Semalam saya urgent leave.
Kebetulan pula, saya sakit perut dari malamnya. Adalah 2-3 kali pi toilet malam tu.
Selebihnya sebab nak hantar si Kakak balik kampung. Beriya-iya nak ikut Atok ngan Wan balik kampung, walaupun kena naik bas. Atok dengan Wan datang KL hujung minggu lepas sebab nak pegi MAHA. Si Kakak ni, bila dengar aje Atok dengan Wan ada kat KL, dia pun suruh pack barang sebab nak pi tinggal dengan Atok dan Wan. MasyaAllah, dari pukul 11 pagi sampai 7 malam diorang kat MAHA tu. Itupun katanya tak habis round. Saya tak heran Atok dengan Wan tu, diorang memang suka berjalan. Si Kakak tu, kalau dengan kami, tak sampai 2 jam dah panjang muncung ajak balik rumah. Dipendekkan cerita, semalam diorang balik dengan bas 10.30 pagi. Kakak bukan main excited lagi. Kakak sorang aje cucu Atok yang suka tinggal dengan Atok dan Wan walaupun Ummi dan Abah tak ada. Mana taknya, seawal umur dia 3+ bulan, dia dah ditinggalkan dengan Atok dan Wan. Masa tu saya di bahagian Sales, banyak outstation.
Dah terlanjur cuti tu kan, lepas diorang naik bas, pergi selesaikan hutang. Bayar zakat. Tanya pasal fidyah sekali. Lagi seminggu nak mula Ramadhan ni, ada 6 hari lagu hutang puasa. Red Alert Red Alert dah nih. Kena pulak sekarang, bendera merah tengah naik. Tebby dah jeling-jeling. Bukan jeling-jeling yang itu, tapi jeling-jeling sebab belum habis ganti puasa.
Lepas tu ke MidValley. Lunch di Tony Roma. Celebration for my recent upgrading. Saya makan its famous Ribs. Ambik Roma Rack sahaja (3 ribs - kalau Full Rack ada 6 ribs kalau tak silap). Tebby makan Grilled Lamb (semalam pening kepala, penangan kambing) dan semangkuk Fried Mushroom.
Then we parted ways. Don't get me wrong. Kami nih I love you, you love me tapi for the sake of time management, we did our chores separately. Lagipun, after 8 tahun bernikah, ada 3 orang anak, we sometimes need our own space. You know, do our own stuff at our own wish. Kalau kat rumah, the only time boleh bersendirian is masa mandi. Itupun kadang-kadang ada yang menunggu depan pintu bilik air! Tebby went to Borders and came back with 2 graphical novels (that's his term but I said - buku katun). I went to Mothercare for new teats for Adam, some toys for presents and a few pairs of socks. Adam has grown out of his mittens-booties. Nampak juga baju Bob The Builder tapi sold at almosy RM70. Kena tunggu sale baru boleh beli. Pastu menerai kasut kat Elle tapi tak beli (sebab dah beli 2 pairs on Monday hu hu). Lepas tu meroyan kat Jusco beli sweat pants murah-murahan. Bought a few baby-tee for RM10 each. Saya yang kenit ni pun beli saiz L. Hak sais S tu, besar sikit aje dari baju Iman. Nama pun baby-tee kan. So, Yang, I won't kidnap baju you dah lepas nih.
After Tebby and his Borders, and me with my Mothercare, Elle and Jusco (dah nampak beza lelaki dan pompuan when it comes to shopping nih kan), kami jumpa semula untuk beli groceries di Carrefour. After stuffing the cart, kami pun meninggalkan MidValley.
Oleh kerana rambut saya dah panjang sampai ke pinggang and I always always knot it on top of my head (making me look like forever dalam pantang - so to speak), Tebby bawak saya pi kedai gunting rambut petang semalam.. Saya rasa dia pun dah rimas tengok saya yang mana kalau saya let my hair down, dalam gelap2 malam gitu, harus termenjerit ketakutan hu hu. Now I am sporting short hair (which Tebby calls rambut epal). I like I like.
Sekian sahaja aktiviti saya semalam.
Tapi kan, tapi kan...
Saja nak buat you all terliur, ni gambar our food semalam..
Lupa lak, saya juga beli Big Apple donuts. Tebby geleng kepala. Mana taknya, saya dah ambik role dia dulu-dulu. Kuat makan, tukang perhabis makanan. Sebelum tido semalam saya makan 4 biji donut dengan segelas susu. Isk Isk Isk. Tebby kat sebelah jeling-jeling aje. Sekali lagi, bukan jeling-jeling yang itu, tapi jeling-jeling suh berenti makan. Kalau idak, harus lah 6 biji ku makan sorang..
10 comments:
Yes, saya suka entry ini sebab ada banyak elements yang... entah tak tahu nak cakap apa sebenarnya...
Well, big apple tu memang sodap...dan saya suka your expression on "I love you and you love me"
oh kak tie.. sungguh menggiurkan jiwa all the food tu.. nak trylah tony roma tuh.. mcm delicios gitu.. bleh buat anniversary lunch nih, my 5th anniversary next month.. :)
and yes, big apple is sooo delicious.. j.co pon best.. ah, gemuknya pk pasal donut.. jeles dgn u ok..
-julie
fuhhh...kecur liur nengok makanan2 tuh...
akak, rasa cam lama je tak updet... saya pun suka shopping at my own time.. klu dgn hubby sure, kena jeling gak.. cam akak ckp, bukan jeling yg itu, tapi jeling udah2 la tuh...:)
saya skarang pun dah tak de maid, so masa tuk berleisure pun dah kurang... every weekend, abiskan masa kat umah je...
me dah biasa..alone shopping..efficient ;) kepala pon tak pening ehehe
sedapnyer donuts tuh...
waduh..mmg terliur..dah la berpose nie.. sedapnyeee..
akuni ~ i so love big apple donuts. sungguh gebu dan yammy gitu
julie ~ sila.. sila. makan tennessee barrel steak pun ok jugak. sungguh succulent dan dan dan.. memang sedap lah, pendek kata.
k ina ~ kalau balik semenyih tu, lencong2 lah ke midvalley kat tony roma tu.
ct ~ maid pi mana? takde maid mmg penat. takde masa untuk diri sendiri tapi ingat ajelah pahala kita dapat.
farra ~ efficient kat akak lah sbb boleh ronda2 suka suki hati sendiri. takde org sakit kaki ikut kita berjalan.
elin ~ serbu serbu.. awak kan pengunjung setia midvalley (dan yang seangkatan dengannya))
nita ~ ops.. akak tak abis ganti puasa lagi nih. bendera merah tak habis berkibar lagi nih. cik abg dah jeling2 tajam tu, cam tak sempat jek nak habis kan.
Post a Comment