Wednesday, September 30, 2009

Eksiden

eksiden pagi tadi.
bontot keta kena langgar.
tertido katanya.

Tuesday, September 29, 2009

Terlewat




Selamat Hari Raya semua.
Masih Syawal kan.

Sunday, September 27, 2009

not doing well

am not doing well.
too much travelling.
too much eating.
i am shivering cold.
my back is killing me.
i think i'll be on leave tomorrow.

Saturday, September 19, 2009

Bleak Raya?

I'm now in Dungun, en-route to Kuala Terengganu. Thanks for MeksisBB, I'm blogging from the car.

Esok dah raya but the excitement has yet to come for me. First and foremost, just a day before starting my leave, I got not one, but two letters from dear IRB asking for payment of more than RM5K combined. One of the claim was for year 2008 and the other one 2002. Yang mengherankan makcik ialah, in 2008, they gave me a cheque for over-payment amounting to RM4K++. Means, they should have taken 2002 into consideration kan.

Another thing is that, beginning Thursday and then Friday, I was getting emails after emails requesting for this and that and they are all due on 28th September, the first Monday after raya leave. When else can I do those except masa cuti raya kan. Kijam tak merika?

Okay peeps, I hope I can still eat and enjoy my raya despite all these.

To my friends, yang mana pernah berjumpa tete-a-la-tete atau hanya di alam maya, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kak Mon, singing off in Dungun.

Friday, September 11, 2009

Perkongsian..


..yang tak berapa strategic.

Dengan siapa? Iman!

Dia suka sangat ambik barang-barang saya,.. losyen ke, moisturiser ke, perfume ke.
Yang 'terharu' saya dibuatnya, facial mosturiser saya disapu ke tangan ala-ala losyen tangan.
Pastu, perfume saya, disembur dibadan dia macam sembur nyamuk.

Sekarang, mosturiser saya sudah yilek.
Perfume tinggal separuh. Kalau ikut cara saya pakai, mmg suku pun belum habis guna kot.

Thursday, September 10, 2009

5 Yo (Hijr)

Iman, at 15months


Hari ini Iman genap 5 tahun (hijrah). Dia lahir 20 Ramadhan 1425H, di Ampang Puteri dengan berat 3.3kg, disambut oleh Tan Sri Datuk Dr Jemilah Mahmood dan keesokan harinya dikhatankan oleh arwahnya Dr Amin Tai.

Dia sudah bercakap! For those yang mengikuti perkembangan Iman, ingatkah saat-saat saya dimaklumkan oleh Dr Nasir supaya 'do something' about it(him not able to oral-communicate at 3yo++)? Bermula dengan pertemuan dengan Dr Aminudin Saim, ENT Specialist di APSH (baca di sini), seterusnya melalui hearing test (baca di sini). Dia disahkan tidak mempunya apa-apa masalah pendengaran.

Bacakan semula harapan (di sini) demi harapan (di sini) saya letakkan pada dia.

Setelah diagnosis di lakukan, Iman disahkan ADHD (baca sini). Diikuti dengan sesi terapi (speech dan occupational) yang pertama di GIMC (cerita di sini) dan kemudiannya sesi-sesi susulan. Di pendekkan cerita, sudah hampir setahun.

Dia sudah boleh bercerita walau kadang-kadang ayatnya tergantung-gantung. Contohnya, kawan Iman nangis, mak pegi ofis, dia nak ikut. Atau, relating a scene from a cartoon show, dia lari, monster buruk. At times dia mengejutkan saya dengan versi Bahasa Inggerisnya.

Waticit (what is it)
Wotet (what is that)
atau
Come back here (this one quite clear)


Dulu saya selalu tertanya-tanya apa itu unconditional love. Bila saya tahu maknanya, saya wonder apakah saya mampu untuk tidak meletakkan sempadan itu. Thru Iman, I know I can.




Wednesday, September 09, 2009

Meklate

Mek, mesti ko terkujat nengok tajuk entry aku sejibik nick ko.

Saya mula kenal dengan Meklate ni sekitar 2002 atau 2003. Maknanya dah lebih kurang 6-7 tahun jugaklah. Masa tu dia join ofis saya di tingkat 16, Menara T*. Mula-mula tu takdelah baik sangat. Dia kat hujung sana, saya kat hujung belah sini. Lama-lama tu, lepas borak-borak, keluar makan sekali, sekali-sekala terjah MidValley sama-sama, kami jadi baik. Bagi saya, bila dah borak guna aku-engkau tu, dah kira geng rapat lah. Kena pulak kami sebaya. Tapi dia kawin awal. Anak sulung saya, si Athirah, tua setahun dari anak Mek ni yang nombor tiga. Ko memang, cepat aje bab nikah kawin ni ahaks.

Semalam dia call saya. Katanya kereta kancil nostalgianya dah kena jual. Kereta yang bawak kami pegi MidValley time lunch terutamanya hari Jumaat (masa tu lunch time Jumaat lama weii.. tak macam sekarang). Tapi.... dah ganti dengan MyVi. Hebatlah ko, aku nak bayar ViVa nan sekangkang kera luasnya pun terhegeh-hegeh. . Jangan lupa ajak aku pegi MidValley bila-bila senang. Btw, nanti kalau ko dah dapat benda kilat-kilat tu, jgn lupa eksyen dengan aku tau. Kot-kot aku terinspired nanti, haruslah aku ikut jejak ko. Ada lagi lah perbualan kami yang tak sesuai diceritakan kat sini sebab dah masuk kategori 18SG, 18SX dan 18A-sampai-Z ha ha ha.

Mek, sebab ko nak tengok, nah aku letak gambo hadiah dari suamiku nan tercinta. Kalau aku ada masa, nanti aku naik ofis ko ngada-ngada dengan jam nih...



Monday, September 07, 2009

Teething Pain

Bukan Adam.
Tapi maknya.
Sakit weii.
Nasib air liur tak meleleh cam Adam jek.

Friday, September 04, 2009

Kisah Kereta

My dad's car was stolen yesterday morning. Alhamdulillah sebelah petang polis dah dapat balik and the time he SMS-ed me, the car was in the police compound. He left the car with keys inside and got out. Next thing he knew, one stupid guy was speeding away with his CBT 1105 (1105 - sama birthdate dengan Adam, 11th May.. coincidently) My father was born in 1940. That makes him 69 this year. Maybe he forget about the key. Aren't we all once in a while, forget about things. Maybe we'll all forget at his age.

Kereta tu was found back sebelah petangnya. Tak jauh pun from my kampung. Maybe around 10-15 minutes drive je. The mamat was stupid enough to drive around without changing the number. Not really jumpa sebenarnya, kena tahan masa roadblock. But the guy slipped away in some bushes (maklumlah area kampung, banyak semak). And my dad got the car back.

And I, also had issued with car yesterday. Tebby was having a late presentation so I left with my friend after office. Sampai depan Wisma TM, Jalan Bangsar, Zue kata dia rasa kancil macam berat. And when we stopped standstill sebab jem, the car went 'grrrrrrrrrrr'. Macam harimau marah. Knowing that kalau kami tayang kaki pun takde orang nak stop, we went to a small workshop in Pantai Dalam. One of the spark-plugs dah hitam. He said something about piston-ring (or something like that lah). Zue cuma thumbs-up saja without having any idea on what the man was explaining. Neither do I. And know what, minyak hitam yilek. Not at all. Kena masuk 2 botol. Tukar air filter. Paid RM80 and remarked 'lain tara tauu.. bawak saja?'. Ye lah tu aney. Anyway thanks. Selepas Zue membuat U-turn baek punya kat traffic light tu (sambil tersengih2 mengangkat tangan) dan seterusnya menyelit dia persimpangan Serdang Raya/Mines (sambil tersengih2 mengangkat tangan jua), saya selamat sampai di rumah jam 6 petang.

Pernah dulu tumpang kereta Zue jugaklah. Masa tu proton merah. Ala-ala sport lah rupanya tapi masuk dalam ada kotak tisu reben-reben. Pastu enjin takmo start. Bateri yilek. Kali ni tumpang Zue, minyak hitam yilek, spark-plug hitam. Isk.

Zue, akak tak serik naik keta awak.
Awak jangan serik pulak bawak akak.
Petang ni nak tumpang lagi buleh?






Thursday, September 03, 2009

Post-Sulking

Ya betul saya merajuk dua hari lepas. Gara-gara si Dia terlupa Ulangtahun saya yang ke-35. Burukkan ibu pertengahan 30-an merajuk? Ingat kawan, age is just a number. When it comes to certain issue, I'm still young at heart. And others, I can be older than 35. As for the sulking, let's put it on the younger side of me.

Mungkin ada yang hairan kenapa saya berkesah? it's your own choosing sebenarnya. Kalau mahu tak kisah, up to you. But I choose to care and mind, no matter how insignificant the things may be to some. Small gesture goes a long way, you know.

Serentak itu juga, Ulangtahun Perkahwinan kami ke-9. Di waktu si Dia mencuri hati saya 10-11 tahun lepas, saya rela. Tak perlu pulangkan, simpanlah hati saya itu sampai bila-bila. Saya sangat-sangat rela!. Tambah manis, ijabkabul kami pada 31 Ogos 2000. Double celebration. Tarikhnya pula sememangnya akan forever bercutilah selagi hidup di bumi Malaysia. Bila si Dia pujaan hati saya terlupa, maka double lah jugak kesedihan saya. Saya ambik hati. Hati yang saya rela dicuri laaaamaaaa dulu. Hati yang dua hari lepas, remuk redam.

The day after, diam-diam dia belikan saya hadiah. Sebenarnya saya cuma mahu si Dia ingat tarikh-tarikh bermakna itu. Tak perlu hadiah. Suami saya ini kawan-kawan, bukanlah seorang yang romantik. Kalau mahu turun kereta, tak perlu tunggu dia bukakan pintu. Turun sendiri saja. Katanya dulu, tak perlu bouquet of roses, bukannya boleh dimakan. Katanya dulu, tak perlu candle light dinner, tak nampak makanan. Tapi hari itu, dia keluarkan 3 mawar merah. Nahh... hati saya terawang-awang. Saya mula tersenyum-senyum. Dipendekkan cerita, kami berdamai. Siap dengan makan-makan iftar di San Francisco Steakhouse kemudiannya.

Kepada si Dia pujaan hati saya, Selamat Ulangtahun ke-9. Mohon Allah berikan keberkatan dan kasih sayang berkekalan dalam rumahtangga kita. I pulangkan balik hati I yang you curi 10-11 tahun lepas, yang I buruk siku ambik balik hari tu. Thanks for the wonderful years. Thanks for the Tissot. I love you.




Tuesday, September 01, 2009

Makan Berdamai

Kalau ada yang perasan, I've pulled back my last entry. To friends who commented and left soothing words, thanks. I really appreciate that. Apparently it just slipped his mind until this morning, when he saw his casio that I bought for him for his birthday earlier this year. Yes Zarid, I do hope he loves me as much as I, him.

To cut things short, we're having 'makan berdamai' at MidValley as iftar.

Yes, I do have things to tell. Wait up yaa...