Saturday, May 15, 2010

Jom Masak Masak


Bila Kak Mon ke dapur, dia taram semua tiga tungku! Multitasking katanya.. satu rebus daging. Satu periuk lagi rebus ayam. Nih semua nak buat kuah sup kot-kot weekdays tekak terasa nak makan mi sup ke apa kan. (I keep these frozen) Kualai tu pulak nak menggoreng ikan. Periuk Ikan Terubuk Masin Masak Lemak baru je diangkat. Cerita lanjut tentang Ikan Terubuk Masin ni, bolehlah baca kat blog masak-masak saya ni yer. Kejadian ni selepas makan Nasi Lemak dalam entry saya sebelum ni sebenarnya.. Lepas bersantap Nasi Lemak untuk sarapan, bersantap pulak yang berlemak-lemak untuk lunch isk.

Asalnya masa saya baru-baru kawin way back in year 2000, memang la cooking skill sangat-sangat limited. Mujuk En Tebby sanggup tahan makan ikan goreng memanjang heh heh. Masalahnya sampai bila skill tak digilap kan. Bak kata pepatah orang putih ni.. the way to your husband heart, is through his stomach (well... among other things la kan..) Kena pulak my MIL memang jenis yang pastikan anak-anak dia well-fed so.. kenalah saya pastikan anak dia yang dah jadi suami saya tu well-fed jugak kan.

Bila dah ada anak satu, mulalah cari resepi-resepi untuk anak. Dari sorang anak, dah tiga anak. Masing-masing ada preference sendiri. Lagilah nak kena variasikan makanan depa. Yang pastinya their common preference is Nasi Lemak dengan Nasi Minyak. Kalau yang dua jenis tu depa boleh tahan makan dari breakfast sampai ke dinner (tu pun kalau tahan sampai malam). Kalau Nasi Minyak, Iman alone boleh makan sampai 3 serving at one go! Ni dia dah demand nak makan Nasi Dagang la pulak (which I am still clueless on how to do it walaupun saban tahun tengok my inlaws buat hu hu) Penat tu memang la penat, especially kalau buat Gulai Nasi Minyak, it took hours sampai daging empuk and rempahnya well blended. Tapi bila anak-anak dengan suami makan bersungguh-sungguh.. sungguh rewarding dan puas hati. Bak lirik lagu si Jali Jali by arwah Sudirman..

Capek sedikit tidak peduli sayang
Asalkan tuan, asalkan tuan senang di hati

4 comments:

julie.yaacob said...

risau bab makin terer masak tuh.. sbb skill memasak ni berkadar langsung dgn berat badan.. hehe (itu saya la..)

ummi said...

julie ~ tu la pasal.. anak2 akak mkn tembun. maknya suruh diet tp dok masak macam2 isk

K.Lela said...

Wah...awal terror masak nasi minyak eh? Bagus....bagus..saya pun tak pernah lagi masak nasi dagang walaupun dah 13 tahun kawin dengan orang terengganu..huhu

ummi said...

k lela ~ heh heh.. byk kali trial n error.. lately ni je baru konsisten sikit hasilnya. this is amongst my husb's feveret so kena sungguh2 sikit nak buat heh heh