Wednesday, December 09, 2009

Bukit Gambang Resort City 6-8 December 2009 - Part I

Ambik exit 830 ke Gambang yerr

Sebelum membuat keputusan untuk ke Bukit Gambang Resort City (selepas ini saya singkatkan as BGRC), I was weighing Bukit Merah Laketown Resort, Tiara Beach Resort, A Famosa Melaka dannnnnn kalau desperado sangat, Sunway Lagoon, among others. Keutamaan diberi untuk anak-anak bersuka ria. Jadi bilamana saya memilih, mereka diutamakan (macam ayat kempen apa tah kan). Pelan asalnya begini, balik ke Terengganu then on the way balik ke KL singgah di Kuantan (i.e. BGRC). Pelan ditukar bila Tebby cuma dibenarkan ambik cuti 2 hari sahaja. Ditambah pulak dengan banjir di beberapa tempat sepanjang jalan ke Terengganu pada masa tu, kami memutuskan untuk ke BGRC saja. Itupun, saya telah meng-irritate budak kaunter BGRC dengan membuat confirmation paras air dan keadaan cuaca setiap kira-kira 6 jam sebelum berangkat ke sana. Kalau dah iya-iya nak pegi, lepas tu terkandas sebab banjir, tak ke naya kan.

Saya, selaku coordinator untuk banyak perkara di rumah, telah membuat tempahan Pakej 3d2n. Pakej termasuk penginapan di Family Suite Carribean Bay, breakfast, dinner dan jugak 4 tiket untuk dewasa ke water parknya. Kesemuanya RM898. Ada jugak pakej-pakej lain bergantung keperluan anda. Boleh lihat-lihat di sini. Tempahan boleh dibuat melalui phone call. Belum ada yang online di web.

Apapun, anak-anak sangat excited untuk bercuti. Berkali-kali ingatkan saya baju mandi depa tu jangan lupa. Oh ya, selain coordinator, saya juga bertugas sebagai tukang kemas beg. Berat woo tanggungjawab ni. Asal ada benda tertinggal, all eyes on me he he. Selain benda-benda wajib cam pakaian dan makanan, saya wajib ingat ubat-ubatan termasuk minyak urut, inhaler dan serombongnya, spare puting nyonyot Adam. Termasuklah plaster, sunblock dan juga sabun bekas kecik untuk mandi lepas main kat water park. I'm a heavy traveller kalau dengan family, hence the Alphard hu hu.

Okay sebelum acik merepek yang bukan-bukan, meh cerita pasal percutian hari tu.

Kami pergi 6/12/2009, hari Ahad dan balik ke KL 8/12/2009 hari Selasa (Rabu 9/12/2009 acik MC kepenatan, hidung sumbat, demam dan batuk teruk). Kami menginap di S1-4-17. No 4 kat tengah tu menyebabkan acik terkulat-kulat confuse sebab itu tingkat 4 tapi kat lif kena tekan 5. Nak kata ada G... memang ada tapi LG pon ada. Oh ya, nak check in kena ambik nombor macam kat bank. I like sebab boleh elakkan jenis-jenis manusia yang tak reti ambik turn dan selamba kodok je potong Q. The place, it's more to an apartment rather than a hotel. At least bilik yang saya ambik tu lah kan. The suite has 2 rooms in it. Each room ada washroom sendiri with water heater and ada 2 supersingle beds. Note of caution, sila bawa syampoo, berus gigi, ubat gigi sendiri sebab depa cuma bagi sabun mandi 2 ketul saja. Kat living area ada kosi nak duduk-duduk, TV and ada small cabinet dapur untuk acara buat kopi/teh dan merangkap gobok simpan mananan yang ku bawak dari KL. Satu tabiat saya, walaupun di hotel, saya akan susun barang-barang macam kat rumah i.e. baju masuk gobok, toilettries saya susun kat toilet, makanan saya bubuh elok-elok dalam kabinet. Acik nak jadi ala-ala makcik Desperate Housewife tu.. apa nama dia Bree kot. Each room comes with its own balcony. Balcony ada set kosi ala-ala menghirup teh di waktu petang sambil melihat permandangan kat luar. Bagi orang yang sempoi macam saya, dah cukup cosy dan selesa untuk kami anak beranak (dan Bibik Ros, kami bawak dia sama). Jom layan gambar bilik dulu okay..

Permandangan blok lain dari blok tempat saya menginap.

Our room. Kat luar tingkap nun buleh nampak horse (and pony) stable.

Bilik ayor. Shower kat depan toilet tu.

Living area dekat2 dengan pintu masuk.
Got kabinet sama dining table.
Nampak acik dah susun kasut bawah kabinet tu??

Living belah nun pulak.
Setelah di ID oleh Tebby i.e. semua perabot tolak tepi kasi luas.
Toto tu bawak dari rumah.
Tu Kakak dengan Iman tengah sembahyang.. sejuk perut aii taww.

Botol susu, botol air, flask.
I'm a heavy traveller okay.
Sometimes I wish I still breastfeed.. sonang takyah nak mengangkut bagai
.

Bahan makanan. Kot-kot lapau tetengah malam kang. Takde room service hak boleh pesan-pesan makanan dari bilik okay.

Lif confuse. Nak naik tingkat 4 kena tekan no 5 yerrr...

pets - checked. no.
durian - checked. no.
mangoesteen - checked. no.

Haihhh... belum apa-apa lagi, entry saya dah panjang berjela. Another thing I love about this place is its swimming pool. Cukup luas, bersih dan cantik. Ada pool for adults, which paras air sampai dada orang dewasa. Ada kiddy pool yang besar dan 2 waddling pool untuk kanak-kanak macam Adam. We did not have a dip until the last day sebelum balik ke KL. Tebby was hesitating pasal takut sampai lewat ke KL tapi sudahnya pakcik tu yang beriya-iya kuak lentang segala *eyes roll*.

Saya? Di tepian sambil bergaya-gaya ayu main air sama Adam. Biasalah, level ibu-ibu gitulah kan. Kakak macam biasa, menduyungkan dirinya. Iman, I have to congratulate him.. akhirnya dia berani masuk pool dan berendam sampai paras dada. Kalau tidak, dia cuma main rendam-rendam kaki aje. Adam pulak was so clinging. Acik nak bercosy-cosy sama Tebby kat pool adult sana ponnnn tak boleh. Manjang nak ikut bontot mak dia nih.

Anak-anak sama Bibik Ros.



Pool dewasa. Kat tengah tu En Tebby saya tu.

Dari pool kanak-kanak. Kat hujung berdiri sorang2 tu ialah Iman. Belakang Iman tu one of the 2 waddling pools they have.

Kolam kanak-kanak.

Iman dan Adam dalam waddling pool belah sini pulak.

Attack of the son ha ha ha


Uihhh dah panjang dah ni. Untuk water park dan lain-lain tu nanti ku buat entry lain pulak lah ye. Nantikan Part II okies..


6 comments:

oren said...

samalah ngan saya..kalo g hotel utk training, mesti kosongkan beg, susun baju dlm lemari, simpan kasut dan slipar semua..kalo travel ngan bebudak nih, susun siap2 termos, botoi ayaq, botoi susu blaa..blaa..blaa..

syok eh tgk pool tu..kalo dpt kat anak2 saya, ada yg takmo balik rasanya..

stalker said...

waaaa...bestnya part kolam tu..! rasa mcm skang jugak nak pegi..saya ni suka berendam dlm kolam walaupun umo tu dah tak berapa nk muda dah..hehehe

ummi said...

oren ~ kalau dah tabiat tu kan, susah hati kalo tak buat.. hak pool tu kan... susah woo nak tangguk sorang-sorang keluar. satu keluar, satu masuk semula ha ha ha

stalker ~ acik tak kira dah umur yg tak berapa nak muda ni. sokmolah buat2 alasan jaga anak kat kids pool sbb maknya tak reti berenang hu hu

Anonymous said...

wah..bestnya..kolam pun ok.tp minggu depan baru aku nak cuti2 malaysia.

-mek-

Farra Da Smiley said...

knape salu tade gambar ummi?? i nak! ehehhe

sy tak kuasa nak kuarkan brg2 dr beg n susun elok2

saluny akalau cuti sy ambil kesempatan utk memalaskan diri contoh: tak kesah nak letak baju tang mana, sofa senget benget etc haha

tak kuasa nak kemas2...sbb kat umah asik berkemas saje

ummi said...

mek ~ syok ooo. cam yg aku citer masa ko kol aku tu lah

farra ~ akak? biarlah rahsia ahaks! meh dtg tkt 14 ni, jumpa in person. siap buleh nampak parut jerawat kat mana he he