Thursday, September 03, 2009

Post-Sulking

Ya betul saya merajuk dua hari lepas. Gara-gara si Dia terlupa Ulangtahun saya yang ke-35. Burukkan ibu pertengahan 30-an merajuk? Ingat kawan, age is just a number. When it comes to certain issue, I'm still young at heart. And others, I can be older than 35. As for the sulking, let's put it on the younger side of me.

Mungkin ada yang hairan kenapa saya berkesah? it's your own choosing sebenarnya. Kalau mahu tak kisah, up to you. But I choose to care and mind, no matter how insignificant the things may be to some. Small gesture goes a long way, you know.

Serentak itu juga, Ulangtahun Perkahwinan kami ke-9. Di waktu si Dia mencuri hati saya 10-11 tahun lepas, saya rela. Tak perlu pulangkan, simpanlah hati saya itu sampai bila-bila. Saya sangat-sangat rela!. Tambah manis, ijabkabul kami pada 31 Ogos 2000. Double celebration. Tarikhnya pula sememangnya akan forever bercutilah selagi hidup di bumi Malaysia. Bila si Dia pujaan hati saya terlupa, maka double lah jugak kesedihan saya. Saya ambik hati. Hati yang saya rela dicuri laaaamaaaa dulu. Hati yang dua hari lepas, remuk redam.

The day after, diam-diam dia belikan saya hadiah. Sebenarnya saya cuma mahu si Dia ingat tarikh-tarikh bermakna itu. Tak perlu hadiah. Suami saya ini kawan-kawan, bukanlah seorang yang romantik. Kalau mahu turun kereta, tak perlu tunggu dia bukakan pintu. Turun sendiri saja. Katanya dulu, tak perlu bouquet of roses, bukannya boleh dimakan. Katanya dulu, tak perlu candle light dinner, tak nampak makanan. Tapi hari itu, dia keluarkan 3 mawar merah. Nahh... hati saya terawang-awang. Saya mula tersenyum-senyum. Dipendekkan cerita, kami berdamai. Siap dengan makan-makan iftar di San Francisco Steakhouse kemudiannya.

Kepada si Dia pujaan hati saya, Selamat Ulangtahun ke-9. Mohon Allah berikan keberkatan dan kasih sayang berkekalan dalam rumahtangga kita. I pulangkan balik hati I yang you curi 10-11 tahun lepas, yang I buruk siku ambik balik hari tu. Thanks for the wonderful years. Thanks for the Tissot. I love you.




13 comments:

y@tipruzz said...

romantik gitu...hepi alwayz yer!!!

Ummu Auni said...

wowwww!!!

sikulat said...

feeewiitt..!!

hehehehehe...

ummi said...

yati ~ *senyum tak abis*

aini ~ :)

sikulat ~ padan lah si kakak pun pandai dramatik jugak kan

Anonymous said...

huhuhu...awat aku rasa nak meleleh baca n3 ko ni...tak sangka rupanya kawan ku ini seorg yg. romantik dan jiwang karat rupanya..

apa-apaun ku doakan semoga kau bahagia dan jodoh berpanjangan..

p/s:ayat yg paling syahdu.."rela hatiku dicuri"..


T.munduk

sikulat said...

kaktie bab2 romantik mmg hebat la T.Munduk..hehehe..

hanis said...

merajuk habis tuh...
tu yg dapat spesel present tuh...

hehehe....

semoga akak and suami and anak-anak + (bibik) ;) bahagia hingga ke akhir hayat.Amin

Heppy belated birthday kak!

Ira said...

merajuk dpt jam + bunga.. hehe.. lepas ni buleh la merajuk lagi..

cikwawi said...

awwwwww..... (mode senyum sambil tangan kat pipi & mata berkaca2). :-)

Tyha said...

OK dah habis merajuk...gambar TISSOT memang mengancam...memang cairlah.Tapi gambar pinggan steak...tu garpu ngan pisau yang mengerikan...;).Best ye dpt mawar 3 kuntum...dlm maksud tu.

ummi said...

tmunduk ~ kalo ko nk meleleh, ko pun sama karat dgn aku lah tu wei.

sikulat ~ *malu* *malu*

hanis ~ insyaAllah. mintak2 happy sokmo

ira ~ tak boleh buat selalu sgt, nanti takde special efek dah ha ha

cikwawi ~ la la laaaa *mode suka hati dah*

tyha ~ buffet depa bleh tahan gak banyaknya. tapi tak mkn steak pun. the closest i took was lamb chop.

myza said...

am happy for you too :)

julie.yaacob said...

happy belated birthday & anniversary!! saya nyer anniversary ke-6 semalam, tapi belum sempat celebrate.. tu pon sib baik saya yg ingat.. he he.. man is always man..