertanya (tanya kat luar tak masuk bil!). Susah saya nak faham term-term theraphist ni. Saya simpulkan bahawa, it's not that Iman is not processing information in his brain, cuma dia tak boleh sambungkan info-info tu semua jadi something yang boleh difahami. At least not up to his age, 4 tahun. They said, like a lost password pun ye jugak. He has a lot in his mind tapi retrieval is not possible sebab he lost the password. Boleh analogy gitu? Si Firdaus ST tu pun ada jugak masa tu. I noticed he was wearing a LV belt. Boleh gitu, makcik nyiasat sampai ke tali pinggang? Jahat tol mata nih!
Setelah 2 sesi terapi, saya insaf. Bukan saya saja diduga. Malah orang lain lebih berat lagi. Ada one Italians couple dengan anak sebaya Iman. Langsung tak ada vocab. Mungkin ada tapi langsung tak disuarakan. At least Iman boleh cakap perkataan walaupun sepatah sepatah. Walaupun setakat ayat menggunakan 2 perkataan saja.
So, sharing a few photos semalam. Tak banyak saya snap. I was participating as well. Bila agak2 Iman okay sikit, saya snap. Ini cuma contoh beberapa aktiviti saja. Banyak lagi yang dia kerjakan Iman. The rest saya standby dekat2 Iman. Ye lah, walaupun ada safety belt, safety mat segala, kalau tergolek anak aku tu kang, mau jugak kita belasah si OT tu kan he he.
He didn't know what to expect.
Neither did we.
Iman kena kambus.
Sebelum tu kena buat aktiviti lompat atas trampoline.
Dgn Hasrol dia tanak lompat.
Dgn Abah dia tanak lompat.
Ummi lah, sapa lagi.
Kena paksa jalan atas beam.
Memula boleh pegang.
Lepas tu dia kena jalan sendiri atas tu.
Balancing dia okay.
We were warned that Dr Rose will definately ask about Iman's progress so we'd better be prepared with answers. We were also told, Dr Rose, would not, at the slightest, hesitate to scold us if we fail to keep and eye on Iman's progress or fail to execute whatever she asks us to.
21 comments:
salam kak tie
dah bnyk progress iman
walau saya tak dapat membantu apa apa, tapi saya tau kak tie orang yang tabah dan kuat
saya sendiri belajar byk benda drpd entry kak tie
IV ~ salam to IV jugak. kawan2 byk membantu jugak walaupun secara tak langsung. moral support, concern, sharing experience atau information semuanya akak hargai. akak sendiri pon dah belajar banyak benda dalam membesarkan Iman. cuma the hard way lah. still, kena tengok dr sudut positif kan.
salam
kak... thx 4 sharing tis. kami doakan iman's condition akn improve dr semasa ke semasa insya allah...
byk yg saya belajar ttg penyakit nih dr blog akka..thanks for sharing dan harapnya, akak sekeluarga kuat mengharungi ujian ini..
akak... nice to hear some progress of iman... keep it up akak...
as only a virtual reader, i can only pray from afar, but for u to know that my moral support will always be there (in writing mode la...)
apsal tak de gamba ST tuh... teringin gak nak nengok, spec armani, belt LV... huhu....
Walaupun kami seronok membaca tapi kami tahu ianya tidaklah mudah dan syabas kepada Ummi dan hubby kerana sabar dalam menjaga anak...
wah, best jugak sessi iman itu... siap boleh main segala bagai -walaupun dalam keadaan kena paksa - hehehe, at least iman is progreesing kan kak?
he is still there, the ST. he's good. metrosexual you say? probably!
prepare the answer as Dr.Rose will surely ask. that is why she is one of the best in the bussiness.
littledewa ~ i'll keep on updating. selain as a medium for me to 'vent' out, boleh jugak sharing2 dengan org lain kan.
oren ~ alhamdulillah, semua berjalan lancar. yang kdg2 takleh terima is Kakak. jeles sbb kami dok bwk Iman ke sana sini. kalau dia tengok apa Iman kena buat, sure dia tanak ikut he he
ct ~ next appointment nanti ku cuba snap gambornya he he. thanks for the support. knowing ada yang ambil tau pun dah memberi satu kelegaan juga.
oren ~ anak2 kita sama2 membesar. sama2 kita belajar okies. apsal takleh baca blog awak dah? mail me abrozila at tm dot com dot my.
akuni ~ tak mudah especially bila nak sesuatu tapi takmau cakap. main tunjuk2 aje. time tu dah 7.15am. nak hantar kakak ke sekolah sebelum 7.30am. kita pon mmg cepat aje naik angin. tapi sabar... sabar... sabar...rupanya dia nak otromen kecik bawak pi nursery...
aida ~ he is progressing tapi tatau le at acceptable level or not. we get so excited bila he says new words or bila boleh buat something new.
abi ~ you left me wondering he he. so, he's good ye? kami ikut aje referral Dr Rose. tapi suara dia, masyaAllah, kuat giler. agaknya sbb dah biasa naikkan suara nak dpt attention budak2 kot.
recommendation- buy own trampoline. Experts say the act of jumping on trampoline can somehow promote speech, something to do with jumping & nerves in body
lupa nak add.. when asked to describe about my son's autism, I simply say macam dalam iklan susu yang ada Wardina ajar anak dia eja buah.. lastly budak tu buat Buah Hati.. the part doctor kata saraf2 dalam otak belum berhubung....
wahh macam2 aktiviti si iman kena lenjan buat takpe its for the best of him kan..
slmt hari raya kak tie sekeluarga ok
Alhamdulillah.. semoga sessi lepas ni pun berjln lancar.
Dah lama tak jenguk, byk citer baru rupanya...
Best wishes to you and family.
Not too late to wish Selamat Hari Raya! heheh...
salam kak, cam good progress on iman kan..kenala sacrifice lebih sikit yer kak..janji lepas nih iman back to normal, insyaAllah.Anak itu amanah & anugerah terindah bukan?
Semakin bagus skrg yer iman..progress dah makin btambah..alhamdulilah..awat posting kat atas takleh komen..sedih jer membaca nyer..jgn bersedih lg yer kak..meh sini sy hugs..
Assalamualaikum ummi..,
Saya nak tanya berapa kos rawatan untuk speech theraphy dan occupational therapy di gleneagles intan. Anak saya yang sulung usia 5tahun menghadapi disleksia dan perlu menjalani rawatan tresrbut di sana..
Salam..,
mamaarif...
Mr Firdaus ni ada clinic dia sendiri kat taman melati kan...firdaus dan rakan-rakan terapi pertuturan.. dah try situ tak? berapa dia charge perhour yg itu? saya lagi pening kepala anak saya october 15 ni dah 3 years... dah pg hearing test twice...hearing normal... dr rose pheng psychiatrist tu pon dah jumpa... dia ckp will pick the speech later je tak suggest speech therapy...paed pon suruh pg speech therapy je pasal dia pon tak blh bg kepastian pasal my daughter...i reseach internet kat kidzgrow hartamas ada... tp jauh dan dia tak bg parents involve seboleh2nya..rm50 per hour
Mr Firdaus ni ada clinic dia sendiri kat taman melati kan...firdaus dan rakan-rakan terapi pertuturan.. dah try situ tak? berapa dia charge perhour yg itu? saya lagi pening kepala anak saya october 15 ni dah 3 years... dah pg hearing test twice...hearing normal... dr rose pheng psychiatrist tu pon dah jumpa... dia ckp will pick the speech later je tak suggest speech therapy...paed pon suruh pg speech therapy je pasal dia pon tak blh bg kepastian pasal my daughter...i reseach internet kat kidzgrow hartamas ada... tp jauh dan dia tak bg parents involve seboleh2nya..rm50 per hour
Post a Comment