Thursday, December 11, 2008

Honeymoon!

Sebetulnya saya dan suami sedang honeymoon sekarang ni.

Not by choice.
Neither by chance.
Terpaksa.

Anak-anak terpaksa ditinggalkan di kampung. Atfal Sayang ditutup seminggu.

Kakak rela. Memang dia dah lama merengek nak balik kampung. Memang dia begitu, kalau ada cuti panjang aje, nak tinggal dengan Atok dan Wan. Nanti Atok bawak dia round naik moto keliling kampung. Nanti Wan bawak dia pegi kebun kutip cili. Dia suka.

Iman diberitahu banyak kali tapi he acted indifferently. Ye lah, dah dia begitu kan. Tapi tetap saya inform beberapa kali. Cuma waktu saya nak bertolak ke KL, saya cha-alif-but. Kereta dah parking kat luar pagar. Kalau dia tengok saya bertolak nanti, harus dia meraung-raung dan akan menyebabkan saya meraung sama (inside, I did). Dengarnya, lepas 1/2 jam saya berangkat, dia cari saya. Dalam bilik air. Kat balkoni. Kat bawah. Semua dia siasat. 20 minit dia melalak lepas gagal mengesan lokasi saya.

Adam pulak, sebelum saya tinggalkan, dah siap mandi, makan dan minum susu. Rindunya dengan senyuman dia. Kalau dia ada, pagi-pagi sebaik bangun tidur, mesti dia senyum. Dengarnya, baby saya yang sorang ni menangis-nangis tengah malam mencari Umminya. Disuap susu botol, dia nyonyot aje. Bila dah habis, sambung nangis. Manakan tidak, hampir 7 bulan tidur bawah ketiak Ummi, tiba-tiba Ummi takde. Nasib baik cuma satu malam saja. Malam-malam berikutnya, dia tidur lena.

Rindunya. Kalau diorang ada, mesti dengar aje kecoh-kecoh berebut channel TV Kakak dengan Iman. Mesti dengar suara Iman mengomel sebab Adam cubit kaki dia. Mesti sibuk kami kejar Adam dari menyelinap kat ceruk-ceruk sofa.

Tapi.. tapi...

Kesempatan yang ada jangan disia-siakan. Inilah masa nak berdua-duaan. Nak berdating bagai. Nak pegi makan kat luar sama-sama without having to take turn to eat. Call us opportunist in this case, memang pun.

Mula-mula sekali, sesampainya kami di KL, pegi menyerang Seafood Terminal di Hulu Klang. Dulunya di Kampung Pandan. Last kami pegi hampir 6 tahun lepas. Masa tu Kakak tak pandai berjalan lagi. Dah lama kami berangan nak pegi tapi keadaan tak sesuai. Lokasinya dekat Club House, ada swimming pool. Konsepnya pulak 3-in-1 - Grill, Steam and Boil. Bahaya dengan anak-anak seperti anak-anak saya. Alkisahnya masa kami pegi tu, cuma kami berdua saja customernya. Mungkin lokasi berhampiran dengan Bukit Antarabangsa yang buat orang ter put-off nak ke situ.








Hari Selasa lepas kerja, kami ke MidValley. Misinya mencari barang-barang sekolah Kakak. Tak banyak sebab nak top-up apa-apa yang patut aje. Diam tak diam berjalan, pukul 9.00mlm baru kami dinner. Lepas scouting around, kami makan di La Manila. Tebby can be very-very choosy about eating. Selalunya dia suruh saya pilih, last-last dia decide sebab asik tak berkenan dengan pilihan saya.

Semalam pulak, nasib tak baik. Plan saya nak shopping barang-barang keperluan peribadi. Akibat berlengah-lengah kat ofis, pukul 5.50ptg gitu, GM mintak hadir sama meeting pada pukul 6.00ptg. Makanya meeting habis pukul 8.00mlm. Solat Isyak dulu. Lepas tu kami berdating ke Kampung Baru. Hajat dihati nak makan Nasi Bubur. Lepas berpusing-pusing cari parking kosong, tup-tup kedai tu tutup lah pulak. Last-last singgah kedai lain. Pukul 10.00mlm baru dapat makanan yang kami order. Sampai rumah pukul 11.00mlm.


Anyway.

Masa balik kampung ari tu, kami bawak Iman pegi Pekan Sehari di Temerloh. Orang Temerloh panggil 'Pekan Sari'. Sedari kecik lagi saya mengunjungi Pekan Sari ni. Lokasinya betul-betul di tepi Sungai Pahang. Iman pulak excited nak tengok sungai. Diheretnya saya ke tambatan (tempat bot mendarat. kan dulu perahu kena tambat. walaupun sekarang dah tak tambat, nama tu melekat. cam kita lah, dulu orang panggil comel sebab kita comel masa kecik-kecik. sampai tua orang tetap panggil comel walaupun dah tak comel he he). Alang-alang dah sampai kat tepi tu, baiklah saya snap gambor sikit. Sayang cuaca mendung sikit.







Esok balik kampung. Ambil anak-anak. Walaupun ini bermakna honeymoon kami tamat, it is something we look forward to.

8 comments:

aida said...

eventhough my 2 kids are at kampung rite now.. fahri is with me, tgh sakit mata tu

dating dating tak sempat, melepek lebih si fahri ni

oren said...

ari tu MIL ada la nak amik si kakak bwk balik Pahang..tp saya tak bagi, sbb nampak cam pilih kasih pula..apsal dia takmo amik yg the 2 heroes? last2, sapa pun tak yah ikut..semua duk bwh ketiak saya jek..hihii...

ps: sejak kawen, sampai anak dah masuk 3, kami belum pernah gi honeymoon..

ummi said...

aida ~ sian fahri. bisul mmg haru. boleh sampai tak tdo malam tu.

oren ~ oh begitu. kalau kami pulak, mmg si Kakak ajelah nak balik. yang 2 tu susah sikit. Iman tu kan begitu, Adam pulak nyusu badan. ni mmg kira kes terpaksa lah. rindu sgt kat diorang.

Farra said...

waduh..tak menangis ke tinggalkan adam? mahunya saya yg banjir

last week 1st time honeymoon 1 mlm jek..anak2 nak tidur umah mak..tapi belakang umah je hihi

ummi said...

farra ~ inside im crying hu hu. ni kira honeymoon kat rumah aje lah pun. bukan pi mana2. cuma dapatlah pg makan kat tpt2 yang dah lama teringin tp tak dapat tu.

ummi said...

farra ~ inside im crying hu hu. ni kira honeymoon kat rumah aje lah pun. bukan pi mana2. cuma dapatlah pg makan kat tpt2 yang dah lama teringin tp tak dapat tu.

CT said...

bestnye... i never did that yet... cuma last week, 1 mlm my kids kena tinggal coz i went to team building. tu pun parah sbb my dotter melalak over nite sbb tak dapat nak direct feed with me sampai kena tido kat buai the whole nite...
tapi actually we need the intimate time with husband kan, alone without them... bukan to deny them but to build back our relationship. cuma tau je la deep inside, tak sampai hati pulak...
by the way, u're from temerloh ke, my MIL org sana... kat kerdau... we still go back there once a while. this coming krismas nak pegi sana sbb my hub's kezen getting married.

ummi said...

ct ~ exactly where my parents' house is! kampung apa? mail me abrozila [at] tm [dot] com [dot] my