Wednesday, May 19, 2010

Kisah Meminjam Tudung

Anak dara saya, alhamdulillah dah mula bertudung secara konsisten. Kata orang ni, sejuk perut ibu mengandung. Syukur.

Sebagai galakan, saya belikan dia tudung-tudung yang saya fikir dia akan suka dan pada situasi situasi tertentu, saya benarkan dia buat pilihan sendiri. Contohnya baru-baru ini, saya pesan tudung online dari http://www.asteriskboutique.blogspot.com/, si Kakak tumpang order dia sama. 5 helai untuk dia saja! Saya pun order jugak lah untuk diri sendiri (what's new kan). I assumed we can share so I made sure takde color yang duplicate between my and her order.

Baru-baru ni, saya pinjam tudung hitam dengan edging corak zebra dia. One of the 5 she ordered. Sebenarnya saya ambik, pakai, baru saya inform dia. Bukan mintak permission pun. Kena sound dengan abahnya. We have to be what we want her to be. You kata dia kena itu ini tapi you tak buat, macamana? Heh heh.. sorry Kakak.

Then I decided to pinjam one more, kaler pink. This time I wanted to do it right so I asked for her permission. Kerut-kerut muka dia tak berapa nak bagi pinjam. Katanya hari tu Ummi ambik je tudung Kakak, Kakak belum pun pakai lagi Ummi dah pakai. Yes, bad mommy. So, dia taknak kasi pinjam. She's and individual with her own rights on her things plus she's 9 already, so I backed out from further negotiating. Pi lah bawak diri ngemas almari hu hu. I saw she turned off lampu dalam bilik dia shortly afterwards. Lepas tu dalam 10 minit, dia keluar semula and extended her hands.

Minta maaf katanya pasal tudung tu.
Takut Ummi kecik hati.
Kalau Ummi nak pinjam yang pink tu pinjamlah.
Tapi lepas pakai Ummi mesti basuh terus dan lepas kering terus simpan dalam almari Kakak.
Dan.. jaga elok-elok, jangan kena kicap.


Ayat last tu yang tak tahan tu. Kicap is not my feveret, unlike you my dear. So, berjaya jugaklah saya pun menggayakan tudung pink yang dipinjam dari Kakak.... dan tak kena kicap! dan dah basuh dan dah simpan dalam almari dia heh heh.



inilah tudung kontroversi itu..

5 comments:

myjuliana said...

anak dara dah besar, kena ada skill negotiating la plak eks.. saya skarang pon dah ada tempias2 dah. how time flies kan kan?

Asu Bahiyah said...

Kanak-kanak sekarang sangat cepat matured kan? Asu dulu by 9 yo still main panjat-panjat pokok lagi...hehehehe

ena said...

tiba2 ku gelak sorang2...sampai aqim datang tgk laptop. dia igt ku tonton upinipin??hahaha

kakak kata apa? jangan kena kicap...??

kakakaka kakak besar da.. dan pandai da.. pandai amik ati ummi jugak.. hehe i lap u la kakak...

ummi said...

julie ~ emotionally stressed kdg2 tu nak layan jiwa kacau dia tu heh heh

asu ~ akak?? umur belasan tahun pon belari2 ke sana sini

ena ~ iya... jgn sampai kena kicap katanya..

ziah said...

salam kak...silent reader..tp pernah comment kat blog akak yg satu lagi...kelakarlah tang kicap tu...tapi sweet sgt bila kakak beralah nak pinjamkan jugak