Sunday, August 31, 2008

8 Tahun Sudah..

Minggu lepas ada satu topik perbincangan di HotFM. Tentang perempuan yang dikatakan emotional dan bertindak tanpa usul periksa. Maka ramailah yang menalipon dan ber-SMS.

Let's face it ladies.

Dah memang kejadian kaum hawa begitu. Maksud saya lebih emotional berbanding lelaki. Tak perlulah kita nak segala-galanya sama dengan kaum lelaki. Di pejabat mungkin perlu berada pada tahap professionalisme yang sama (tapi kalau kaum ibu dibenarkan balik awal bulan puasa ni, best juga! sempatlah memasak hebat-hebat di rumah kan) tetapi tidak di dalam hal ehwal rumahtangga. We complete and complement each other, bukan compete.

Saya mengaku lebih emotional berbanding Tebby. Saya pastikan anak-anak mendapat hadiah harijadi setiap tahun. Tak perlu mahal. Yang penting tanda ingatan dan penghargaan. Kalau anak-anak di kampung, saya pasti akan call sekurang-kurangnya 3x sehari walaupun saya pasti anak-anak OK saja. Kalau saya out-station, saya pasti bawa gambar anak-anak. Tebby tidak. Dia lebih bertegas. Bayangkan kalau kami dua-dua mudah cair dengan anak-anak. Atau kalau both of us bertegas.

But despite that, ada masanya saya lebih kuat dari segi emosi.

Walaupun Tebby tegas dengan anak-anak, dia mudah kacau bilau kalau anak-anak sakit. Jiwa tak tenang, makan tak lalu, tidur tak lena. Seriously. Dan pada pengakhirannya, dia akan turut sama sakit. Saya nampak Kakak, Iman dan Adam sebagai sumber kekuatan Abahnya. Kalau ada yang sakit, dia jadi lemah. Longlai. Dalam keadaan begitu, saya masih mampu menghadapi keadaan dengan tenang. Saya masih boleh makan. Saya juga masih boleh tidur. Masa Adam dimasukkan ke NICU barely 12hours after birth, saya masih boleh bertenang. Tebby tidak.

Kami berbeza, obviously. Dengan perbezaan-perbezaan itu, kami masih boleh bahagia. Sudah 8 tahun kami bernikah. 8 tahun penuh suka duka, 8 tahun dengan pahit manis. Kami bukanlah pasangan ideal. We have our ups and downs, we have our arguments and glitches. Afterall, ini dunia realiti, bukannya fairytale.

Kalau manis saja pun, tak sedap juga kan. Perlu juga masam, masin, pahit, tak gitu?

To Tebby, Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-8. Semoga jodoh kita berpanjangan dan diberikan kehidupan rumahtangga yang bahagia dan diberkati.

Oh ya, backtrack 34 tahun lepas, saya juga dilahirkan pada tarikh ini, tahun saja berbeza!

11 comments:

Anonymous said...

happy anniversay, dan happy birthday too...

ummi said...

oren ~ tima kasih.

catatan i am nieta said...

happy anniversary kak tie & mr.tebby.. happy birthday kak tie..wahh anak merdeka

Tyha said...

Selamat ulangtahun kelahiran + perkahwinan.Senang nak ingat...at least boleh beli satu hadiah untuk 2 Ulangtahun...ke sebaliknya kak?Setiap kali bday dpt 2 hadiah..hehehehe.Alhamdullillah..UIA bagi balik awal...tapi singgah pasar Ramadhan gak kenkadang tu...;)

ibuVouge said...

selamat segalanya, anniversary, merdeka, puasa dan segalanya

setuju dengan ummi, emotion wise selalunya women yg tough.. same with my hubby

aida said...

wah anak merdeka la ni?

Zuedin said...

8 tahun sudah berlalu. ku ucapkan hepi aniveseri dan selamat ulang tahun.....meriah ni

Anonymous said...

epi anniversary & epi 34th besday kak tie!!!
ckp kat encik tebby tak yah pi jejauh carik hadiah, kat LG pun bulih hehehe ;)

-semut-

ummi said...

puterikiut ~ thanks.

tyha ~ akak dapat satu je hadiah sbb bday saing anniversary. suamiku dpt 2, satu bday, satu lagi anniversary.

IV ~ kan, kan, kan. betul saya cakap kan. lg satu kalau diorang sakit, mak aihh.. manjanya.

ummi said...

aida ~ iyo. anak merdeka. 31/08/00, sign contract jadi wife orang.

zue ~ meriah meriah. siap pi jenjalan dgn budak2. iman buat spoil dengan memicit buah anggur on display di sebuah kedai. lantas ibunya pun terpaksa mengheret dia dari tempat kejadian.

semut ~ hadiah dah dapat. jeling2 lah tas tangan baru ku he he

NeroEcha said...

Happy birthday and Happy anniversary..moga dipanjang uumur dan dipanjangkan jodoh kak n suami..