Thursday, December 10, 2009

Bukit Gambang Resort City 6-8 December 2009 - Part II

Kali ni acik nak cerita pasal waterpark pulak yek. Nak kata besar cam Sunway Lagoon tu idak le. Nak kata kecik sangat pun idak le. Sedang-sedang aje kot. Kalau besar pon, alamat letih acik kena melayan budak-budak ni ke hulu hilir.

Entry fee nya RM19.90 untuk dewasa, kanak-kanak (tinggi >90cm - 12 tahun) pulak RM12.90. Adam free. Ye lah, dia pon bukannya main sangat.. kencing dalam kolam je kot ha ha ha. Waterpark ni kami pegi 2 kali. First, barely minutes after settling in our room. Budak-budak ni meng-irritate makpak nya sampai tak tertahan lalu pegilah jugak pada petang (6 December) yang berbahagia itu. Time ni kami meng-utilisekan tiket-tiket free. Esoknya (7 December), lepas breakfast pegi lagi. Time ni takde free-free dah, kena bayo okay. Oh ya, parking di waterpark ni free aje. Kalau takmo susah-susah cari parking, bolehlah bersusah-susah berjalan kaki dari hotel ke waterpark. Dengan angkatan acik yang tak reti diam, kami naik keta. Tak sampai 2 minit dah tiba he he.

As kebanyakan tempat, no outside food allowed kecuali makanan Adam. Tu pun lepas kena soal siasat. Tapi makanan tu Iman yang makan he he. Untuk rent pelampung ke, beli food ke, beli air ke atau sewa cabana ke, (nanti acik ceritakan apa ke bendanya ni) semua guna konsep prepaid. Once loaded in your tag yang kat tangan tu, bolehlah berbuat apa saja yang perlukan duit. Memandangkan En Tebby volunteer tag kat tangan dia, makanya isteri mithalinya ini dok 'yanggg,... tolong beli hotdog' atau 'yangggg, hauussss laaahhh'. Bila lagi kan? Shower, toilet, which are everywhere, adalah free. Cuma bawak towel dan sabun sendiri yek. Oh ya, untuk unutilised balance prepaid itu, boleh claim kat tempat beli tiket nun.


Cabana tu sebenarnya pondok. Iya, acik ni pentingkan keselesaan so we rented a cabana on the second day. First day tu berlonggok kat bench basah-basah dan bersepah-sepah sama selipar, towel, baju mandi dan segala mak nenek. Nak sewa cabana pon, sekejap sangat before closing time. Lagi satu kena lah considerate kat Bibik Ros saya yang kena menunggu beg, stroller (acece.. macam le ada yang terliur nak cilok stroller senget tu he he) dan Adam. The cabana we rented came with a lunch set (which is too small for our gastronomic appetite dan harus di top up dengan hotdogs. Lucky thing food sangat affordable di sinun) dan 2 keping tilam. Adam siap tidur-tiduran lagi dalam tu lepas bermandi-mandian. Oh ya, cabana tu ada 2 jenis, bergantung kepada lokasi. One is Penguin Cabana (which is near Penguin Island) and another Coco Cabana (as the name goes, dekat dengan Coco Beach). We rented Penguin Cabana sebab dekat dengan tempat anak-anak saya suka main.


our cabana for the day

Ni Penguin Island. Untuk kanak-kanak sebenarnya tapi sebab keberanian acik setakat sama cam kanak-kanak, ini adalah salah satu tempat acik bermain-main he he. Slide yang acik naik pun adalah yang paling rendah hu hu. Nampak tak ikan besar tu. Air masuk dalam mulutnya then bila penuh, ikan muntahkan air sambil ditunggu dek orang ramai kat bawah tu.. termasuklah suami saya. Sakit jugek katanya kena timpa air.. sib baik acik dok jauh-jauh.. takat level kena tempias jek ha ha.


Hak ni plak Coco Beach. Punya lah ramai umat sampai rasa cam nak tangguk keluar jek. Yang ni ala-ala berombak. Makin jauh ke sinun, makin dalam. En Tebby sewa pelampung. Dia dengan Kakak bukan main lagi berulang-ulang mengerjakan Coco Beach ni. Sampai lupa acik yang kena tunggu Adam kat birai air sama Iman yang berani main kat parit tepi nun jek...

time ambik gambor ni, umat tak berapa ramai lagi


Iman main air kat parit ni jekkk *sigh*


Adam kat birai air. Tu punnnn nak Ummi pegang tangan...

Hak ni plak kat Kids Slide. Si Kakak berkali-kali naik slide. Sambil tu abahnya ambik kesempatan meneman (sambil beriya-iya main sebenarnya) he he. Sampai le si Kakak berani turun naik sendiri. Kat sini ponnn saya cuma dok kat birai air je sambil neman anak-anak jantan saya hak berdua tu.

they really had fun u ols

Tebby coaxing Iman to jump in...
tak berjaya jua

Owh Iman. Kaki te doh betul dah ngotek. Keknya kat air toho. Mana le mboh bergerok Iman oiii!
(baca dalam loghat Pahang)

sorang lagi suka dok kat birai air

Ada lagi rides / waterplay lain tapi tak sempat nak discover. Not when Iman dok ngikut bontot maknya tapi takmo masuk air atau main slide. Kang kot dia menggelepar kang, tercicir atas slide, susaaahhhhh dibuatnya. Nak tengok rides/waterplay lain, tengok kat sini.

Walopun acik tak main beriya-iya mana pun, kulitku tetap menten sunburn. Months of my beauty regime washed down the drain hu hu. Tapi anak-anak happy, Ummi okay je lah. Beauty regime can be started all over again kan but the time spent dengan anak-anak cannot be turned back right.

Okaylah, untuk waterpark banyak ni je acik cerita-ceriti. Nantikan Part III pulak untuk aktiviti lain. Kalah orang pegi obesi seminggu dek nonnn oiiiii!!!

2 comments:

Ira said...

wow! bestnya theme park ni kak..
boleh la try pegi lepas ni.. otw ke kuantan kan? bape jam dr kl?

stalker said...

hahaha....sonot baca citer sis ni..
mengekek ngekek gelak..
org sebelah siap ingt diriku kureng siuman ajaa..hehe