Tuesday, July 20, 2010

Laman Lagi!

Laman la lagi you olsss!! Boring huh? Nak buat cemana, this is my life for now so just bear with it. Seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul OR it may be a totally opposite situation. If you see me enjoying myself doing all these, yes, I am. But like I had said before, I may change my mind in few months to come heh heh.

So, introducing new members of the laman. Ni satu bahagian. Yang barunya ialah pasu bulat rendah kaler hijau itu. I loikeee sangat. Jatuh cinta pandang pertama. Pokok dalam tu pokok lama, cuma dah re-structure semula.



Ni plak pandangan sebelah lagi satu. Yang barunya ialah pokok pegaga dengan pokok ros putih tu. Tak sure kalau pegaga jenis ni boleh makan ke idak. Daun cantik, bulat-bulat bentuknya. Pasu comot ya amat ya kawan-kawan. Rustik la konon..


Ros putih ni si Kakak yang nak. I prefer other color, kuning ke, merah ke, dark pink ke. Tapi dia nak putih so putih it is then. Memang ambik pasu yang paling rimbun bunganya. Kalau ambik yang gondol, belum tentu berbunga bila sampai kat tangan saya! Beli dah siap berpasu gitu.


Ni plak bahagian dekat pagar depan. Previously ada pokok dedaunan yang dual-tone tu.. And ada sebaris pokok iris yang sungguh cantik. Pastu semuanya mati sebab kurang kasih sayang dan perhatian. Pokok pun cam orang gak ye kawan-kawan. Ada keperluan emosi selain kena kasi minum air dan makan baja.


Belah ni lah yang dulunya ada pokok dual tone tu. Mati. Then saya letak batu-batu kat sepanjang alur ni. Sudahnya sebab boring petang-petang la ni, saya tanam pokok renek ni kat situ. Memula beli 5 pokok.. tak cukup. Separuh je cover. Then beli lagi 6 pokok. En Tebby tak terkata apa dah... Ni masih kecik amat lagi. Pulak tu si Adam dok pijak-pijak suka suki dia ajer isk.


Bahagian ni pulak, betul-betul kat tepi pagar. Dulu ada barisan pokok iris bunga kuning. Sebab banyak yang mati, pastu yang tinggal pon rupa tak semenggah, saya cabut semua, ganti dengan hak ni. Belah ni seksa sikit nak gali tanah sebab dekat dengan pagar. Tapi En Tebby dengan gigihnya melayan wife nya yang tengah kemaruk berkebun ni, galilah jugak. Nak cari batu besar bubuh kat depan barisan bunga tu lah pulak. Tapi... pokok tak cukup, ada space sikit lagi. Kat situ lagi susah nak gali sebab terkepit dengan pagar dan satu slab batu yang berat, susah nak alih. So, letak aje bunga dalam pasu. Beli sepasu, masih tak cukup. Ada part yang rongak lagi tu ha... Jap lagi nak singgah beli sepokok lagi.


Yang ni pulak hak Iman. Iyer... dia punya pokok. Katanya Iman nak kaler perper (purple).. layan je lah. Tapi nama aje pokok Iman, tukang jaganya Ummi ni jugaklah. Samalah si pokok ros putih tu, acik gaklah jadi mak angkatnyaaa....

Kalau gini gayanya, agak-agak lepas setahun apa jadik kat laman Kak Mon yaaa??


8 comments:

myjuliana said...

kak mon, i jeles dgn you ok. i sgtlah suka garden yg cantik but i tanam jer asyik mati. bak kata u, kurang kasih sayang agaknye. balik mesia nanti i pon nak buat garden2 gaks sbb kejelesan yg melampau. hihihi

Zuedin said...

ku punya pun asik layu je..apa nama pokok rimbun hijau bunga cam putik kaler merah tu ye. ari tu pun kiter bli gak tanam kat ofis

ummi said...

julie ~ i used to be like you are now. tanam mati, tanam mati. tapi dah makin berumur ni, insyaAllah hidup jugaklah sikit2 pokok2 kat rumah ni. such a relief bila buka pintu nampak garden. walau tak sebesar mana or secantik mana kan.

zue ~ ntah le zue. lupa nak tanya kat tokei nursery tu. akak beli kat nursery baru yang belah kiri betul2 lepas traffic light masuk bukit mahkota tu. dia punya pasu2 pun i loikeee tp sbb pakai foket org lain kan, tengok aje laaa heh heh

Farra said...

sokong2 dan cantek2....sy minta juga tp tak boleh buat sbb tade masa nak menten..mmg ada la pokok2 tu mati kang

lg pon ruang limited..dah penuh ngan pokok masakan shj :)

y@tipruzz said...

cantik!!!

tapi saya tak reti nak appreciate. sbb minat takde...skill menanam pon takde. tanam pokok pandan pun fail..apetah lg pokok bunga wakakaka. Sape lalu depan umah saya sure komen 'yaa ampunnn rumah budak ni macam hutan!'

K.Lela said...

cantik..cantik..saya pun suka gak gardening ni tapi tak dok masa nak menjaga, membelai dan berbagai2 alasan..hehe..sebenarnya M****..

ummi said...

farra ~ pokok masakan?? kat belakang tp x meriah sgt. ada cili, cekur, kunyit, ulam raja. tu aje lah kot.

yati ~ macam hutan? that was our house few years back heh heh.

k lela ~ kalau M memang susah heh heh. sbb nak kena membelai sumer tu.. pastu nak make sure budak2 ni tak gondolkan bunga.. tu pun cabaran jugak he heh

Anonymous said...

kak tie, wokeh. akan ku semat semangat di dada. balik nanti saya cuba berseungguh2. saya suka sbb rumah ayah kat KB sangat banyak pokok bungan ans santek. sejuk mata memandang.

julie