Thursday, December 31, 2009

Last Entry 2009

End of 2009. How time flew, before I knew it, it is 31st December again. I am actually on leave but need to come to the office to settle few urgent matters PLUS, to pick up items my frens helped me buying. USANA Essentials & Proflavanol and tudung hanger from IKEA.

Ada 28 slot u olsss. Apakah ini bermakna salah satu resolution Kak Mon ialah mendapatkan 28 tudung baru? Oh nooooo!!!


Tebby took a 1/2 day off and we went to MidValley to date and to shop, to eat and to indulge. We're planning a small BBQ treat within our nucleous family. BBQ pit from Ace, beef, lamb, chicken, prawns from Carrefour. After loading the loot in the car (which we had tough time to find a parking bay), proceeded to Borders for some books. Tebby found none while I, who never fail to drain my money anyway, bought 2 books. Cook books to be exact. After Borders, we had coffee, toast and cheong fun. Bought Durian Pancake as well, much to Tebby's irritation he he. FYI, he doesn't like the smell, let alone eating it.


What do I think of 2009? I have a few thing to jot down. Esok ya.. Malam ni saya busy mem-prepare bahan-bahan untuk BBQ. Entry BBQ pon esok ya...

Happy New Year.
May next year be a better one that the ones before.

Monday, December 28, 2009

Dandan Diri (Lagi???)

Acik tak habis-habis lagi alkisah berdandan diri. Itulah akibatnya bila ada bibik, I have ample time untuk membelek diri sendiri. Since she's here, acik dah start religiously makan jamu, makan bitamin, buat homemade juice, menscrub badan, pakai mask muka, menempek krim sebelum tidur et cetera. Over kan? Hasilnya? Too soon to tell. Acik ni plak dah tua, apa-apa pun lambat nak lut hu hu. Apapun, kelemumur acik makin kurang (sebab kurang stress kot?), kulit acik makin supple tapi takdelah cam budak belasan tahun dek non sekalian yer. Cuma.. cuma... gendut perut acik ni ha... masih boleh tahan besarnya. Yang itu walo di mask, di scrub dan segalanya, hanya akan kempis kalo exercise kan. Ada tak acik mention pasal exercise dan entry ber-tag 'Dandan Diri'? Takde kan :P. Hint - Yangggg... I nak beskallll!!!

Okaylah, let's see my latest catch at Skinfood.


1. Oat Cinnamon Rich Foam - Dah ada Milk Mania Washable Cleansing tapi acik gatai jugak beli hak ni. Pakai alternately lah kononnnn...

2. Salmon Brigtening Eye Serum - Nak hilangkan dark circle dengan fine lines. Tapi acik rasa mata acik ni bukan tahap fine lines dah... dah masuk kategori broad lines dahhhh...

3. Fresh Juice Essence Mask Sheet - ni untuk orang yang malas nak 'selek-selek' bahan-bahan kat muka. just tempelkan sheet tu kat muka and biarkan dalam 10-15 minit. Acik lom jumpa time seswai nak pakai. Nanti budak-budak tu nampak alamatnya semua nak try jugak.. mana cukup weii sekeping nak share barang 4 orang..

4. Aloe Vera Bubble Cleanser - Ni beli untuk Tebby. Asalnya dia nak hak ala-ala BodyShop Tea Tree tu. Acik pi kat SkinFood ambik Peppermint range tapi kena hasut dek budak tukang jual beli aloe vera. Iya.. acik ni senang termakan hasutan bila masuk bab-bab membeli belah ni.

Pastu untuk rambut plak, hasil review yang memberangsangkan di forum ini (under thread Beauty & Fitness), acik telah tergoda membeli syampoo Bawang. Mati-mati ingatkan dibuat dari bawang (bayangkan baunya aje acik tak sanggup weiii), rupanya the correct way of spelling is Ba Wang. Berasal dari China. Packagingnya pun memang ala-ala dari Tanah Besar nunn. But I decided to try anyway. Acik takmo bank too much hope sebab dah macam-macam acik guna nak hilangkan kelemumur... never hilang sepenuhnya. I have used this for a few times, hasilnya.. well... agak memberangsangkan. Mintak maap, acik tak bleh letak testimoni bergambar yek. Kalau u ols nak belek-belek apa lagi syampoo yang ada, sila melawat web Ba Wang di sini.


Pastu kalau ada masa, acik membelai badan pulak hu hu. Since pakaian dalam dan tudung acik basuh sendiri, kadang-kadang spend banyak masa dalam bilik air kan. So sebelum memulakan my washing tu, acik lumurkan olive oil. Perapkan seketika kat badan. Then acik bubuh plak olive scrub (yang acik beli kat BodyShop beberapa tahun lepas :P). Pastu menyentallah kan.. Sebelum ni acik dah cuba scrub Mustika Ratu tapi naik gatal plak. Olive oil tu pun cap Mustika Ratu but it works just fine, takde gatai-gatai. Scrub Yoko pun dah try tapi beadsnya kasar, sakit kulit acik taww. I also tried yang beli online dalam peket2 tak berjenama tu... hasilnya acik tak berapa suka sangat. Furthermore ada bau rempah-rempah, En Tebby tak suka. Walopun mencantikkan diri untuk suami, kalo suami tido sambil tutup hidung pun tak guna jugak kannn...



Note of caution dari acik kat bawah ni. Ada 2 item: -
1. Semua review ni berdasarkan pengalaman sendiri. Should you try any products yang acik gembar gemburkan kat atas nun, at your own risk. Kalau ada produk yang acik tak suka tu, it's just me.. dengan dek non sekalian mungkin berhasil.

2. Despite all my dandan diri ni, I am a plain mother of 3, who's 35 and look 35. Jangan expect bila acik masuk lobi ofis, semua orang akan pusing kepala.. unless acik tergolek dog kat depan tu lah kan...

Apapun, kena istiqomah.. itu penting tawww.. No short cut, no magic spell.. (pinjam gambar magic wand Kakak)


Friday, December 25, 2009

Cuti Cuti Krismas


Cuti lagi! 2nd Friday in a row public holiday. Anak-anak resah ajak keluar. Hari ni tak boleh keluar pagi-pagi sebab Tebby kena pegi solat Jumaat. So kami keluar lepas Zohor. Ke MidValley, spot feveret. Mak datukkk!!!!! Keta punyalah banyak. Nak masuk parking pon berjela-jela, so we banked our hope on valet parking. Masa nak sampai ke area valet parking tu, saya dah buat plan B, kot-kot valet pon dah penuh kan. Alhamdulillah, masih kosong.

Masuk MV jek, mak oihhh.... ramainya orang!! Nasib baik jugak tak bawak Adam, kalau idak mesti dia jadi restless. First tempat kami pegi, Toys R Us. Iman pau Power Rangers satu. Asalnya dia nakkan Transformers 2 beradik yang harganya dekat-dekat seratur lima puluh ringgit malaysia. Acik buat dekkkk je. Last-last dia beli Power Ranger ketot tu.

Since we haven't had lunch yet, next destination ialah di sebelah Toys R Us --> Madam Kwan. I had Nasi Bojari, Kakak makan mi wantan acik-tak-ingat-nama, Tebby had kuetiaw goreng. Iman makan my Nasi Bojari sambil makan kuetiaw Tebby jugak.

Lepas tu kami ronda-ronda jap kat Center Court tu. Kakak beli Magic Wand. It was selling two-for-one so she took the pink one and kasi Bibik Ros yang biru. Perondaan kami akhirnya sampai ke BodyShop tapi hati acik tak tersangkut pulak. Then sampai ke SkinFood. Tebby, Kakak dan Iman, acik anto melepak kat tepi nun sat sambil acik shopping. I bought Oat Cinnamon Facial Cleanser, Salmon Eye Brightening Serum dan untuk ambik hari suamiku, Aloe Bubble wash for him. Untuk cukupkan pembelian sehingga dapat diary percuma, acik tambah Fresh Juice Mask Sheet (walhalkan diary tu pun belum tentu guna, plus, I already have one.. haihhhh....).

Sebelum beransur pulang, singgah kat Crispy Creme beli sedozen donut (yang sangat manis... ouccchhh!!! sakit gigi yang berlubang!).

Itulah saja kisah pengembaraan Kak Mon di hari cuti Krismas.

Oh ya, kalau ada yang nak tau, valet parking tu dekat luar area Delicious, between MidValley and The Gardens. The charge is RM10 per hour. Acik tak teragak-agak nak guna sebab kami jarang sangat berlama-lamaan. Paling kuat pun mungkin 2 jam sajer. Tadipun, bayar RM2 saja sebab Tebby dengan gigih menjawab survey yang dibuat dek MidValley. Jimat kan. Plus, dapat voucher Laksa Shack RM10.00. Walaupun Laksa Shack tak termasuk dining-out spot feveret kami, rembat jugak le. Sapa nak bagi kan..




Wednesday, December 23, 2009

Pengisian Cuti DiHari Rabu

Hari ni cuti. Cuti sebab kena bawak Bibik Ros pegi follow-up check-up di KPJ Kajang, pegi beli buku sekolah kebangsaan di Kakak dan bawak my parents pi shopping kat Jusco.

Okay, chronologically, saya pegi ke bookstore dulu. It opens from 9.30am to 2.00pm only. Saya sampai kira-kira jam 10.30am, selesai urusan a little more than 11.00am. Jenuh berdiri beratur. Kena pulak, pengiraan dibuat secara manual. Itu yang lama tu. Saya tengok saban tahun, itulah gaya yang sama digunakan. Jadi, masa untuk Q pun ditakuk lama jugak. Apapun, ada 2 buku yang masih belum sampai jadi saya kena datang lagi kendian (dan beratur lagi! oh no!!).

Usai urusan di bookstore, saya bawak parents saya ke Jusco. 2nd day of J-Card day, but still, umat punyalah ramai. Mula-mula belikan baju-baju basahan anak-anak dan kuali untuk gantikan kuali kemalangan yang dah selamat kena buang tu. Tengah saya Q tu, pakcik depan kasi saya bayar dulu sebab anak-beranak dia tengah dok belek barang lagi. Kesian pakcik kena jadi tukang beratur. Tengah nak bayar barang-barang saya, bini (iya, saya tulis bini sebab bini dia memang kasar) dia datang marah-marah sebab saya potong Q. Pakcik depan saya kata, u potong Q. Saya kata, kalau orang depan kasi pegi dulu, itu bukan potong Q namanya. Tak koser makcik nak melayan manusia-manusia begitu. Awat tak beli je robot sekor buat tukang beratur time shopping. Senang cerita. Tu tak masuk lagi kisah bila dah sampai kat kaunter baru nak check pinggan elok ke tidak.

Apapun, selain itu, saya berjaya membeli 2 lai jeans (yezzaaa), 2 lai seluar bersantai, selai baby-T. Untuk mak saya, selai blouse dan seluar santai. Untuk bapak, saya belanja selipar crocs sepasang kat dia.

Lepas lunch and solat Zohor, Tebby dan saya bawak Bibik Ros ke KPJ Kajang. Bertemu muka pertama kali dengan doktor yang merawar Bibik Ros. Orangnya very soft spoken. A Chinese man. Katanya tangan Bibik Ros dah semakin baik. Cuma perlu dipastikan tak basah, baik terkena air dari luar ataupun basah sebab perpeluhan. Lega saya bila dikatanya yang kuning-kuning itu bukan nanah, tapi protein dari badan. Terasa hangat dibahagian cedera juga normal katanya. Saya bimbangkan kot-kot infection sedang terjadi. Bibik Ros dibekalkan dengan sedikit lagi antibiotik dan ubat sapu.

So that was what we did hari ni..

Sunday, December 20, 2009

Tebby's Back, My Parents R Here

Alhamdulillah.. Tebby safely landed in KLIA and sampai kat rumah lebih kurang 1 pagi. Si isteri mithali (dibaca dengan sebelah kening ternaik sedikit ye) dia nih gigih menanti saat kepulangan si suami.

Apapun, sampainya dia kat rumah, saya lega! Selain kisah kemalangan Bibik Ros, ada kisah-kisah lain yang tak sesuai saya perkatakan di sini, telah berlaku. Kepulangannya, walau tak menyelesaikan semua masalah, sudah cukup melegakan saya. Walaupun semua diluahkan thru sms dan phone calls, ianya tak sama dengan kehadirannya secara zahir di sisi.

On a lighter note, anak-anak cukup banyak dapat souvenir. Especially baju-baju. Osh Kosh gitu. Kalau di Malaysia, alamatnya, dengan jumlah helaian yang dibawa pulang, mungkin cukup menyebabkan saya ikat perut barang sebulan! Tapi di Hong Kong, kena pulak dengan Chrismas sale, merasa jugaklah anak-anak saya berbaju Osh Kosh.

Untuk saya? Asalnya saya nak jeans 2 lai. Jeans sedia ada dah tak muat. Iya, tak muat. Walaupun kawan-kawan kata saya masih berbentuk asal, ketahuilah u ols, i ols sekarang dah 51kg berbanding beberapa bulan lepas cuma sekitar 46-48kg sahaja. Tebby kata jeans kat sana hip-hop sangat. Kot saya muda remaja takpe jugak, ini mak orang anak tiga. Pulak tu, I am 35 and I look 35. Tapi saya dapat purse.. same long purse tapi kecik sedikit dari purse saya sekarang. Mungkin suami saya mahu saya letakkan duit sedikit dalam purse dan selebihnya tinggalkan di bank sahaja!

Anyway, my parents are here sampai Rabu. Anak-anak cukup gembira bila Atok dan Wan datang. Bibik Ros pun cukup ceria, walau tangan masih cedera. Katanya dia senang dengan mak saya, they have things in common especially bab-bab bercucuk tanam ni. Layan je lah kann..

Saturday, December 19, 2009

A Date With Pakcik Weng Soon

Sebetulnya hari ini saya ada date dengan Pakcik Weng Soon. Mesin jahit saya mogok. Mogok bukan sebab apa, sebab dah lama tak pakai. Talinya mereput. Kalau nak ikutkan mungkin lebih murah kalau saya bawa mesin nan seketul tu ke kedai Singer untuk diservice kan, sebab saya punya tu jenis desktop (mesin jahit pon desktop dek non oii), makanya buleh diangkut-angkut ke sana sini. Tebby belum balik, maknanya saya kena bawak sendiri. Kalau saya bergerak, alamatnya 3 henbeg saya tu mesti nak ikut punya. Kalau bawak depa, alamatnya mesin tah ke mana, saya tah ke mana.


Jadinya.. Pakcik Weng Soon then. Adoiiyaaiii pakcik ni, cakap cam keretapi laju. Sampai saya tak faham ulas butir. The geistnya (saya rasalah..) ialah mesin dulu-dulu mahal tapi tahan lama, mesin sekarang murah tapi cepat rosak. Ini termasuklah gunting, jarum dan ntah apa-apa lagi dah. Dah Pakcik tu ada datang rumah kan, terus saja diservis tip top punya. Ganti tali luar sama tali dalam. Pastu minyak-minyakkan semua tempat yang patut. Saya pon tak tau mana yang patut kena minyak sebenarnya. Kalau Pakcik Weng Soon tipu saya, nasiblahhh labuu!!


Dia punya kempen suruh saya ganti desktop saya nih dengan kaki mesin sendiri. Takyah bubuh atas meja. Ayo uncle, banyak le duit nak membuatnya. Tapi... saya terpengaruh jugak lalu membeli gunting cap Singer dengan jarum mesin no 13. Dia bagi free satu sekoci sama gunting benang (hak macam kacip tu ha) dengan jarum jahit getah. Kempen Pakcik, jangan tak kempen. Pastu dia tempek dia punya kontek kat mesin saya. Haihh... kasi free sambil tampal iklan kat reta saya tu...



Lepas tu laju je lah projek saya. Bukan besar-besaran pon, setakat pendekkan kain sekolah si Kakak, jahit kain batik, memisahkan lapisan quilt cover lalu menjahitnya jadi dua selimut. Saya ada 4 quilt cover tapi semua buat selimut je, pesen anak-beranak panas manjang, alamatnya kalau pakai quilt, mau basah dek peluh. Berjaga-jagalah quilt cover yang 3 lai tu, sikit hari lagi saya bedahkan jadi 2 lai selimut he he.

Apapun, kredit to suami saya yang telah belanja mesin ni beberapa tahun lalu.. Thanks Yang.

Friday, December 18, 2009

Musibah & Muhasabah Diri

Saya dilanda musibah! Tidaklah direct kepada saya tetapi kepada salah seorang isirumah saya. Bibik Ros tangannya melecur! Biar siapapun dia, atas dasar kemanusiaan, saya perlu ambil berat.

Sebetulnya hujung minggu lepas dia ada berbuat sesuatu yang cukup menaikkan kemarahan saya. Saya tegur secara baik walau dengan nada suara yang dia tak pernah dengar sebelum ini. Selepas itu, saya jadi agak distant. Bila tangannya melecur 2-3 hari kemudian, mana mungkin saya jadi distant lagi. Dia pun seolah tak mau 'cari pasal' lagi, mendiamkan diri hinggalah saya membuat panggilan ke rumah. Baru diceritakan.

Katanya waktu itu nak menggoreng ikan. Mungkin api terlalu besar, mungkin minyak terlalu panas, sebaik ikan dimasukkan, api menyambar lantas kuali terbakar! Panik, with her bare hands, dia tarik kuali dari dapur. Bimbang merebak ke tong gas katanya. Minyak panas tumpah kena tangannya. Si Seri (bibik sebelah) datang tolong mopkan lantai bergelumang minyak, Kak Ton (bibik belakang) pulak tolong selesaikan membersihkan kuali yang legam. Kain alas kaki pulak beyond repair. Penuh minyak dan kesan terbakar. Sebelum balik rumah, singgah di farmasi, belikan gel sejuk dan plaster atas saranan pharmacist di situ. Balik rumah saya tanya dia, sakit kah? Takkkkkk... sikit aja. Kejadian itu berlaku hari Selasa, hari Tebby berangkat ke Hong Kong/China. Aduhai...

Saya tengok tangannya beransur sembuh. Sehinggalah petang semalam. Tangannya yang cedera ditumbuk Iman. Sebenarnya Iman nak debik Adam. Bibik Ros halang, kena tangan dia. Berdarah. Katanya denyut-denyut sudah.

Pagi tadi saya bawa dia ke klinik. Doktor kata serius. Direfer ke hospital. Dr takmau berikan apa-apa rawatan tapi saya insist lukanya dibersihkan dulu. Doktor bimbang kalau sudah dicuci, hospital tak mau terima kes. Lepas dibersihkan, diberi antibiotik. Saya call SIL di Kajang minta bawakan Bibik Ros ke hospital. Nama pun mintak tolong, when my SIL kata nak bawak ke KPJ Kajang, I accepted aje. Beggars cannot be choosers. SIL yang baik hati nak tolong pun dah besar rahmatnya. Anyway, tak lama lepas tu, SIL and Bibik Ros came back. Katanya doktor takde and they were asked to come back esok, belah pagi. Yang menjadi kehairanan kami, apa takde doktor on-call or MO di A&E kah? We're talking about a private hospital here.

Apapun, esok my SIL yang tadi tu berlepas ke China untuk bercuti. Tebby dah mintak tolong my other SIL, Achik to come and hantarkan Bibik Ros ke KPJ Kajang. Harap-harap kali ni dapat layanan seeloknya.


Apapun, saya panjatkan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi, walaupun ketiga-tiga anak saya ada di rumah pada waktu kejadian, seorang pun tak terlibat. Syukran Ya Allah.

Salam Awal Muharram

Salam Awal Muharram.


Setahun sudah berlalu.
Tutup buku. Buka lembaran baru.

Terlalu banyak tentang diri saya yang perlu dihijrahkan. Terlalu.

Semoga Allah permudahkan.

Tuesday, December 15, 2009

Kena Tinggal (Lagi..)

En Tebby berlepas ke China. Touch down kat Hong Kong then on the road ke China. Then balik ke Hong Kong. Pastu balik Malaysia plak. From today sampai Sabtu, InsyaAllah. Menurut SMS nya tadi, dari HK ke China naik Alphard hitam.

Acik keciwa tak dapat ikut. Time lain katanya anak-anak sekolah. Time trip cuti sekolah (time tengah ada sale Christmas plak tu!!!) pulak keadaan tak sesuai katanya. Dia meng-hostkan trip kali ni. Ada customer ikut sama. Bos dia plak tak ikut sama. Meleleh je lah membayangkan...

Sunday, December 13, 2009

Dating - The Storm Warrior

poster credit to www.thestormwarriors.com


Adoiyaiii.. bukan anak dara je tak elok berembun dek non oii. Mak dara ponn tak elok. Malam semalam pi tengok The Storm Warrior kat TGV belakang rumah Kak Mon ni ha. Tengok midnight kekdahnya. Bukannya nak sangat midnight bagai tapi kena tunggu anak-anak dah settle down i.e. dah tidur, baru boleh keluar. Book love-seat, nak duduk ala-ala manja le konon.

Show habis dekat kol 2.00 pagi. Pas solat Subuh, tak larat nak masak, nak makan atau nak buat apa-apa ponn.. nak barinnnggggg je manjang....

Cerita tu tak seperti ku jangka. Tak mencapai level yang ku harapkan. Plus plotnya agak serabut sikit. Pastu banyak plak 'lawan ala batin' ni. Kalau dihayun-hayun tangan, makanya beribu-ribu pedang berhayun sama. Kalau dihayunkan pedang, makanya pecah le batu-batu kat keliling kawasan tu walopun warriornya statik saja. Kuasa batin tahap tertinggi le kot.

Nasib baik hero-heronya boleh tahan hensem..
.
.
.
.
.
.

Tapi hero kat sebelah saya lagggiiiiiii hennseeeemmmm tawwwww...



kol 2 lebey dek nonnn!! baru sampai rumah.


Saturday, December 12, 2009

Potty Train - Better Late Than Never Huh?

Undies dengan tema superhero belaka he he

Dah kata, kena kota. Perjanjian antara saya dengan diri sendiri. It's more than 'high time' already. Azam saya, sebelum berakhirnya 2009, Iman perlu diaper free. Sekurang-kurangnya waktu siang. Semoga dipermudahkan.

Siang tadi balik dari Aquaria, saya suruh dia pakai spender. Being in diaper for over 5 years, of course dia resist. Melolong-lolong nak pakai diapers. When finally he calmed down, asiklah terkucil. Tak banyak, perhaps just a few drops je. Dari 6 spender dia, tinggal selai je he he. The blessing walaupun tinggal selai is that, each time dia terkucil, takdelah sampai basah lantai. Just spender dia je basah. And yet when I asked him to pee every 15 minutes, he got irritated 'Iman tanak kincing' katanya.

Another blessing is that I can go shop for more spender he he he!
.
.

.
.
.
But seriously, I hope this, is going to be a smooth one.

Jom Pi Aquaria

Adoiyaii... budak-budak ni betul-betul mendera makpak depa. Baru balik Bukit Gambang Resort City (bacakan cerita ceriti Kak Mon Part I di sini, Part II di sini dan Part III di sini), depa dah ajak pi Aquaria pulak. Since I have promised Kakak sejak-sejak sebelum dia sit for final exam lagi, makanya berangkut le kami ke Aquaria. Korang jangan risau, kali ni entry pendek je he he.

Memandangkan la ni cuti-cuti sekolah, bersesak-sesak le kat Aquaria tu. Lebih banyak tengok belakang orang dari tengok hidupan laut kot. Kena plak Adam yang asik nak meronda tu, I barely had the chances to indulge melihat-lihat. Iman, walaupun pada mulanya tak berapa berminat nak tengok ikan-ikan, sudahnya dari satu tempat ke satu tempat dia tengok. With interest. When he is interested in something other than himself and his usual activities, that's a good sign. Kakak pulak toksah cerita lah kan. Memang Minah National Geographic dia tu. Dia paling frust masa feeding time tu dia tak dapat tengok. Siap ada makcik mana tah tolak dia ketepi. Talk about masyarakat bersopan santun konon. Kak Mon sampai berpeluh-peluh dek orang ramai kat situ. Yang nampak cuma kepak si Kudsia, ikan pari yang asalnya tersangkut kat jaring nelayan. Now dah jadi superstar kat Aquaria! Tebby nyer anti-climax statement - ini kalo buat pari bakar ni, ramai bleh makan..

Jom layan gambar. Susah nak ambik gambar anak-anak dek sebab ramai orang. Layan gambar hidupan laut je lah yekkk...
(Nota - kualiti gambar tak memuaskan. Tak bleh guna flash kat dalam nun)

while waiting to enter
He is so En Tebby eh?

I am so electrified, so to speak

No I did not. Hmm... it makes sense anyway.

Another statement anti-climax Tebby.. ni buat goreng bercili pon sodap.

Jenuh acik cari ikan kat dalam nih. Sebijik cam kayu.. Iman tanya kenapa ikan ni menguap tak sudah-sudah?

Lion fish. Cantik sangat. But look at the translation namanya kat bawah ni.
When they are mode western, namanya ikan singa but when they are eastern, they're chicken.

takoooootttt... sebiji muka cam marah kan. Stringrays' eyes are on the top while mulutnya kat bawah. They have something like sensor to feed.

Hai.. sorang je?

Feveret Kakak.. seahorse.

Thursday, December 10, 2009

Bukit Gambang Resort City 6-8 December 2009 - Part III (Last.. Thank God!)

Ha, nak muntah tak? Sampai Part III ni dek non sekelian he he. I guess this one is gonna be a fairly short one.

I just have to comment about the food served at their coffee house. Pakej yang kami ambik tu termasuk free breakfast and dinner for 4 (That would be Tebby, me, Bibik Ros and Kakak but then Iman always got to eat free tapi dia bukannya makan sangat pon. Main je lebih). The spread banyak. For breakfast they have mee, nasi lemak, roti, cereal and the usual suspects. For dinner pulak, timur ada, barat ada, fusion ada. Tapi... rasanya so-so ajelah. Mintak maaf le, nasi lemak Kak Mon masak yang tak-seberapa-kat-rumah-nun lagi sedap rasanya.. (maafkan statement riak ku ini okay). Yang agak commendable ialah roasted lamb and roasted beef dan jugak udang thai-style. Tapi belasah je lah kan. Lagipun that resort cam terpencil sikit, agak tak berapa convenient nak kluar pi makan. That explains kenapa takde gambar makanan here.

After dinner first night sampai tu, ada Magic Show. Boleh lah.. entertaining lah jugak. Adam sama Bibik Ros tak pegi tengok since it started sama time dengan Adam's bedtime. Si mamat Magic tu pulak agak kelakar and the audience were sporting enough. Mamat Magic tu ajak joget, ewaahh... bukan main lagi masing-masing berjoget. End of show, Mamat Magic tu nyanyi lagu dangdut sambil gelek-gelek terangkat-angkat kaki. Adoiyaaii.. kelako.

Second night dah takde magic show but the kids discover a game room dekat depan swimming pool. Apa lagi lah kan. Kerja menembak perompak, drive keta ala daytona, lawan pedang segala. After a while, thank God token dah habis. Iman dok keras depan mesin game tu nak main lagi tapi kami buat dek je lah.


Tebby's supervising the kids


tembak jangan tak tembak


Adam pon terlibat sama?

Oh ya, I did mention about a horse stable that can be seen from our bedroom's window kan? Petang second day tu kami bawak Iman sama Kakak dekat kuda-kuda tu. One is a pony actually while the other kuda hak besar tinggi tu. We bought 2 tickets for horse-ride. Kakak naik pony tapi Iman takmo. Suruh Tebby naik, dia kata nanti pony tu sakit belakang bawak dia he he. Me? I did not have the guts, which explains Iman's resistence (kot?). Btw, while Kakak was riding the pony, it refused to move. Kakak got panic and the pony got restless. Melolong le si Kakak atas pony tu.


one for the album. Iman buat muka bosan

yeeehawwwww!!

Tebby coaxing Iman to ride. Tak berjaya jua.

Name's Buddy mate. Kesian Buddy gatal bontot takde orang nak garu!

They have dirt-bike and jungle trekking as well. Tapi Kak Mon dan En Tebby tak bawak proper attire so tak bleh nak venture. Jungle trekking tu takde lah appealling sangat to me. I so wanted to try dirt-bike... maybe some other time.

Iman dengan bike. Eksyen je lebih mamat tu..

Anyway, from their brochure, the resort is extending their facilities, parks and whatnots. I hope so lah. Kalau balik Tgg tu at least we have a persinggahan yang anak-anak suka.

My rating? 3.95/5 kot. Recommendable tapi jangan lupa bawak stok makanan yekk...


Bukit Gambang Resort City 6-8 December 2009 - Part II

Kali ni acik nak cerita pasal waterpark pulak yek. Nak kata besar cam Sunway Lagoon tu idak le. Nak kata kecik sangat pun idak le. Sedang-sedang aje kot. Kalau besar pon, alamat letih acik kena melayan budak-budak ni ke hulu hilir.

Entry fee nya RM19.90 untuk dewasa, kanak-kanak (tinggi >90cm - 12 tahun) pulak RM12.90. Adam free. Ye lah, dia pon bukannya main sangat.. kencing dalam kolam je kot ha ha ha. Waterpark ni kami pegi 2 kali. First, barely minutes after settling in our room. Budak-budak ni meng-irritate makpak nya sampai tak tertahan lalu pegilah jugak pada petang (6 December) yang berbahagia itu. Time ni kami meng-utilisekan tiket-tiket free. Esoknya (7 December), lepas breakfast pegi lagi. Time ni takde free-free dah, kena bayo okay. Oh ya, parking di waterpark ni free aje. Kalau takmo susah-susah cari parking, bolehlah bersusah-susah berjalan kaki dari hotel ke waterpark. Dengan angkatan acik yang tak reti diam, kami naik keta. Tak sampai 2 minit dah tiba he he.

As kebanyakan tempat, no outside food allowed kecuali makanan Adam. Tu pun lepas kena soal siasat. Tapi makanan tu Iman yang makan he he. Untuk rent pelampung ke, beli food ke, beli air ke atau sewa cabana ke, (nanti acik ceritakan apa ke bendanya ni) semua guna konsep prepaid. Once loaded in your tag yang kat tangan tu, bolehlah berbuat apa saja yang perlukan duit. Memandangkan En Tebby volunteer tag kat tangan dia, makanya isteri mithalinya ini dok 'yanggg,... tolong beli hotdog' atau 'yangggg, hauussss laaahhh'. Bila lagi kan? Shower, toilet, which are everywhere, adalah free. Cuma bawak towel dan sabun sendiri yek. Oh ya, untuk unutilised balance prepaid itu, boleh claim kat tempat beli tiket nun.


Cabana tu sebenarnya pondok. Iya, acik ni pentingkan keselesaan so we rented a cabana on the second day. First day tu berlonggok kat bench basah-basah dan bersepah-sepah sama selipar, towel, baju mandi dan segala mak nenek. Nak sewa cabana pon, sekejap sangat before closing time. Lagi satu kena lah considerate kat Bibik Ros saya yang kena menunggu beg, stroller (acece.. macam le ada yang terliur nak cilok stroller senget tu he he) dan Adam. The cabana we rented came with a lunch set (which is too small for our gastronomic appetite dan harus di top up dengan hotdogs. Lucky thing food sangat affordable di sinun) dan 2 keping tilam. Adam siap tidur-tiduran lagi dalam tu lepas bermandi-mandian. Oh ya, cabana tu ada 2 jenis, bergantung kepada lokasi. One is Penguin Cabana (which is near Penguin Island) and another Coco Cabana (as the name goes, dekat dengan Coco Beach). We rented Penguin Cabana sebab dekat dengan tempat anak-anak saya suka main.


our cabana for the day

Ni Penguin Island. Untuk kanak-kanak sebenarnya tapi sebab keberanian acik setakat sama cam kanak-kanak, ini adalah salah satu tempat acik bermain-main he he. Slide yang acik naik pun adalah yang paling rendah hu hu. Nampak tak ikan besar tu. Air masuk dalam mulutnya then bila penuh, ikan muntahkan air sambil ditunggu dek orang ramai kat bawah tu.. termasuklah suami saya. Sakit jugek katanya kena timpa air.. sib baik acik dok jauh-jauh.. takat level kena tempias jek ha ha.


Hak ni plak Coco Beach. Punya lah ramai umat sampai rasa cam nak tangguk keluar jek. Yang ni ala-ala berombak. Makin jauh ke sinun, makin dalam. En Tebby sewa pelampung. Dia dengan Kakak bukan main lagi berulang-ulang mengerjakan Coco Beach ni. Sampai lupa acik yang kena tunggu Adam kat birai air sama Iman yang berani main kat parit tepi nun jek...

time ambik gambor ni, umat tak berapa ramai lagi


Iman main air kat parit ni jekkk *sigh*


Adam kat birai air. Tu punnnn nak Ummi pegang tangan...

Hak ni plak kat Kids Slide. Si Kakak berkali-kali naik slide. Sambil tu abahnya ambik kesempatan meneman (sambil beriya-iya main sebenarnya) he he. Sampai le si Kakak berani turun naik sendiri. Kat sini ponnn saya cuma dok kat birai air je sambil neman anak-anak jantan saya hak berdua tu.

they really had fun u ols

Tebby coaxing Iman to jump in...
tak berjaya jua

Owh Iman. Kaki te doh betul dah ngotek. Keknya kat air toho. Mana le mboh bergerok Iman oiii!
(baca dalam loghat Pahang)

sorang lagi suka dok kat birai air

Ada lagi rides / waterplay lain tapi tak sempat nak discover. Not when Iman dok ngikut bontot maknya tapi takmo masuk air atau main slide. Kang kot dia menggelepar kang, tercicir atas slide, susaaahhhhh dibuatnya. Nak tengok rides/waterplay lain, tengok kat sini.

Walopun acik tak main beriya-iya mana pun, kulitku tetap menten sunburn. Months of my beauty regime washed down the drain hu hu. Tapi anak-anak happy, Ummi okay je lah. Beauty regime can be started all over again kan but the time spent dengan anak-anak cannot be turned back right.

Okaylah, untuk waterpark banyak ni je acik cerita-ceriti. Nantikan Part III pulak untuk aktiviti lain. Kalah orang pegi obesi seminggu dek nonnn oiiiii!!!

Wednesday, December 09, 2009

Bukit Gambang Resort City 6-8 December 2009 - Part I

Ambik exit 830 ke Gambang yerr

Sebelum membuat keputusan untuk ke Bukit Gambang Resort City (selepas ini saya singkatkan as BGRC), I was weighing Bukit Merah Laketown Resort, Tiara Beach Resort, A Famosa Melaka dannnnnn kalau desperado sangat, Sunway Lagoon, among others. Keutamaan diberi untuk anak-anak bersuka ria. Jadi bilamana saya memilih, mereka diutamakan (macam ayat kempen apa tah kan). Pelan asalnya begini, balik ke Terengganu then on the way balik ke KL singgah di Kuantan (i.e. BGRC). Pelan ditukar bila Tebby cuma dibenarkan ambik cuti 2 hari sahaja. Ditambah pulak dengan banjir di beberapa tempat sepanjang jalan ke Terengganu pada masa tu, kami memutuskan untuk ke BGRC saja. Itupun, saya telah meng-irritate budak kaunter BGRC dengan membuat confirmation paras air dan keadaan cuaca setiap kira-kira 6 jam sebelum berangkat ke sana. Kalau dah iya-iya nak pegi, lepas tu terkandas sebab banjir, tak ke naya kan.

Saya, selaku coordinator untuk banyak perkara di rumah, telah membuat tempahan Pakej 3d2n. Pakej termasuk penginapan di Family Suite Carribean Bay, breakfast, dinner dan jugak 4 tiket untuk dewasa ke water parknya. Kesemuanya RM898. Ada jugak pakej-pakej lain bergantung keperluan anda. Boleh lihat-lihat di sini. Tempahan boleh dibuat melalui phone call. Belum ada yang online di web.

Apapun, anak-anak sangat excited untuk bercuti. Berkali-kali ingatkan saya baju mandi depa tu jangan lupa. Oh ya, selain coordinator, saya juga bertugas sebagai tukang kemas beg. Berat woo tanggungjawab ni. Asal ada benda tertinggal, all eyes on me he he. Selain benda-benda wajib cam pakaian dan makanan, saya wajib ingat ubat-ubatan termasuk minyak urut, inhaler dan serombongnya, spare puting nyonyot Adam. Termasuklah plaster, sunblock dan juga sabun bekas kecik untuk mandi lepas main kat water park. I'm a heavy traveller kalau dengan family, hence the Alphard hu hu.

Okay sebelum acik merepek yang bukan-bukan, meh cerita pasal percutian hari tu.

Kami pergi 6/12/2009, hari Ahad dan balik ke KL 8/12/2009 hari Selasa (Rabu 9/12/2009 acik MC kepenatan, hidung sumbat, demam dan batuk teruk). Kami menginap di S1-4-17. No 4 kat tengah tu menyebabkan acik terkulat-kulat confuse sebab itu tingkat 4 tapi kat lif kena tekan 5. Nak kata ada G... memang ada tapi LG pon ada. Oh ya, nak check in kena ambik nombor macam kat bank. I like sebab boleh elakkan jenis-jenis manusia yang tak reti ambik turn dan selamba kodok je potong Q. The place, it's more to an apartment rather than a hotel. At least bilik yang saya ambik tu lah kan. The suite has 2 rooms in it. Each room ada washroom sendiri with water heater and ada 2 supersingle beds. Note of caution, sila bawa syampoo, berus gigi, ubat gigi sendiri sebab depa cuma bagi sabun mandi 2 ketul saja. Kat living area ada kosi nak duduk-duduk, TV and ada small cabinet dapur untuk acara buat kopi/teh dan merangkap gobok simpan mananan yang ku bawak dari KL. Satu tabiat saya, walaupun di hotel, saya akan susun barang-barang macam kat rumah i.e. baju masuk gobok, toilettries saya susun kat toilet, makanan saya bubuh elok-elok dalam kabinet. Acik nak jadi ala-ala makcik Desperate Housewife tu.. apa nama dia Bree kot. Each room comes with its own balcony. Balcony ada set kosi ala-ala menghirup teh di waktu petang sambil melihat permandangan kat luar. Bagi orang yang sempoi macam saya, dah cukup cosy dan selesa untuk kami anak beranak (dan Bibik Ros, kami bawak dia sama). Jom layan gambar bilik dulu okay..

Permandangan blok lain dari blok tempat saya menginap.

Our room. Kat luar tingkap nun buleh nampak horse (and pony) stable.

Bilik ayor. Shower kat depan toilet tu.

Living area dekat2 dengan pintu masuk.
Got kabinet sama dining table.
Nampak acik dah susun kasut bawah kabinet tu??

Living belah nun pulak.
Setelah di ID oleh Tebby i.e. semua perabot tolak tepi kasi luas.
Toto tu bawak dari rumah.
Tu Kakak dengan Iman tengah sembahyang.. sejuk perut aii taww.

Botol susu, botol air, flask.
I'm a heavy traveller okay.
Sometimes I wish I still breastfeed.. sonang takyah nak mengangkut bagai
.

Bahan makanan. Kot-kot lapau tetengah malam kang. Takde room service hak boleh pesan-pesan makanan dari bilik okay.

Lif confuse. Nak naik tingkat 4 kena tekan no 5 yerrr...

pets - checked. no.
durian - checked. no.
mangoesteen - checked. no.

Haihhh... belum apa-apa lagi, entry saya dah panjang berjela. Another thing I love about this place is its swimming pool. Cukup luas, bersih dan cantik. Ada pool for adults, which paras air sampai dada orang dewasa. Ada kiddy pool yang besar dan 2 waddling pool untuk kanak-kanak macam Adam. We did not have a dip until the last day sebelum balik ke KL. Tebby was hesitating pasal takut sampai lewat ke KL tapi sudahnya pakcik tu yang beriya-iya kuak lentang segala *eyes roll*.

Saya? Di tepian sambil bergaya-gaya ayu main air sama Adam. Biasalah, level ibu-ibu gitulah kan. Kakak macam biasa, menduyungkan dirinya. Iman, I have to congratulate him.. akhirnya dia berani masuk pool dan berendam sampai paras dada. Kalau tidak, dia cuma main rendam-rendam kaki aje. Adam pulak was so clinging. Acik nak bercosy-cosy sama Tebby kat pool adult sana ponnnn tak boleh. Manjang nak ikut bontot mak dia nih.

Anak-anak sama Bibik Ros.



Pool dewasa. Kat tengah tu En Tebby saya tu.

Dari pool kanak-kanak. Kat hujung berdiri sorang2 tu ialah Iman. Belakang Iman tu one of the 2 waddling pools they have.

Kolam kanak-kanak.

Iman dan Adam dalam waddling pool belah sini pulak.

Attack of the son ha ha ha


Uihhh dah panjang dah ni. Untuk water park dan lain-lain tu nanti ku buat entry lain pulak lah ye. Nantikan Part II okies..