Pejam celik, pejam celik, anak sulung saya dah pun menamatkan Tahun 1 sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Terasa baru semalam, saya dan Tebby mengantar dia memulakan hari pertama. Diikuti dengan perasaan cemas, bimbang, risau yang tak tentu hala bilamana dia mula naik bas sekolah ke sekolah agama. Pergi dan balik. Ya kawan-kawan, cuma kurang lebih 150-200 meter sahaja jaraknya tapi, tapi... susah nak gambarkan perasaan seorang ibu. Tambah-tambah pulak ibu jenis pathetic dan paranoia macam saya nih.
Selepas setahun, saya boleh concludekan dia so-so di sekolah. Subjek yang dia suka i.e. Bahasa Inggeris dan Sains, cukup baik markahnya. Paling sedikit is Math. Peratusan exam akhir merosot 10% dari exam pertengahan tahun. Saya meletakkan sebahagian besar kesilapan dan kelemahan pada diri saya sendiri. Tidak konsisten, tidak cukup masa mentelaah bersama-sama. Ya kawan-kawan, kadang-kadang si Kakak tidak buat homeworknya. Saya pun tak perasan. Teruk kan.
Apapun, moving forward, dalam masa bercuti 1 1/2 bulan ni, saya cuba mengajar semula Math. Yang basic-basic pun saya ajarkan. Mengira 1-10. Addition with maximum 10. Nampak remeh tapi saya percaya kalau foundationnya lemah, susah untuk dia memahami yang lebih kompleks nanti. Kalau tengok buku-buku anak-anak sekarang, walaupun Tahun 1, terasa mudahnya zaman-zaman kita dulu. Ibaratnya, kalau kita dulu..
3-1=2
tapi sekarang
One less than 3 is 2
Ya kawan-kawan, the key is kefahaman.
And I wish I could spend (more like I should have spent) more time mentelaah dengan dia. Saya tidak boleh meletakkan alasan kesibukan saya bekerja untuk kelemahan Kakak. Dan Kakak menjadi mangsa kesibukan saya.
Coretan sekitar hari pertama Kakak awal tahun dulu. Basi, kan. Sekurang-kurangnya masih dalam tahun yang sama kan kan kan.
My Princess, lining up masuk ke kelas.
In all new uniform, with new school bag.
(bag itu sekarang harus dibuang saja, memang hancus sudah!)
Barisan murid tahun 1 2008.
Para ibubapa dan penjaga yang sarat dengan harapan.
SKBTHO (2) menerima 400 orang murid tahun 1!
Ramai, kan? Sangat...
Sesi
'stalking' pertama.
To make sure she did as told.
Masa nak balik, pegi kantin dan tunggu hingga Maksu (pengasuh di Atfal Sayang) datang ambik.Jangan pergi mana-mana.
She did as told.
And she caught us hiding behind a pillar.
Tiang tak cukup besar nak sembunyi En Tebby and the then pregnant me.
Lepas tu stalking dia naik bas ke sekolah agama.
Then nyorok lagi tengok dia naik bas balik dari sekolah agama.
Esoknya tengok dia pegi sekolah dengan ditemani Siti.
Kan saya dah kata saya ni pathehic dan paranoia..
Jem.
Masa ni sesi pagi berakhir dan nak mula sesi petang.
Ya Tuhan, ngalahkan Jalan TAR time2 nak raya. Seriously.
Sampaikan guard yang sepatutnya menjaga kawasan rumah tu, menceburkan diri jadi polis trafik lah pulak!
Moving on about cuti sekolah ni.
We haven't really planned anything (in definite) yet at this point. Yang pasti seminggu dua sebelum saya ke Langkawi, saya akan hantar Kakak to spend sometime dengan atok dan wan di kampung. Psstt.. atok dan wan dihadiahkan TV 32 inci, Kakak tak sabar nak kongsi sama!. Masa menjemput Kakak nanti, dijemput sekali atok dan wan untuk peneman anak-anak saya sepanjang saya ke Langkawi. Weekend berikutnya baru hantar semula atok dan wan ke kampung. Saya juga ada rancang untuk ke Melaka / Port Dickson. Just weekend getaway. Overnight trip to enlighthen the kids. Kalau semua orang sihat, insyaAllah.
Oh ya.. selalunya kalau cuti sekolah ni traffic less heavy kan. So... setelah setahun 2 bulan tidak drive ke ofis, pagi tadi saya telah drive ke ofis. Masih bertemankan En Tebby. Ada ke patut En Tebby suruh press minyak kasi laju-laju. Isk isk isk. Ya kawan-kawan, kami sampai in one piece, saya punch in exactly at 8.30a.m. Siap singgah makan nasi lemak kat Pantai Dalam lagi...