Sunday, November 22, 2009

Jalan Jalan IKEA

Hari ni hari IKEA. Masa ke Alamanda (baca di sini), cadangnya saya nak ke IKEA tapi sebelum sempat idea bernas dicurahkan, Tebby awal-awal dah rule out - Alamanda.

Kenapa nak ke IKEA? Pasal teko saya yang umurnya lagi tua dari Kakak telah pecah. Macamana boleh pecah? Si Adam main gendang ketuk teko dengan sudu. Habis pecah. Agaknya Adam nak Ummi menang DEKO! DEKO! DEKO! tapi silap terketuk teko. Obviously teko tu alasan je kan ha ha. Dah nyampai kat sinun, ada aje benda lain dicapai.

Kat belah atas nun kami round laju-laju aje. Kat bawah kat market area tu lama sikit. Sapa pernah dengar nak beli teko sampai keluar duit RM300++? Nah, tengok nih resit. Teko dan para pengiringnya he he. Dah beli teko, beli plak mug sedondon. Dah tu tak syok pulak pinggan mangkuk tak sedondon, beli jugak. Adoiyaiii!! Alasan, kan?


Lepas bayo-bayo segala, Tebby sama Kakak dengan Iman pi beli hotdog dan makan dengan senang lenang sementara Ummi gigih membalut segala peralatan kaca yang diborong. Pastu pi The Curve for lunch. Iya, hotdog tu appetiser aje. Sebelum makan ronda-ronda kat bazar bawah tu. Kakak nak handbag, Ummi belikan slingbag. Pastu Ummi beli satu beg jugak. Beg gedik nama dia. Serius gedik dengan juntai-juntai bola-bola tu. Nah tengok..


Lunch kat Little Penang Cafe. I had Penang Curry Mee, Tebby makan Kuetiaw. Iman makan Mee Kari Ummi sama Kuetiaw Abah. Kakak minum air kelapa je. Diet katanya.


seperti biasa, order air nyor

yang ni pulak, makan otromen for lunch
serius lama giler tgu dia pilih menan

Lepas lunch, singgah beli buah-buahan kejap. Acik borong sampai RM20. Ada budak-budak meningkat dewasa ni, kejap aje makanan habis kat rumah nun. Pastu balik. Kakak ngan Iman terbongkang tidur dalam keta dah.

6 comments:

Anonymous said...

aku baru gi last week. sambar apa yg patut jer. aku pun sama ngan ko, atas tu jln laju2 jer, malas nak tengok decoration tu, sama jah.kat bawh anak aku yg alia sibuk dok usha troli kecik. tu salah satu sebab dia beria2 ajak kitaorang gi ikea.nasib baik dkt ngan umah.

ummi said...

mek ~ aku ni ha, jauh pon aku datang. dah alang2 jauh tu kan, takkan aku nak beli teko je kan. kan. kan.

oren said...

iman masih tido ngan tiger dia tuh???

ummi said...

oren ~ iya. masih. dah lasam, kepam dan segala2nya hu hu. hidung pon dah takde si rimau tu. badan lembek, ekor putus

Farra said...

kak tie~ tak boleh cari tiger baru ke? ker..dia suka yg tua tu saje

ummi said...

farra ~ dulu ada 2 ekor, kembar seiras. sekor dah hilang, tinggal yang tu je. rimau tu dah pupus kat malaysia, dah jenuh cari pun. aritu jumpa hak lebih2 kurang tp dia takmo. takde feel gamaknya he he.