Sunday, December 13, 2009

Dating - The Storm Warrior

poster credit to www.thestormwarriors.com


Adoiyaiii.. bukan anak dara je tak elok berembun dek non oii. Mak dara ponn tak elok. Malam semalam pi tengok The Storm Warrior kat TGV belakang rumah Kak Mon ni ha. Tengok midnight kekdahnya. Bukannya nak sangat midnight bagai tapi kena tunggu anak-anak dah settle down i.e. dah tidur, baru boleh keluar. Book love-seat, nak duduk ala-ala manja le konon.

Show habis dekat kol 2.00 pagi. Pas solat Subuh, tak larat nak masak, nak makan atau nak buat apa-apa ponn.. nak barinnnggggg je manjang....

Cerita tu tak seperti ku jangka. Tak mencapai level yang ku harapkan. Plus plotnya agak serabut sikit. Pastu banyak plak 'lawan ala batin' ni. Kalau dihayun-hayun tangan, makanya beribu-ribu pedang berhayun sama. Kalau dihayunkan pedang, makanya pecah le batu-batu kat keliling kawasan tu walopun warriornya statik saja. Kuasa batin tahap tertinggi le kot.

Nasib baik hero-heronya boleh tahan hensem..
.
.
.
.
.
.

Tapi hero kat sebelah saya lagggiiiiiii hennseeeemmmm tawwwww...



kol 2 lebey dek nonnn!! baru sampai rumah.