Busy banget dari pagi. Kol semilan ada meeting. Kol duabelas setengah ada meeting. Meleret-leret sampai lunch hour. Memanglah bulan puasa takleh makan tapi otakku mahu relaks jugek. Sok meeting lagi. Talipon dari tadi dering-dering. Email tak renti-renti masuk. Adoilah, cabaran 1st day di ofis bulan puasa nih. Nak cover tahun lepas nyer bulan puasa kot. Last year makcik datang keje seminggu aje masa bulan puasa. The rest melepek kat rumah melayan muntah-muntah dan pening-pening.
Perut lak cam nak start berbunyi dah hu hu :P
Semalam Kakak cuba-cubaan berpuasa. Puasa mencabar daya ketahanan dia. Manakala kami pulak tercabar kesabaran.
:: Kol semilansetengah okay-okay lagi sambil tengok TV. Tetiba Iman mintak nasi. Dah Kakaknya nak sama. Dia baring bawah kipas sambil mata merenung kipas. Dia kata kipas tu macam telur goreng, bulat aje.
:: Kol sebelassetengah dia dah start nangis lapar. Terbaring-baring. Saya diam saja. Kalau ditegur-tegur, makin pecahlah empang tu karang.
:: Kol sebelasempatpuluhlima, saya goreng telur dan bancuh air oren sepertimana dia nak. Kalau sampai pukul duabelas, petang nanti Kakak boleh beli apa yang Kakak nak di Pasar Ramadhan.
:: Kol sebelaslimapuluhlima, dia tegak depan jam dinding.
:: Kol duabelas, apa lagi... tak perlulah diceritakan rupa dan keadaan dia masa makan nasi tu...
Upahnya singgit. Kat Pasar Ramadan dia beli agar-agar dengan air jagung. Walaupun dia dah
berbuka tengahari tadi. Janji tetap janji, kan.
3 comments:
keskeskes..takpelah kak, mula ngan separuh hari dulu..lama2, ok la..hari first, mira tahan sampai berbuka..tu pun tak aci sbb dia start posa kul 9 lepas belasah nasi tomyam ngan adik2nya..hari kedua, sampai kul 4.45 jek, tu pun duk nangis sorang2 kat nurseri..bila pengasuh tanya, cakap lapaarrr...bagi sepinggan nasik, licin!
hehehehe okla tu...mula2 posa setengah hari dulu...nanti lama2 mesti posa penuh..
oren ~ semalam dia puasa makan tapi ponteng minum. balik sekolah terus makan nasi.
ct ~ nak menyuruh si Kakak ni kena penuh diplomasi. banyak sgt audit dia nanti.
Post a Comment