Monday, October 10, 2011

Muhasabah Diri

Last week ofis sejuk amat.
Last week VP pesan pakai uniform CS* every Monday. Tak kiralah uniform unit mana pun (banyak unit bawah CS* ni).


Hari ni pakai uniform seperti diarahkan. Uniform Kutip-Hutang. Dapat masa kat unit lama, CMD. Agak tebal. Kaler hitam with a bit of white and orange.

Hari ni jugak ofis aircond nya amat selow.
Panas okay.
Berpeluh-peluh.

Rasa nak roll-up the sleeves.

Nampak tangan. Walaupun tak gebu, still.... Haram okay.

I am ashamed I even have that thought *sigh*
This is nothing kalau dibandingkan dengan api neraka..



Sharing..
(Dipopularkan oleh Raihan satu masa dulu)
I'tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Thursday, October 06, 2011

Apa tu?

cer teka!
cer teka!



Lagi Terlewat!! Happy Belated Birthday & Anniversary..

Ini adalah beg duit Kak Mon yang En Tebby hadiahkan sempena birthday Kak Mon ke-37.

Hari ni alhamdulillah genap 37 tahun, 1 bulan dan 6 hari bernafas di bumi Allah.

Hari ni juga alhamdulillah genap 11 tahun, 1 bulan dan 6 hari bergelar isteri En Tebby.

Thanks Yang. Terima kasih hadiah pepel wallet ni walaupun sebenarnya I yang pilih sendiri apa cap nya dan kaler dan segala-galanya.

Thanks Yang. Sudi melamar I jadi isteri you.

Thanks Yang. Sudi jadi suami I dan bapa anak-anak kita.

Thanks Yang. For all those wonderful years.

May we have a blessed life ahead.

Nota: -
Ni bukan edisi menunjuk yer. I am keeping this blog as my life journal so apapun yang ditempel dan ditulis di sini adalah untuk kenang-kenangan jua. I am actually the very the down-to-earth. Mungkin kalut-kalut jugak. Ai pernah terjatuh bedebuk bebetul depan entrance parking lot di waktu orang ramai lalu lalang nak ke ofis. Malu Kak Mon taww.


Muka depan :P
Background tu ialah loose tunic from SNUUS (carik kat fb yer). Very comfy. Wear it with long skirt, I'm off to office. Wear it with a pair of jeans, I'm off to berjimba-jimba with my family. Tetiba iklan, motif?


Purple zip-around. Muka belakang. Normally I'd go for brown/black. Ntah apa rasuk Kak Mon hari tu, I picked this one. Another one yang Kak Mon suka was brown tp takde zip-around tu. Siap ada ekor okay. I have some reservation kat ekor tu tp dah wallet tu dtg dgn ekor, takkan nak gunting pulak kan.


gegedik yang terjuntai kat zipper luar.


Sila sumbat kad-kad and more cardss. Kad kredit, kad bank, kad pengenalan, kad nikah. Penting untuk membeli belah, mengeluarkan duit dan mengelakkan dari kena tangkap basah :P


Pandangan dalam.


Ni gegedik zip dalam untuk coins pocket tu. Kalau korang amat-amati, kat bola tu boleh nampak Kak Mon heh heh.

Kak Mon - Beg gedik takpe. Jangan tuan beg menggedik. Tak sesuai okay.




Tuesday, October 04, 2011

Edisi Cotton

Orang dah berzaman pakai baju kain cotton, Kak Mon baru nak berjinak-jinak dalam bidang cotton-mengotton ni. Ambik kau, 4 lai terus.

Semua beli online. Semua from blog Cik Hammie ni. Dalam banyak-banyak online outlets, blog si Hammie ni never fail to excite me with her collections. Hak femes now adalah polka dot but I personally thinks polka dot just don't go along well with a 37yo.

Sebenarnya cotton ni kiranya making a comeback jugaklah. Dulu pernah femes gak tapi paling-paling tua pun budak sekolah menengah je yang pakai. Pastu jenis kain pun tak banyak. Kalau sebut cotton, hak sejenis tu je lah. Design pun banyak yang bunga kekecik je. Takpun belang-belang. Belang-belang tu limited orang buat sarung bantal atau pijama. Now, japanese cotton got, swiss cotton got, cotton silk got. Everything cotton also got lahhh. And now even mak-mak yang ada anak bersekolah menengah pun also pakai cotton.


Ni cotton kasa rubiah katanya. Kena buat lining yer dek non-dek non sekelian. Kejarangan.



I loveeee this one. Lightweight and soft. 2 kali si Hammi tu re-stock, both times I missed. Sokmo dapat kat orang lain.


Yang ni cotton silk katanya. Kalau pegang memang syok. Licin dan lembut. I loike.



Hak ni pulak swiss cotton katanya. Merahnya Mak Ngah, macam zaman dulu. Statement Mak Ngah ni anak-anak zaman kelahiran 70-an je yang tau rasanya. Iklan BSN kalau tak silap.



Perbarisan kain Kak Mon. No 2 dari kiri dah hantar tailor. 3 beradik tak seiras tu belum. Kang pokai pulak nak bayar upah jahit.


Walau apapun jenis kain, tak kira how lasak or how soft it is, for baju kurung I normally put them on delicate cycle (mesin lah, tak koser nak handwash okay, banyak lagi benda lain nak buat), guna detergent for wool or lingerie, and never ever dry directly under matahari. Always under shade. I have one pair of silk baju kurung which still look like new even after 11 years!


Kak Mon - dia dah nak mula lah tu...


Monday, October 03, 2011

Edisi Terlewat..


errr...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

adik baju merah tu, boleh tolong duduk tak?




Macaroons!

Sesungguhnya makan lepat pisang adalah lebih nikmat!
Udoh le mahalllllll.. RM3.00 sebiji. Tamak, beli pulak 6 biji ^_^
fa alif dal nun mim wau kaf!

Punyalah berzaman berangan nak makan macaroon. Dok baca kat blog/fb orang lain makan macam sedappppp la sangat. Siap posing makan-makan kat Harrods KLCC tu. Ala-ala high-tea. Kak Mon takde jadual high-tea beb. Agak-agak nak makan tu, tea time ke, lunch time ke, dinner ke, supper ke.. bila-bila pun buleh.

I've been hinting En Tebby tapi nampaknya he didn't get it. Dia kata nampak macam tak sedap so dia tak beli kan. (Atau dia pura-pura tak dapat hint?)

Verdict? As I mentioned above, makan lepat pisang, sotong celup tepung, cokodok adalah lebih nikmat. Ni according to tekak Kak Mon la yer. Kang ada pulak peminat tegar macaroon marah Kak Mon..

And yes, my husband knows me like the back of his hand. Dia nyer komen, I don't think you'll like it', selalunya adalah benar...


Sunday, October 02, 2011

Duit Raya Apa Bikin?

uiks.. kuku panjang.. lupa nak potong
So, apa jadi kat duit raya anak-anak tahun ni? Tahun-tahun lepas Kak Mon masukkan dalam akaun Tabung Haji masing-masing. Alhamdulillah budak-budak ni lepas pantang ajer Kak Mon bukak kan akaun TH. Tak banyak, bolehlah menabung sikit-sikit. Tahun ni Kak Mon dan En Tebby kasi can depa belanjakan duit raya. Nak kasi they ol feel belanja duit. Dan selamattt poket Ummi dan Abah :D

The boys macam biasalah. Awal-awal lagi dah tempah nak beli toys. Transformers. Tak sudah-sudah. Sampaikan tong besar kat rumah tu dah melimpah-limpah. Adam memang dah aim 'Megatron daun'. Dah lama dah dia nak tapi tak dapat-dapat. Benda tu RM100++. Sila guna duit raya ye Dik. Iman pulak takde anything specific in mind.


Memula terjah kat Toys R Us MidValley. Belek punya belek. Tengok punya tengok. Takde pulak 'Megatron daun'. Daun tu sebenarnya cam selimut Megatron tu. Rupanya kalau sekali pandang memang macam daun buruk. So carik kat Metrojaya pulak.



Yey.. Megatron daun!



Tengoklah senyuman puas hati dia tu..



Uiks.. cepat sikit la Iman. Sempat lagi posing ala-ala Transformers.



Still browsing... punyalah lama dia memilih.



Kenot decide. Cam apak dia lah. Kalau memilih punya lama...



Si Kakak pulak beli buku kat MPH. Now dia collect siri Charmseeker pulak. Pastu siri Enid Blyton. Dulu dok kumpul siri Geronimo Stilton. Hobi yang ni Kak Mon takmau berkisah sangat. Yang penting dia suka membaca.



Ni lah buku-bukunya..



Ni pulak hasil belian fasa 2 (sebab duit raya ada belen lagik). 2 ni dirembat di Isetan KLCC. Belah kanan tu Iman punya. Megatron. Bukan Megatron daun. Punya banyak suku sakat Megatron. Buat modal kempiskan poket Abah jer. Yang kiri tu Adam punya. Apatah namanya. Punyalah susah nak transform, jenuh Ummi belek instruction. Pastu Iman buat cepat je.. tayah tengok instruction ponnnnn....

To date nyer duit raya..
Kakak - guna 60% je. pandai jimat anak dara Kak Mon ni. Tak macam Ummi dia..
Iman - ada belen RM10
Adam - budak ni siap hutang Abah dia RM10 sbb tak cukup duit!

Kak Mon - dulu kekecik takde duit2 raya ni semua. membesar di kampung yang hampir semua serba sederhana. malah ada yang serba kekurangan. tapi ziarah tetap meriah