Saya dilanda musibah! Tidaklah direct kepada saya tetapi kepada salah seorang isirumah saya. Bibik Ros tangannya melecur! Biar siapapun dia, atas dasar kemanusiaan, saya perlu ambil berat.
Sebetulnya hujung minggu lepas dia ada berbuat sesuatu yang cukup menaikkan kemarahan saya. Saya tegur secara baik walau dengan nada suara yang dia tak pernah dengar sebelum ini. Selepas itu, saya jadi agak distant. Bila tangannya melecur 2-3 hari kemudian, mana mungkin saya jadi distant lagi. Dia pun seolah tak mau 'cari pasal' lagi, mendiamkan diri hinggalah saya membuat panggilan ke rumah. Baru diceritakan.
Katanya waktu itu nak menggoreng ikan. Mungkin api terlalu besar, mungkin minyak terlalu panas, sebaik ikan dimasukkan, api menyambar lantas kuali terbakar! Panik, with her bare hands, dia tarik kuali dari dapur. Bimbang merebak ke tong gas katanya. Minyak panas tumpah kena tangannya. Si Seri (bibik sebelah) datang tolong mopkan lantai bergelumang minyak, Kak Ton (bibik belakang) pulak tolong selesaikan membersihkan kuali yang legam. Kain alas kaki pulak beyond repair. Penuh minyak dan kesan terbakar. Sebelum balik rumah, singgah di farmasi, belikan gel sejuk dan plaster atas saranan pharmacist di situ. Balik rumah saya tanya dia, sakit kah? Takkkkkk... sikit aja. Kejadian itu berlaku hari Selasa, hari Tebby berangkat ke Hong Kong/China. Aduhai...
Saya tengok tangannya beransur sembuh. Sehinggalah petang semalam. Tangannya yang cedera ditumbuk Iman. Sebenarnya Iman nak debik Adam. Bibik Ros halang, kena tangan dia. Berdarah. Katanya denyut-denyut sudah.
Pagi tadi saya bawa dia ke klinik. Doktor kata serius. Direfer ke hospital. Dr takmau berikan apa-apa rawatan tapi saya insist lukanya dibersihkan dulu. Doktor bimbang kalau sudah dicuci, hospital tak mau terima kes. Lepas dibersihkan, diberi antibiotik. Saya call SIL di Kajang minta bawakan Bibik Ros ke hospital. Nama pun mintak tolong, when my SIL kata nak bawak ke KPJ Kajang, I accepted aje. Beggars cannot be choosers. SIL yang baik hati nak tolong pun dah besar rahmatnya. Anyway, tak lama lepas tu, SIL and Bibik Ros came back. Katanya doktor takde and they were asked to come back esok, belah pagi. Yang menjadi kehairanan kami, apa takde doktor on-call or MO di A&E kah? We're talking about a private hospital here.
Apapun, esok my SIL yang tadi tu berlepas ke China untuk bercuti. Tebby dah mintak tolong my other SIL, Achik to come and hantarkan Bibik Ros ke KPJ Kajang. Harap-harap kali ni dapat layanan seeloknya.
Apapun, saya panjatkan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi, walaupun ketiga-tiga anak saya ada di rumah pada waktu kejadian, seorang pun tak terlibat. Syukran Ya Allah.
2 comments:
kak, i can feel u... macam saya, camne marah sekalipun, after thinking of what she has done to my kids (ie: layan macam anak sendiri), boleh la sejuk balik...
Siti
alhamdulillah anak2 slamat..rezeki tuh
Post a Comment