Wednesday, September 09, 2009

Meklate

Mek, mesti ko terkujat nengok tajuk entry aku sejibik nick ko.

Saya mula kenal dengan Meklate ni sekitar 2002 atau 2003. Maknanya dah lebih kurang 6-7 tahun jugaklah. Masa tu dia join ofis saya di tingkat 16, Menara T*. Mula-mula tu takdelah baik sangat. Dia kat hujung sana, saya kat hujung belah sini. Lama-lama tu, lepas borak-borak, keluar makan sekali, sekali-sekala terjah MidValley sama-sama, kami jadi baik. Bagi saya, bila dah borak guna aku-engkau tu, dah kira geng rapat lah. Kena pulak kami sebaya. Tapi dia kawin awal. Anak sulung saya, si Athirah, tua setahun dari anak Mek ni yang nombor tiga. Ko memang, cepat aje bab nikah kawin ni ahaks.

Semalam dia call saya. Katanya kereta kancil nostalgianya dah kena jual. Kereta yang bawak kami pegi MidValley time lunch terutamanya hari Jumaat (masa tu lunch time Jumaat lama weii.. tak macam sekarang). Tapi.... dah ganti dengan MyVi. Hebatlah ko, aku nak bayar ViVa nan sekangkang kera luasnya pun terhegeh-hegeh. . Jangan lupa ajak aku pegi MidValley bila-bila senang. Btw, nanti kalau ko dah dapat benda kilat-kilat tu, jgn lupa eksyen dengan aku tau. Kot-kot aku terinspired nanti, haruslah aku ikut jejak ko. Ada lagi lah perbualan kami yang tak sesuai diceritakan kat sini sebab dah masuk kategori 18SG, 18SX dan 18A-sampai-Z ha ha ha.

Mek, sebab ko nak tengok, nah aku letak gambo hadiah dari suamiku nan tercinta. Kalau aku ada masa, nanti aku naik ofis ko ngada-ngada dengan jam nih...



4 comments:

Anonymous said...

huhu..terharunya N3 ko kali ni. apa2 pun terima kasih kerana sudi menjadi kawanku sehingga kini.semoga persahabatan ini akan terus berkekalan sampai bila2.

betul tu..kancil tu cukup nostalgia bagi ku.dan paling syok kalau nak parking, tambah2 kat bangunan kita ni, aku selit jer tepi2 dinding sekarang kalau nak parking aku terpaksa masuk kotak ler..sayang weiii..

tapi aku rasakan tang midvalley tu bukan sekali sekala tapi boleh dikatakan tiap2 minggu..hahahhaha..

mek

Farra Da Smiley said...

oOooo..jam ghupanya

sape kak mek ni? i nak berkenalan gaks :D..kak mek ada nak jual bread machine tak? (lari dr tajukkah?)

y@tipruzz said...

akak dulu CGG kah? sbb tingkat 16 menara tm 2002-2003....saya 2003 tingkat 15...jaga corporate sales dulu :)

ummi said...

mek ~ oh ye ke tiap2 mgu? padanlah aku tak kaya2 sampai sekarang

farra ~ ala... dia dekat je, keluarga CS* jugak. cuba tgk kat tkt 20 tu.

yati ~ dah aih. akak kat seberang tu. C&B Sales. Sampai july 2004, akak join CMD.