Teringat masa saya kecik-kecik dulu.
Time tu dekat nak raya.
Kain untuk baju raya saya beli last sekali.
Murah sekali.
Walaupun saya tak suka warnanya.
Walaupun saya terasa diketepikan.
Saya pendam saja.
Teringat waktu saya masih belum masuk asrama.
Yang di rumah cuma adik saya dan saya.
Kalau ke bandar, adik saya diberi macam-macam.
Saya cuma berpuas hati kalau diberi ikut sama.
Dengan baju lusuh dan berselipar jepun.
Saya terasa sungguh tidak diperlukan.
Tapi saya pendam saja.
Teringat masa saya sekolah dulu.
Waktu nak balik asrama.
Kadang-kadang orang yang saya fikir sayang saya itu.
Tak mahu hantar saya ke stesyen bas.
Malah melihat saya berangkat ke stesyen bas pun tidak.
Saya amat sedih. Dalam bas saya menangis.
Terasa diri tak dihargai.
Saya pendam saja.
Sewaktu saya mula ke universiti.
Sewaktu saya mula ke universiti.
Ayah saya hadiahkan sepasang baju sukan.
Walaupun cuma sepasang baju sukan biasa-biasa saja.
Saya menitiskan airmata.
Buat pertama kalinya saya rasa ada orang sedar akan kewujudan saya.
Zaman-zaman itu saya tak tahu apa maknanya sayang tanpa syarat.
Yang saya tahu, bila saya ada keluarga sendiri, saya tak mau anak-anak saya berperasaan begitu.
Jadi pemendam seperti saya.
Saya tak pernah ceritakan pada sesiapapun soal hati perasaan saya.
Sehinggalah pada hari ini, waktu saya berumur 34 tahun, 1 bulan dan 22 hari.
Sehinggalah pada hari ini, waktu saya berumur 34 tahun, 1 bulan dan 22 hari.
Sedari saya kecil tak pernah ada yang bertanya.
Sukakah saya. Sedihkah saya. Merajukkah saya.
Semua saya pendamkan.
Yes, beneath my happy exterior, there's a part inside of me that even I dare not touch. Today is the last straw. I just need to vent out.