Thursday, December 25, 2008

Cuti Cuti Melaka




Seperti dirancang, kami ke Melaka hari ini. In fact, saya sekarang updet blog di bilik hotel kami di Renaissance. Cadangnya tadi nak keluar sightseeing tapi Iman dan Adam dah melepek kepenatan. Sudahnya duduk dalam bilik sajalah. Dinner pun terpaksa in-room dining.

Kami sampai di tol Ayer Keroh sekitar 11 pagi tadi. Mengikut rancangan, kami ke Zoo Melaka sebagai destinasi pertama. Sangat ramai orang okay. Kereta pun kami park kat tepi jalan saja sebab parking memang dah penuh. Kakak, Iman dan Adam happy. Especially Iman. Walaupun banyak binatang yang dia takut, dia tetap menjengah kandang demi kandang. Masa kami tengok panther (thru glass wall), panther tu siap jilat2 bibir dia and unexpectedly tiba-tiba dia menerpa. Iman kat depan sekali time tu. Apa lagi, cukup ligat kaki dia berlari, walaupun sekadar berlari di tempat yang sama! Kami agak rush masa kat Zoo. I think Adam is allergic to somekind of animal kat zoo tu. Matanya jadi merah dan bertahi. Bila balik hotel, baik dah. Iman, he made my heart melt at one point in Zoo. He uttered his 2nd 3-word-sentence. Dia takut nak pegi dekat area tortoise. I coaxed him. Alas, he said ‘takot. nanti. keket’ (takut, nanti gigit) sambil tangannya dibuka katup buka katup. Owhh… sukanya saya. Kalau nak ikutkan, Zoo Melaka is better than Zoo Negara (I think), cuma yang jadi masalahnya ialah tak stroller-friendly. Bumpy ride. Udahlah stroller Adam tu set-set ViVa aje, bukan 4wd!


Perjalanan dari Zoo Melaka ke Renaissance tak begitu lancar. Congested. Nasib baik kami jumpa hotel first try. Kalau sesat time jem macam tu, tak ke haru. Check-in took quite sometime. Orang ramai sangat. Siap jumpa Santa Claus dok distribute gula-gula. While waiting in line, Tebby dukung Adam. Cik Mat senyum menawan tu biasalah meramahkan dia kat orang ramai. Nak tak nak orang pun terpaksa senyum dan tegur dia.

Belah petangnya kami tak ke mana-mana. Just turun swimming pool, or rather waddling pool sebenarnya. Makanya kami semua merasmikanlah swimsuit baru masing-masing. Iman mula-mula takmo pakai swimsuit one-piece dia tu tapi lepas dipujuk-pujuk dia setuju. Cuma dia tak berani nak tenggelamkan badan sampai dada. Sampai pinggang pun dia dah ‘takot’ ‘takot’. Kakak had splashing fun happy time. Punyalah susah nak ‘tangguk’ keluar budak-budak ni. Mula-mula lap Iman. Lepas tu lap Kakak. Bila siap lap Kakak, tengok-tengok Iman dah masuk semula dalam pool.


So far so fun. I hope the rest of our cuti-cuti Melaka is gonna be fun as well.

1 comment:

sikulat said...

wah syok jalan2 melaka. Hehhee.. saya yang orang melaka pun tak pernah melawat melaka.. ahhahaha...