Apapun, sampainya dia kat rumah, saya lega! Selain kisah kemalangan Bibik Ros, ada kisah-kisah lain yang tak sesuai saya perkatakan di sini, telah berlaku. Kepulangannya, walau tak menyelesaikan semua masalah, sudah cukup melegakan saya. Walaupun semua diluahkan thru sms dan phone calls, ianya tak sama dengan kehadirannya secara zahir di sisi.
On a lighter note, anak-anak cukup banyak dapat souvenir. Especially baju-baju. Osh Kosh gitu. Kalau di Malaysia, alamatnya, dengan jumlah helaian yang dibawa pulang, mungkin cukup menyebabkan saya ikat perut barang sebulan! Tapi di Hong Kong, kena pulak dengan Chrismas sale, merasa jugaklah anak-anak saya berbaju Osh Kosh.
Untuk saya? Asalnya saya nak jeans 2 lai. Jeans sedia ada dah tak muat. Iya, tak muat. Walaupun kawan-kawan kata saya masih berbentuk asal, ketahuilah u ols, i ols sekarang dah 51kg berbanding beberapa bulan lepas cuma sekitar 46-48kg sahaja. Tebby kata jeans kat sana hip-hop sangat. Kot saya muda remaja takpe jugak, ini mak orang anak tiga. Pulak tu, I am 35 and I look 35. Tapi saya dapat purse.. same long purse tapi kecik sedikit dari purse saya sekarang. Mungkin suami saya mahu saya letakkan duit sedikit dalam purse dan selebihnya tinggalkan di bank sahaja!
Anyway, my parents are here sampai Rabu. Anak-anak cukup gembira bila Atok dan Wan datang. Bibik Ros pun cukup ceria, walau tangan masih cedera. Katanya dia senang dengan mak saya, they have things in common especially bab-bab bercucuk tanam ni. Layan je lah kann..
No comments:
Post a Comment